16.8.10

Tips mencari pasangan hidup.

Satu malam selepas gua balik sembahyang terawih 23 rakaat di masjid, gua melepak di atas sofa di ruang tamu rumah. Gua selak-selak akhbar hari itu sambil jeling-jeling ke TV kalau-kalau ada perkara indah terpapar. Anak-anak gua yang lain sedang mengemas-ngemas buku untuk dibawa ke sekolah esok.

Sedang gua layan satu berita dalam akhbar hari itu, tiba-tiba bini gua datang rapat ke gua sambil bawa secawan kopi kegemaran gua, kopi O bergulakan madu. Gua sambut cawan berisi kopi tersebut sambil melemparkan senyuman paling indah ke beliau. Beliau blushing-blushing. Gua hirup kopi madu tersebut dengan penuh nikmat. "Ummph, sedap. Pahit-pahit manis. Bittersweet betul macam ayang." bilang gua.

Kemudian bini gua semakin rapat ke sisi gua sambil melabuhkan kepalanya ke paha gua. Beliau memulakan bicara, "Abang abang. Kenapa abang pilih ayang jadi isteri abang? Kenapa tak pilih orang lain?" Gua senyum manis macam madu. Sambil-sambil usap kepala bini gua, gua balas, "Haa. Jeng jeng jeng! Abang nak baca blog sat."

****

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nur : 26)

Adeh! Ayat ni lagi. Bila sembang bab jodoh, cinta, kahwin dan blablabla saja mesti keluar ayat ni. Popular sungguh. Yer dok? Tapi nak buat macam mana. Dah janji Allah SWT macam tu. Nak tak nak kena yakinlah. (baca: Rukun Iman ke 3) Dan juga kita kenalah yakin dengan Rukun Iman yang ke 6 iaitu beriman kepada Qada dan Qadar. Erk! Kejadahan apa Qada dan Qadar ini?

Bagi yang mualaf, Qada dan Qadar ini adalah ketentuan baik buruk oleh Allah SWT. Semasa janin dalam rahim ibu berusia 120 hari, telah tercatat rezeki, jodoh, ajal dan takdir baik buruk setiap hambaNya mengikut ilmu Allah. Tetapi ini bukan bermakna kita harus menyerah segala-galanya sedari awal cuma kita dituntut agar berusaha. Yang bulat tak semestinya datang bergolek, yang pipih tak semestinya datang melayang. Yer dok?

Oke pendek cerita macam nilah. Hidup dekat dunia ni kita tidak dapat lari dari sunatullah. Sunatullah ni apa pula? Bagi yang mualaf, sunatullah ni peraturan Allah SWT. Menjadi sunatullah asbab kita makan, kita akan kenyang. Kita makan ubat, kita akan sembuh. Kita hisap rokok, kita akan mati. Kita kapel-kapel, kita akan binasa. Lebih kurang macam tulah. Maka maksudnya segala perbuatan kita akan mendapat kesan dan natijah yang setimpal dengannya.

Jadi kesimpulannya, kalau mahu jodoh yang soleh solehah, sendiri kena jadi soleh solehah. Kalau mahu jodoh yang kaki masjid, diri kena selalu pergi masjid. Kalau mahu mengurat laki yang sembahyang terawih 23 rakaat dekat masjid, sendiri kena sembahyang terawih 23 rakaat dekat masjid. Kalau mahu jodoh penyayang, sendiri kena mudah menerima sayang. Kalau mahu jodoh yang suka bercakap, sendiri kena jadi pendengar yang baik. Kalau mahu laki mat rempit, sendiri kena jadi minah rempit dan sebagainyalah. Lebih kurang begitulah. Allah Maha Mengetahui dan Allah tidak zalim. Zalim bermaksud meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya.

Kerana apa begitu? Inilah sunatullah. Kalau mahu cari jodoh rakan masjid, sendiri kena suka pergi masjid. Bila dah selalu pergi masjid, maka selalulah terserempak dengan rakan-rakan masjid ke apa ke. Bila hari-hari terjumpa, akhirnya jodoh pun bertemulah berkat usaha dan doa. Begitu juga kalau mahu cari chikaro, chikas dan sebagainya. Erk! Apakejadahnya chikaro, chikas dan sebagainya ni? Mualaf tak perlu tahu. Kalau mahu cari jodoh type begini, maka sendiri kenalah jadi golongan macam mereka. Bila dah hari-hari lepak sekali, main motor sekali, main wayang sekali, maka lama-lama jodoh bertemulah berkat usaha dan doa.

Setakat ni ada faham? So sekarang kalau lu dambakan suami semulia Muhammad SAW, jadilah diri sehebat Khadijah RA. Sulaiman AS dan Balqis. Yusuf AS dan Zulaikha. Ibrahim AS dan Hajar. Dan blablabla lagilah ayat standard SMS so called Islamic zaman kapel. Ceh!

Dah sekarang tak faham-faham lagi? Kalau duduk dekat gig, hisap rokok, main game saja hari-hari, macam mana nak dapat isteri solehah ke ustazah ke hafizah ke alimah ke karkunah ke yang dapat melahirkan anak soleh solehah yang mampu mendoakan kita apabila kita mati kelak. Der! Amalan sendiri pun belum cukup woh nak masuk syurga. Semua kita mengharapkan syafaat. Lu nak duduk selamanya kat dunia ke? Tak mahu masuk syurga? Mati itu boleh jadi kejap lagi, esok, lusa atau bila-bila. Kita tak tahu der. Jadi sudah-sudahlah yer.

****

Sambung cerita awal tadi, gua pun hirup sikit lagi kopi madu pemberian isteri gua tadi. Gua cakap, "Ayang ayang, abang pilih ayang sebab... jeng jeng jeng!"
  1. Solehah dan kuat agamanya. Maka ringan tanggungjawab abang. Ayang dah pandai jaga diri. Boleh didik dan jaga anak-anak bila abang tak ada di rumah. Tenang hati abang bila abang pergi kursus 3 hari, 40 hari, 4 bulan ke luar negara. Insyaallah anak-anak kita akan menjadi aset kepada agama bila besar kelak. Sama ada hafiz, daie, jurutera beriman itu wallahualam.
  2. Baik budi pekertinya. Maka senang hati abang sebab ayang menjaga akhlak. Insyaallah tak akan datang fitnah-fitnah agama hinggap ke dalam rumah tangga kita. Sebagai contoh jiran-jiran tak akan cakap, "Ceh minah tu ibadah jer lebat, tapi mulut macam longkang." Insyaallah, ayang juga dapat memberi kesan kepada anak-anak supaya mempunyai akhlak yang mulia dan terpuji.
  3. Cantik wajahnya. Maka sejuk hati abang memandang ayang. Bila abang penat balik kerja, tengok wajah ayang, abang jadi lega. Bila abang penat balik kursus kena marah dengan orang dan kena kejar dengan parang, tengok wajah ayang, abang jadi kuat. Bila abang malas nak bangun tahajud, tengok wajah ayang ajak abang bangun, abang jadi bersemangat.
  4. Ringan maharnya. Maka abang senang hati memilih ayang. Kerana penyatuan kita bukan atas dasar materialiti. Penyatuan kita atas dasar cintakan Allah. Sesungguhnya sebaik-baik perempuan itu adalah yang rendah maharnya. Abang yakin ayanglah perempuan yang terbaik kerana meletakkan mahar senaskah Al-Quran saja. Ha ha ha!
  5. Melahirkan anak yang ramai. Maknanya di sini ayang tidak mandullah. Maka dengan itu insyaallah akan banyak aset-aset agama akan lahir dari perut ayang. 9 bulan penderitaan ayang setiap kali mengusung mereka, akan terbayar di akhirat kelak. Anak-anak ini akan mendoakan kebahagiaan kita kelak di sana.
  6. Anak dara.
  7. Dari keturunan yg baik.
  8. Bukan dari keluarga terdekat.
Memandangkan dah panjang sangat abang bercakap, yang lain-lain tu ayang fikirlah sendiri. Abang dah mengantuk tak larat nak hurai. Ayang boleh rujuk kitab Ihya Ulumuddin dekat rak buku tu. Situ ada skema jawapan. Tapi apa yang penting, semuanya kerana Allah Taala dan untuk agamaNya. Sekian. Ayang jom berjimak!

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

25 comments:

Anne M. said... [Reply]

erk..
aku cam geli2 tekak kat sini.
haha..
terawih 20, witir 3

Bijen M. said... [Reply]

AM,
Hah apehal lu?
Muntah batal puasa kot.
Yelah gua sekalikan.
Malas nak taip "...selepas gua balik sembahyang terawih 20 rakaat dan witir 3 rakaat di masjid..."

liyani rasdi said... [Reply]

owh...sy ske ini!!!
hebat hebat hebat!!:))

Anne M. said... [Reply]

kalo tahan muntah?

aliaazuan said... [Reply]

salam..

hehe..sweet betul citer ni.

Half said... [Reply]

kim salam kat bini kau..

p/s: suh bini kau ckp kat suami dia, jgn ponteng MS lagi~ hahah

Bijen M. said... [Reply]

LR,
Apa yang hebatnya?
Ha ha ha.
Selamat menyuka.
:D

AM,
Tak batal.

AA,
Salam.
Sweet macam madu.
Yer dok?

Half,
Dia kirim salam balik.
Dia kata baik-baik.
Suami dia takkan tinggal kelas MS dah tanpa sebab munasabah.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

salam tuan bijen m,
ooowwhhh mcm tu........hummm...

myra arshad (: said... [Reply]

HAHA. bagus betul bini ko, bagi minum kopi+madu.

nanti dia pulak dpt madu ! ;p

Bijen M. said... [Reply]

UM,
Salam Mard.
Nampaknya macam tulah.
Sedia nak jadi ahliah berjaya?
Ha ha ha.

MA,
Kalau dia suka apa ada hal.

myra arshad (: said... [Reply]

tak pa. dapat payung emas kan. mudah2an.

kalu ko pun mampu segalanya tak salah .

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Malas aku.
Makin besar tanggungjawab.
Makin banyak nak kena soal nanti.
Fuyoh.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

tuan,
sentiasa siap........menjadi zaujah kpd zauj y berjaya.........hihi--->>bayang pun x nmpak...
p/s:Rasanya tuan la y patut kawen dulu....bdasarkn entry terbaru ni..pandai plak tuan berimaginasi cm tu kn...........blushing2=)

myra arshad (: said... [Reply]

wah. ni betul2 tak da niat nk madukan bini ko la ni? bagus2 :)

Bijen M. said... [Reply]

UM,
Wahh.
Bagus bagus.
Ha ha.
Kita kena ada perancangan rapi.
Baru nampak visi dan misi.

MA,
Niat tu tak ada.
Tapi soal jodoh tu Allah saja yang tahu.

myra arshad (: said... [Reply]

sekadar mampu.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

i take that as an complement mr bijen m......great=)

limauais said... [Reply]

ko da bley kawen ni.cepat2 la cari calon yg solehahh.hahaha.

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Mana yang termampu.

UM,
:)

LA,
He he he.

NiZaM Limited said... [Reply]

Haha..btol sgt entri tuan ni.
kaloa artis kena interview, pasangan hidup nak yg mcm mana. mesti diorg jwb nak yg tau agama. padahal diri sendiri menyanyi memekik terlalak. pakai seksi tak cukup kaen..

kalo niat nak dibimbing iya bagus..tapi kalo bleh perbetulkan diri sendiri semaksima yg bleh dulu sblm harapkan org bimbing kita dari zero.

kalo ditanya kat semua pun, manede nak teman hidup yg jahat kan..ahaks..

Bijen M. said... [Reply]

NL,
He he.
Doa-doalah semua artis ni dapat hidayat.
Bukan setakat baik tapi buat dakwah lagi.

Putra said... [Reply]

Sokong! gud gud article dr mr/ustaz bijan..hehe =)

Bijen M. said... [Reply]

Putra,
Ha ha.
Ada ada saja kau Putra.
:D

Norhayati Rostam said... [Reply]

Haha.
Macam layak untuk anda bernikah dah ni.

p/s:Memang betul2 menguasai watak la.Cayalah!

Bijen M. said... [Reply]

Yati,
He he.
Berangan kuat.
:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...