26.8.10

Salahkah gua solat di bilik?

Hari ini mungkin lu sudah biasa dengan ayat-ayat berikut:

"Der! Lu nak pergi masjid, pergi sajalah. Gua solat di bilik saja."

"Oh malaslah nak pergi surau. Jauh. Solat bilik pun dah cukup."

"Eh der! Kita orang dekat bilik pun berjemaah tau. Jangan main-main."

"Hey! Gua solat kat bilik pun lu nak kisah ker? Gua solat, bukannya tak."

Dan juga ayat ini,

"Salah ke gua solat di bilik?"

Oh my brader! Mari kita berteka-teki sekejap. Jangan risau kerana pilihan jawapan ada disediakan. Soalannya berbunyi, mengapakah surau dan masjid didirikan?
  • Hanya sekadar perhiasan.
  • Untuk menjadi kebanggaan.
  • Bagi menghabiskan duit kerajaan.
  • Sebagai tempat berkumpulnya orang-orang tua yang menunggu giliran ke kubur.
  • Sebagai tempat untuk bersolat Jumaat dan bersolat raya saja.
  • Tak boleh bagitahu / Can't say.
Maka apa jawapan yang lu ada sekarang? Mengapakah ia didirikan? Mengapa? Mengapa? Imbas kembali peristiwa Hijrah, apakah perkara pertama yang Nabi SAW lakukan setibanya di Madinah? Ya pandai! Nabi SAW tidak mencari rumah atau bilik untuk tumpang solat. Tetapi yang pasti, Nabi SAW mewartakan satu tempat untuk dibina masjid pertama umat Islam yakni Masjid Quba'. Mengapa Rasulullah SAW berbuat demikian? Mengapa? Mengapa? Suspennya.

"Alar der! Malaslah nak pergi surau. Nanti jadi riak." kata seorang makhluk.

"Lagipun bukannya wajib pun. Nabi tak kata wajib pun." tambah seorang lagi makhluk.

Wahh! Macho betul kata-kata. Siapa yang riak dan sombong sebenarnya? Sudahlah pemalas nak jumpa Allah SWT di tempat yang sepatutnya. Lepas tu menolak pula ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Nak diambil pahala sikit-sikit saja. Padahal guna kaki yang Allah Taala bagi buat main bola. Guna tangan yang Allah Taala bagi buat main game sampai terleka. Siapa yang sombong dan riak sebenarnya? Kemudian masih boleh lagi berlewat-lewat dalam mendirikannya. Siapa yang sombong dan riak sebenarnya? Siapa? Siapa?

Tuan-tuan yang mulia, pernah jumpa tak riwayat Nabi SAW bersolat fardhu seorang diri? Tak pernah bukan? Hatta sampai Nabi SAW hendak wafat pun, dia pinta diseret untuk turut serta solat berjemaah di masjid bersama para sahabat. Der! Sunnah Nabi SAW itu bukan sekadar percakapannya, tapi termasuk juga segala perbuatan, perjalanan, permikiran Nabi SAW. Apa lagi yang mahu didustakan? Nabi SAW tak ada pula  kata wajib main bola. Ceh.

Oh oh! Gua pun cakap dekat diri sendiri juga. Gua tak cakap solat lu buruk, solat gua baik. Tak, tak! Solat kita pun sama selalu terabai. Selalu juga bangun lewat Subuh. Selalu juga miss awal waktu pasal ada kelas. Selalu juga lalai pasal asyik main. Cuma di sini gua nak bagitahu bahawa makhluk-makhluk yang gemar bersolat di rumah ini sebenarnya lemah imannya. Err, termasuklah gua.

Sebab apa gua kata begitu? Kerana kita masih belum mampu percaya dan beriman kepada perkara-perkara ghaib. Mungkin kita tahu ada syurga, ada neraka, ada pahala, ada dosa, ada nikmat, ada azab dan sebagainya. Tetapi kita masih belum mampu mempercayai dengan sepenuh hati. Masakan tidak kerana kita masih memilih rumah kita sebagai tempat solat berbanding surau dan masjid. Jika seseorang itu imannya kuat, dia lagi suka untuk ke masjid walaupun jarak rumahnya ke masjid jauh. Dia akan berwudhuk sejak dari rumah lagi. Kemudian langkahnya diatur kecil-kecil menuju ke rumah Allah kerana dia sedar setiap langkahnya itu akan meninggikan darjat dan menghapuskan dosa-dosanya. Dan setibanya di sana, dia akan terus merebuti saf paling hadapan sekali dan cuba bertakbiratul 'ula bersama imam. Semua ini dilakukan kerana dia nampak segala rahsia ghaib disebaliknya. Inilah yang dinamakan keimanan. Jika belum nampak, kenalah buat usaha atas iman. Yer dak?

Jadi berbalik kepada persoalan yang ditinggalkan di awal tadi, mengapa didirikan masjid dan surau? Sebenarnya tuan-tuan, masjid dan surau inilah nadi kepada sesebuah komuniti itu. Bayangkan sebuah jam berkuasa nadi. Jam ini memerlukan nadi untuk terus bergerak. Makanya nadi haruslah sentiasa berdenyut. Jika tidak, jam akan mati. Begitu juga masyarakat. Masyarakat memerlukan masjid dan surau untuk terus membangun. Makanya masjid dan surau haruslah sentiasa hidup. Jika tidak, masyarakat akan runtuh. Maka terjadilah kapel, zina, buang anak, pelacuran dan sebagainya. Masih tak percaya? Iman tak cukup kuatlah tu. Jadi marilah buat usaha atas iman.

Dan sebab apa Nabi SAW mendirikan masjid sewaktu tiba di Madinah? Kerana itulah usaha pertamanya untuk membina dan menyatupadukan masyarakat Islam. Bukannya diadakan pilihan raya. Yer dak? Maka kesimpulannya, marilah mengajak seluruh rakyat Malaysia beragama Islam solat berjemaah di surau dan masjid terlebih dahulu. Kemudian barulah kalau nak mengajak mereka keluar mengundi dan sebagainya. Oke? Masjid juga merupakan tempat menyelesaikan masalah individu dan masyarakat. Jadi jika hari ini lu sedang bergaduh hebat dengan bini lu sampai nak cerai sebab bini masak kari pahit, cuba luangkan masa di masjid. InsyaAllah masalah lu akan selesai. Tak percaya lagi? Iman masih belum kuatlah tu. Jadi marilah buat usaha atas iman.

Jadi kawan-kawan, kalau tak mahu sangat berhenti kapel dengan makwe lu, sekurang-kurangnya dapatlah kita berjemaah dekat masjid dan surau 5 waktu ya. Dan kepada makwe-makwe, silalah suruh pakwe-pakwe lu solat 5 waktu di masjid dan surau. Kalau tak, mintak clash saja. Pasal dia sendiri belum mampu pimpin diri sendiri, inikan pula nak pimpin lu dan anak-anak lu. Yer dak? Pedulikanlah dia pergi masjid ikhlas ke tak. Cukup 40 hari dia pergi masjid, nanti lu tak ada pun dia akan pergi dengan sendirinya. InsyaAllah.

"Err bro! Macam mana nak buat usaha atas iman?" seseorang bertanya.

Gua balas, "Oh! Mudah saja. Mari kita sama-sama beriktikaf di masjid dan belajar cara buat usaha atas iman di sepuluh malam terakhir nanti. He he he! Jumpa di sana."

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

16 comments:

Anne M. said... [Reply]

gua pernah tegur seorang makcik, coz saf tak rapat,
*jarak antara aku dan dia, boleh kiranya muat lagi sorang, dan orang blakang xnak masuk
makcik tu pandang je aku.
" panaslah dukduk rapat2."-balasnya
mungkin ko bleh buat entri sal saf lak lepas neh.
*gilak lari topik

pahal 27 tuh wei.
haish.

Bijen M. said... [Reply]

AM,
Pasal saf tak rapat, Nabi pesan tegurlah dengan lemah lembut.
Macam mana caranya?
Boleh cuba cara ni.
Waktu tengah solat tu, tangan lu merayap secara 'stealth' lalu memeluk pinggangnya.
Lepas tu tarik perlahan-lahan rapat ke arah lu.

Tapi make sure ke arah yang sepatutnya iaitu ke tengah.
Kalau lu tarik ke arah yang merenggangkan saf, memang lu mengundang penyepaklah.

Anne M. said... [Reply]

gua dah buat cara slow..
last2 gua duk tengah2..
beza sikit makmum perempuan neh,
macam2 ragam ado.
heh.

Bijen M. said... [Reply]

AM,
Patutnya lu kangkang luas-luas bagi kena kaki ke kaki makmum sebelah.
Baru dia sedar sikit kepentingan merapatkan saf.

Anne M. said... [Reply]

wei!
agak2 ar..idea sungguh bernas.
aku kurang ketinggian.
heh.

myra arshad (: said... [Reply]

setuju dengan entri ni :))

Bijen M. said... [Reply]

AM,
Kangkang saja.
Kalau dia tengok lu annoy sangat, nanti dia rapatlah.

MA,
Setuju saja lu.
Heh.

myra arshad (: said... [Reply]

dah semua lu cakap betul :)

Pisyek said... [Reply]

isk3... insaf kejap.. :D

safwan said... [Reply]

nk belajar istiqamah solat berjemaah,,,,cuba la dulu kluar 3 hr,,,,pisyek jom

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Ceh.
Jangan makan terus apa orang suap.
Tengok-tengok sama.

Pisyek,
Jangan sekejap.
Lama sikit.

Safwan,
Aah.
Pisyek jom.
4/9 dekat Cameron Highland.

fye said... [Reply]

aku suka part ni.

"Dan kepada makwe-makwe, silalah suruh pakwe-pakwe lu solat 5 waktu di masjid dan surau. Kalau tak, mintak clash saja. Pasal dia sendiri belum mampu pimpin diri sendiri, inikan pula nak pimpin lu dan anak-anak lu."

May Allah bless you.

Bijen M. said... [Reply]

Fye,
Terimas!
May Allah bless you too more.
:D

Benrauf 2.0 said... [Reply]

fye, gua rasa pedas la.

Fontonk said... [Reply]

malam ni pergi masjid?

oh! aku kat kampus selalu la g masjid, bila smpai kat rumah. jadi malas. Astagfirullah.

Bijen M. said... [Reply]

BR,
Berangin kepala ya?

Fontonk,
Tak ada masalah.
Berlatih dulu waktu di kampus.
Jangan tinggal walau satu waktu pun untuk pergi masjid.
Kalau lambat, tetap pergi juga.
Nanti kita akan sayang untuk tinggal solat berjemaah.
Maka lepas ni dekat mana-mana pun kita berada, masjid yang akan kita cari.
InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...