19.8.10

Panduan untuk peng-kapel, penzina, pelacur, pencuri dan yang sewaktu dengannya.

(Sila baca jika anda benar-benar inginkan perubahan)
Maka nota ini terhasil apabila janji gua dulu-dulu dituntut seorang hamba Allah SWT yang concern di dalam nota - Ada kawan tanya gua kenapa tak couple? Terima kasih hamba Allah tersebut kerana mengingatkan gua.

Jadi tuan-tuan, puan-puan, brada dan sista, nota kali ini akan memberikan panduan kepada mereka-mereka yang belum/hampir/sudah terlanjur di atas tentang bagaimana untuk kembali ke pangkal jalan dan seterusnya mendapat jodoh yang soleh solehah. Bak kata omputih, Imposible is nothing!

Sebelum kita menelusuri topik ini secara lebih teliti, sila baca kisah di bawah:

Pada suatu masa dahulu, tinggal seorang abid di sebuah rumah. Bagi mualaf, abid ini merujuk kepada ahli ibadah iaitu orang yang menghabiskan waktunya beribadah kepada Allah SWT. Abid ini sangat tekun beribadah siang dan malam kepada Allah SWT sehinggakan beliau tidak kahwin, tidak itu dan tidak ini.

Di sebelah rumah abid ini, tinggal seorang pelacur yang sangat cantik. Hari-hari kerjanya melacur bagi mendapatkan wang untuk menyara kehidupannya. Hendak dijadikan cerita pada suatu hari, abid ini terdetik di dalam hatinya untuk melanggan pelacur tersebut. Beliau terfikir, "Gua ni hari-hari beribadah. Apa kata gua try melacur sekali. Best sangat ke melacur ni?" Maka dengan ketentuan Allah Taala, abid tadi pun berjaya sampai ke depan rumah pelacur tersebut.

Setibanya di depan rumah pelacur tersebut, beliau dijemput masuk. Badan beliau mula terketar-ketar sebab tak biasa buat maksiat. Pelacur tadi pula sudah bersiap sedia untuk melayani pelanggan bertuah itu. Tiba-tiba abid tadi potong stim. Dia kembali takut kepada azab Allah SWT dan tak jadi melacur. Abid itu memberikan wang yang hendak dijadikan bayaran khidmat kepada pelacur tadi lalu terus meninggalkan pelacur tersebut terkapai-kapai ke-blur-an.

Pelacur tadi musykil dan blur. Tak pernah-pernah dia jumpa orang macam ni. Jangankan nak kata tergoda, malah kulit mereka sedikitpun tidak bersentuhan. Siap bagi duit lagi walaupun tak jadi nak langgan. Beliau jadi musykil lalu berfikir-fikir. Fikir, fikir dan fikir lagi selama berhari-hari. Sampailah satu hari beliau membuat keputusan untuk mencari abid itu kembali. Nampaknya beliau sudah jatuh cinta. Oh!

Dicarinya abid tadi di rumah, tetapi tidak ada. Jiran-jiran bilang beliau sudah balik ke kampung. Pelacur tadi memecut laju ke kampung abid berkenaan. Diselongkar seluruh pelusuk kampung sehingga akhirnya beliau berjaya menjumpai rumah abid berkenaan.

Apabila sampai ke rumah abid itu, pelacur tadi terus bertanyakan perihal abid berkenaan. Ternyata beliau berada di rumah yang betul, tetapi di waktu yang salah. Abid tadi sudah meninggal dunia. Hancur hatinya ibarat gelas kaca yang jatuh berkecai di atas lantai mozek buatan Itali. Namun beliau tidak berputus asa. Beliau nak juga kahwin walaupun dengan adik-beradik abid tersebut. Untuk makluman, adik-beradik abid tersebut pun alim-alim juga. Akhirnya keluarga abid tersebut bersetuju. Pelacur tersebut melangsungkan perkahwinan dengan abang arwah abid tadi. Mereka hidup bahagia bersama sehinggakan lahir seorang nabi hasil dari perkahwinan mereka. Sekian.

Dari situ, apa yang dapat kita simpulkan kawan-kawan? Ya! Tak mustahil bagi seorang peng-kapel, penzina, pelacur, pencuri dan yang sewaktu dengannya untuk memiliki pasangan yang soleh solehah hingga mampu melahirkan zuriat yang bermutu tinggi untuk agama. Ya! Tak mustahil. Anda masih berpeluang walaupun anda berzina 20.5 jam sehari. Walaupun saat membaca nota ini, anda sedang berzina lagi. Oh! Apakah dunia sekarang sungguh tidak adil?

Silap! Allah itu Maha Adil. Mereka-mereka di atas hanya mampu memiliki pasangan yang soleh solehah apabila tertunainya satu syarat. "Apa syarat tu der? Cepatlah bagitahu. Gua nak mengurat ustazah dekat hujung kampung tu," kata Awang kepada gua. Syaratnya adalah jeng jeng jeng...

"Taubat nasuha!" kata gua. (Sambil diiringi paluan drum dan tiupan trompet)

Bagi mualaf, lu boleh klik sini untuk mengetahui mengenai taubat nasuha dengan lebih lanjut. Maka apa tunggu lagi? Selagi ada masa dan waktu ni, cepat-cepatlah bertaubat. (Sambil menyanyi lagu Pak Long - Selagi Ada Rindu)
Selagi ada bulan mentari
Selagi ada berkasihani
Selagi ada bulan dan bintang
Selagi ada berkasih sayang
Selagi ada ombak dan laut
Selagi hatiku terpaut
Selagi ada turunnya hujan
Selagi ada rahmat Tuhan
Selagi ada langit dan bumi
Selagi cintaku bersemi
Selagi ada waktu
Selagi ada rindu
Tambah-tambah dengan keberkatan di bulan Ramadhan bulan keampunan ini. Kita tak tahu kalau-kalau petang nanti waktu kita di bazar tiba-tiba puting beliung datang meragut kita. Kita tak tahu kalau-kalau malam nanti kita mati tercekik tulang ikan ketika berbuka. Kita tak tahu kalau-kalau tidur kita malam nanti merupakan tidur yang selamanya. Kita juga tak tahu kalau-kalau esok pagi kita mengalami kemalangan jalan raya yang tragik. Oh oh!

Dan khas buat peng-kapel, hentikanlah. Sebab apa gua fokus kat kapel? Sebab kapel inilah salah satu punca segala permasalahan umat yang ada sekarang. Daripada zina, lacur sampailah ke gejala buang anak. Lalu puting beliung datang melanda ke bazar Ramadhan. Oh oh oh! Tak ada maknanya lu nak gadaikan kasih sayang lu kepada mereka yang belum tentu menjadi suami atau isteri lu. Kesian dekat mereka sebab awal-awal lagi lu dah berlaku curang dengan memberikan kasih sayang, tangan, buah tangan, jiwa dan raga kepada orang lain. Tak patut tak patut. Yer dok?

Maka mulai hari ini, berazamlah untuk berkata, "Abang/Ayang/Anje, sudah-sudahlah kita buat maksiat ni yer. Tak kool pun sebenarnya. Mulai hari ni, kita bawa haluan masing-masing. Insyaallah kalau ada jodoh, kita bertemu lagi di lain masa. Mungkin time tu Abang/Ayang/Anje dah berkahwin dengan orang lain yang lebih macho/cun. Ataupun Allah SWT nak pertemukan kita di jinjang pelamin, wallahualam. Bye!"

Tingkatkanlah lagi azam untuk men-delete gambar-gambar yang mampu mengundang tohmahan di Facebook lu. Kalau sayang sangat gambar tu, lu bolehlah mengambil langkah meng-censored-kannya. Ha ha ha! "Der! Nanti orang mengata-ngata kita sebab kita berubah drastik sangat. Lagipun macam tak logik jer kita boleh dapat jodoh baik-baik. Macam mana?" soal Kiah. Kiah kiah. Saidina Umar dulu sungguh brutal orangnya sebelum memeluk Islam. Tapi akhirnya menjadi seorang Khalifah. Tak jadi masalah.

Kesimpulannya, ciptalah hubungan yang diredhai dan diberkati. Akhiri hubungan lu sekarang ini dengan baik dan aman tenteram. Beri masa dan peluang kepada diri sendiri untuk berubah dan menjadi lebih baik. Bertaubatlah dan menyesal atas segala kesalahan yang lalu. Kemudian tunggulah sehingga bekas pengarang jantung hati lu tu masuk meminang lu. Andai kata selepas lu orang break tu, dia sudah ada pengganti lu maka dia itu bukan jodoh yang baik untuk lu. Waktu itu lu takkan menyesal kerana lu tidak menghabiskan masa, jiwa dan raga lu dengan orang yang bukan sepatutnya.

Oh ya. Di sini ada doa untuk memudahkan kita melupakan kekasih lama.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

19 comments:

Anne M. said... [Reply]

dah lama gua tunggu,
akhirnya berbuah.
=)

aliaazuan said... [Reply]

Salam..

Menunggu buah yg sudahpun gugur, senaaaaang hti. Alhamdulillah..

fye said... [Reply]

perluke trumpet segala.xleh blah ok.

good article.jkk.

zawani said... [Reply]

aku baru je baca kisah ni dlm buku bumi cinta karya ust habiburrahman el shirazy..nice!!~~ :)

Bijen M. said... [Reply]

AN,
Penungguan yang berbaloi?

AA,
Salam.
Harap durian yang gugur tak rosak ditebuk tupai.
:)

Fye,
Perlu kot untuk tambah efek.
Syukran.

Zawani,
Oh ya?
Btw sama tak?
Aku pun ingat-ingat lupa cerita ni sebab dah lama aku dengar.

Anonymous said... [Reply]

pelacur tu puasa jugak kot...

tu pasal dpt anak soleh..

semut api said... [Reply]

pelacur tu puasa jugak kot...

tu pasal dpt anak soleh..

airazulaikha said... [Reply]

wahhh..senyum mebacanya.. :)

myra arshad (: said... [Reply]

setiap kali aku baca entri2 dalam blog ni aku selalu ingat mati. ingat tuhan. terima kasih encik bijan :)

Anne M. said... [Reply]

berbaloi2.
dah lama gua godek benda neh dari lu nya lepas2.

Bijen M. said... [Reply]

TN & SA,
Barangkali.
Tapi berpuasa selepas bertaubat nasuhalah.

AZ,
Senyum seindah suria.
Kan membawa cahaya.

MA,
Alhamdulillah.
Semoga sentiasa ingat mati.
Sebarkan pada orang lain yang tersayang semoga mereka juga ingat mati.

AM,
Berbaloi baloi baloi.
Baguslah.

myra arshad (: said... [Reply]

insyaallah =)

azizie.com said... [Reply]

siapakah gerangan imam besar yang dilahirkan itu?

Bijen M. said... [Reply]

Maaf ya tuan puan.
Lahir seorang nabi hasil dari perkahwinan tersebut.
Seperti yang kita sedia maklum, nabi ada banyak.
Bila saya dapat tahu siapa nabi berkenaan, saya akan update.
Sekian.

Fontonk said... [Reply]

InsyaAllah lepas subuh gua baca.

nk makan dlu

Bijen M. said... [Reply]

Fontonk,
Ha ha.

Nur Taufiqah Idris said... [Reply]

i've just found this blog.. agak rugi.. if i may ask, for i would like to know in a guy's view, what should a girl actually do to break the relationship without hurting a guy feeling..? without scratch his ego.. what if she already asked for them to be just frieds, but the guy refused. she asked many times.. she already decided for them to separate. she really already able to put away those love feeling.. but the guy keep "tying" her.. and she pretend to still be in love with him.. what should the girl do...? *minta maaf banyak2 tulis panjang n pakai english. kalau pakai BM takut jadi karangan yg lagi panjang*

Bijen M. said... [Reply]

NTI,
If you don't mind, can we contact through e-mail?
notasiku@gmail.com
:)

Nur Taufiqah Idris said... [Reply]

oh.. ok. sure. i'll email you

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...