23.8.10

Gua ber-kapel. Apa harus gua buat? Tolong tolong!

Oh oh! Nampaknya belum habis lagi dengan isu kapel. Gua pun dah naik jemu sebenarnya nak cerita pasal kapel kerana sudah 3 entri berturut-turut gua buat. Tapi oleh kerana gua dapat request dekat Formspring dan dekat sini, gua pun cuba tunaikan. Allah SWT kata siapa yang menyempurnakan hajat orang lain, Allah SWT akan menyempurnakan 70 hajat untuknya. Jadi hajat gua adalah nak dapat kerja yang best-best, kumpul duit dan kahwin dengan orang yang dekat-dekat. Wohoho!

Imbas kembali drama sebabak sebelum ni dalam entri - Awak, bila kita boleh kapel? Baru-baru ni gua terjumpa lagi Norman Hakim Memey (NHM) di alam maya. Nampaknya kini beliau sudah bahagia dengan pasangan barunya (ber-kapel). Semoga beliau mendapat hidayat semula dan kembali ke pangkal jalan.

NHM : Bro!
Gua  : Yo!
NHM : Tak apa kan kita kapel-kapel ni? Ukhwah fillah!
Gua  : ... (Kefalehutak anda)
NHM : Yerlah. Benda baik bro. Ingat mengingati antara satu sama lain. 'Solat tiang agama', misalnya.
Gua  : ...
Gua  : Dah tu apa beza lu dengan mereka yang sedang merendek kat Padang Polo tu?
NHM : Dia orang pegang-pegang tangan. Haram!

Gua tunduk mendesah. Ternyata gua masih gagal menerangkan dengan baik mengenai agenda kapel ni kepada beliau. Oh Allah! Berikanlah daku kekuatan. Berikanlah kepadanya hidayat.

Tuan puan yang mulia, sesungguhnya manusia sangat mudah terkesan dengan persekitaran. Manusia ini sangat mudah untuk jatuh dalam persekitaran bila imannya lemah. (Jadi kena buat usaha atas iman) Ditambah pula dengan hasutan hawa nafsu dan tipu daya syaitan yang bijak membuatkan kita terus berada dalam kealpaan. Hari ini kita dapat lihat sewaktu 1 Ramadhan, masjid dan surau penuh dengan manusia bagai. Sehinggakan jemaah yang melaksanakan solat terawih melimpah ke luar masjid. Tetapi menjelang pertengahan Ramadhan, masjid dan surau mulai lenggang. Kerana apa? Kerana manusia-manusia ini terikut-ikut dengan persekitaran mereka. Saat 1 Ramadhan dulu, semua orang pergi ke masjid sampai blok jadi kosong. Sehinggakan kita akan merasa diri alien, ganjil, hodoh dan aneh jika tidak turut sama ke masjid berjemaah. Tetapi bila datang pertengahan Ramadhan, melepak di bilik bermain Dota, membuat assignment, meeting, merendek makan malam dengan awek dan sebagainya sudah menjadi perkara biasa. Jadi tidak timbul perasaan bersalah dalam diri mereka apabila tidak lagi pergi ke masjid.

Begitu juga kita yang ber-kapel. Kita merasakan kapel itu 'halal' apabila orang-orang disekeliling kita semua ber-kapel. Langsung tidak nampak perasaan bersalah pada wajah mereka saat mereka ber-kapel, merendek, berpegangan tangan dan sebagainya. Perkara ini seakan-akan sudah menjadi perkara biasa. Lagak mereka seumpama Yusuf Qardhawi sudah menghalalkan kapel untuk diamalkan dalam masyarakat Muslim. Oh oh! Cukup-cukuplah. Sekarang ini cuba anda bawa senaskah Al-Quran ke kafe pada waktu malam dan mula membacanya di khalayak ramai. Pasti dan pasti orang di sekeliling akan mengecam anda seorang yang ektrimis, pengganas, Wahhabi, tabligh, Syiah, tarekat, sewel, riak, songsang dan sebagainya. Ha ha ha! Lumrah dunia.

Jadi tuan puan yang mulia, kita patut bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kita taufik dan kesedaran mengenai agenda kapel ini. Dan apabila kita buat usaha di atas kesedaran tersebut, insyaAllah akan dilimpahkan hidayat kepada kita untuk berubah. Tetapi jika kita langsung tidak berniat untuk berusaha atas kesedaran yang tiba, gua takut Allah Taala tak akan pilih kita semula selepas ini untuk menerima taufik hidayahNya. Allah Taala akan memberinya kepada orang lain kerana kita telah berlaku sombong dengan menolak pemberianNya sebelum ini.

Sememangnya berat bagi mereka yang sudah ber-kapel berkurun-kurun lamanya untuk mengakhirkan hubungan ini. Ianya terpulang kepada lu. Semuanya di tangan lu. Orang lain tidak boleh mengakhirkan hubungan lu dengan baik sebagaimana lu mulakan dulu. Jadi kalau lu sayangkan hubungan lu orang, mulakannya sekarang.

Status
Sebelum lu menasihati pasangan lu kerana kononnya lu dah tersedar, silalah nasihati diri sendiri dahulu. Bermula dengan Fesbuk. Hentikan penipuan lu ke seluruh dunia yang menyatakan lu sedang 'Married', 'Engaged' dan sebagainya. Tulis saja status 'Single' atau lebih baik untuk tidak mengisi apa-apa hubungan di ruang tersebut. Biarkan ianya kosong menjadi tanda tanya. Sekurang-kurangnya dosa menipu lu berkurangan dan kebarangkalian lu memperolehi jodoh yang lebih baik akan betambah. Berilah peluang kepada lelaki yang lebih baik dan kacak untuk mengenali lu. Hak hak hak! Maka pasangan lu pun mula rasa dirinya dikhianati dan bertanya kepada lu. Jangan jawab gua sebagai orang ketiga. Lu jawab saja dengan kool, "Awak! Sejak bila kita bernikah ni? Zakat fitrah saya pun bapa saya yang tanggung lagi. Tak baik menipulah awak. Tipu dosa, mati seksa, masuk api neraka. Awak nak masuk neraka ke?"

Gambar
Dengan kekuatan yang terkumpul selepas solat terawih nanti, azamkan diri untuk men-delete segala bukti-bukti yang membuktikan anda ber-kapel. Sebagai contoh, gambar laga-laga pipi dengan pasangan lu dalam Fesbuk tu. Atau gambar sambutan besday lu bersama beliau. Dan segala gambar-gambar lu dengan beliaulah. Dah alang-alang men-delete tu, delete-lah sekali gambar lu yang mendedahkan aurat seperti gambar lengan lu, gambar tudung singkat nampak buah dada lu membengkak, gambar baju singkat nampak potongan bontot lu dan sebagainya. Tak manis langsung lu tahu. Kalau lu telah di-tag, sila remove tag tersebut atau minta jasa baik kawan lu itu untuk menghapuskan gambar tersebut. Jika sukar, private-kan saja album gambar tagged lu. Nampaknya dosa lu yang diternak hari-hari semakin berkurangan. Alhamdulillah syukur. Kalau suka, isikan gambar-gambar yang membawa mesej dakwah dan baitul muslim. Secara tak langsung ia akan mendorong lu untuk tak sabar-sabar nak kahwin dengan pasangan yang soleh solehah. Yeah!

Perbualan
Hentikan juga perbualan yang berkisar kepada percintaan duniawi dengan kawan-kawan. Banyakkan bercerita perkara yang lebih penting seperti malam ni nak sembahyang terawih di mana, bagaimana nak mencari pasangan yang soleh solehah, bagaimana nak bercinta dengan Allah dan sebagainya. Elakkan bercerita mengenai kisah hubungan lu seperti 'pengalaman saya menonton wayang dengan si dia', 'si dia yang menyambut besday-ku', blablabla dan blablabla. Ini salah satu cara juga nak buat usaha atas iman.

Persekitaran
Seperti yang dijelaskan di awal tadi, manusia mudah tunduk dengan persekitaran. Jadi banyakkan masa melepak dengan kawan yang single-mingle. Ini secara tak langsung akan mengisi masa lapang lu dengan membuat hobi yang berfaedah. Kalau lu kawan dengan orang yang ber-kapel, kehidupan lu akan berkisar mengenai kapel saja. Lu akan sering ditinggalkan kawan yang pergi dating lalu merasa kesunyian. Mulalah lu gatal tangan nak tanya khabar bekas/bakal bekas kekasih lu. Biasanya kawan-kawan yang single ini mempunyai idea yang lebih kreatif untuk mengisi masa lapang mereka berbanding mereka yang ber-kapel. Jadi lu akan lebih terhibur dengan mereka berbanding menjadi orang bodoh cakap dengan tiang kerana kawan lu yang ber-kapel itu sedang mabuk dengan kekasihnya. Oh! Lu juga boleh menggunakan peluang yang ada dengan kawan-kawan single ini untuk memperbanyakkan ibadah di bulan yang mulia ini. Kerana mereka tidak terikat dengan dating-dating bersama pasangan mereka segala. Sekali lagi usaha atas iman dapat dibuat.

Komunikasi
Mulai hari ini, tukar pasangan ber-SMS lu kepada mak bapak dan ahli keluarga lu. Jika sebelum ini setiap malam lu SMS pasangan lu 'Nite nite, Sleep tite ^_^', sila SMS begitu kepada mak bapak lu. Harus diingat, merekalah yang membesarkan lu sehingga ke hari ini. Yang menjaga makan minum pakai lu. Bukan pasangan kapel lu. Jadi tidak wajar untuk lu membelakangi mereka. Sewaktu besday mak bapak lu, sila sambut semacam lu sambut dengan pasangan lu dulu. Buatlah prank-prank segala kalau nak buat. InsyaAllah ukhwah keluarga akan lebih terjalin. Lepas ni, mak bapa nak sponsor lu kahwin pun senang. Yeah!

Setakat ini sajalah dulu gua cerita pasal dah panjang berjela. Kalau mahu lagi boleh request lagi. Jadi tuan puan yang mulia, perkara di atas boleh dilakukan seorang diri tanpa meminta kerjasama pasangan lu. Jadi ini langkah pertama untuk membuat beliau sedar diri. Kalau lu untung, mungkin pasangan lu akan terus give-up dan memutuskan hubungan lu orang. Jadi lu dah nampak yang pasangan lu itu bukanlah calon yang terbaik untuk lu. Bersyukurlah Allah masih sayangkan lu kerana memberi petunjuk kepada lu.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

22 comments:

Anne M. said... [Reply]

haish!

bali hambali said... [Reply]

tabik sama lu bejanibi

Half said... [Reply]

tu dia.. ustaz bijan kamtuyu da bersuara

aliaazuan said... [Reply]

Salam..

Alhamdulillah ana dh ada kapel yg baik n buat usaha agama.Takde tipu2 yer...insyaAllah.

myra arshad (: said... [Reply]

pergh. entri yg sgt mendalam dan menusuk kalbu.

plg aku suka part status tu ! :)

tabik spring!!! :)

airazulaikha said... [Reply]

:)

nawar said... [Reply]

'Nite nite, sleep tite ^__^'

comelnye. siyesli nk anta sms ceni kt parents aku. hahahaha

Bijen M. said... [Reply]

AM,
Hish.

BH,
Tabik sepering sama Bali.
:)

Half,
Eh.
Keluar suara ke blog saya?
Ha ha.

AA,
Alhamdulillah.
Saya pun nak cari satu.
Ha ha.

MA,
Tabik sepering balik.

AZ,
:D

Nawar,
For sure dia suruh anda kahwin cepat-cepat.
Kereta dah elok?

semut api said... [Reply]

bro gua nak baca text entry lu dalam tazkirah terawih malam ni bole tak?

Bijen M. said... [Reply]

SA,
Panjang der.
Sempat ke?
Karang makmum semua tensen karang.

limauais said... [Reply]

wahh.mantap isinya.arap orang2 yg tengah kapel atau niat nk kapel akn baca post ko.insyaallah doakan mereka berubah.aminn..

cyclohexanol said... [Reply]

Kalau orang yang membuat scam bercinta macam saya, ape hukumnya?

Bijen M. said... [Reply]

LA,
Harapnya begitulah.
Kita yang tersedar ni haruslah membantu mereka.
Yer dak?

Cyclo,
Mengundang fitnah.
Ha ha ha!

Benrauf 2.0 said... [Reply]

Air dah masuk kepala. Nak bayar bil kahwin cepat-cepat. Ditanggung halal.

Bijen M. said... [Reply]

BR,
Jangan lengah-lengah lagi.
Nanti pecah kepala.
Ha ha.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

tuan bijen m..
ukhwah fillah????terkena lagi.....haish...

Bijen M. said... [Reply]

UM,
Ha ha ha.
Ya.
Ukhwah fillah tak salah.
Tapi ramai yang dah tersalah.
Apabila menghalalkan yang haram.

Seperti juga dadah tak salah.
Tapi bila disalah guna tu yang jadi salah.

cleo said... [Reply]

lu ustak ke bro?gahahhahah

Bijen M. said... [Reply]

Cleo,
Dok pong.
Bakpo?

ukhti,mardhiah said... [Reply]

yke..OWH BEGITU......pasal mard suka guna perkataan ni....huhu...harap x salahkan penggunaannya.......amiiin=)

Bijen M. said... [Reply]

UM,
Ha ha ha ha ti ha ti.
:D

CKB said... [Reply]

argh..terasa gua.. kehkehkeh,
trimas bro. pnulisan andamembuka mata ku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...