5.8.10

Gadis bagaimana patut jadi pilihan anda sebagai lelaki?

Sedang gua memandu kereta gua yang bukan Ferrari sambil bermain Formspring di henpon gua yang bukan BlackBerry itu, tiba-tiba gua menerima satu panggilan dari kenalan alam maya gua, Hanis Zalikha. Oke gua main rembat saja nama ni. Gua pun tak tahu siapa. Kalau nak tahu lu boleh rujuk sini. Biasanya kawan gua stok nama artis saja der.

"Bero! Betul ke kalau seseorang yang menyembunyikan perasaannya kepada orang yang dia suka, kalau dia mati, matinya dikira mati syahid?", tanya beliau through henpon dengan bersungguh-sungguh.

"Pasal ada kawan gua cakap begitu katanya ada hadith pasal ni.", tambah beliau lagi.

"Oh yeker? Ma... erk!", gua cuba membalas tapi hasrat gua tidak kesampaian.

Dari dalam lubang henpon gua keluar bunyi 'Tut tut tut...'

Kemudian gua dapat SMS dari beliau yang berbunyi, "Sori. Kredit habis tadi. Call balik please..."

Jari-jemari gua secara automatik meramas-ramas stereng kereta gua yang bukan Ferrari itu sampai gua nampak lekuk-lekuk pada stereng tersebut. Gua tarik nafas dalam-dalam cuba menenangkan diri.

Gua dail semula nombor beliau sambil tangan kiri gua menekan-nekan butang radio mencari siaran Perak FM di frekuensi 95.6 bagi kawasan Tronoh. Biasanya tiap-tiap hari pukul 6.30 petang gua layan radio Perak FM bagi ceramah agama. Best jugalah gua layan petang-petang sambil korek hidung.

"Hello. Sori eh tadi. Tak perasan kredit dah nak habis. He he he.", kata Hanis Zalikha bajet comel.

Gua mengiyakan saja. Kemudian gua letak henpon gua dekat corong radio kereta gua. Maksud gua letak dekat speaker keretalah bagi dia dengar ceramah pada petang itu. Henpon gua kan bukan BlackBerry. Jadi gua tak kisah sangat bab call lama-lama ni.

Tiba-tiba ustaz dalam radio pun mengeluarkan suaranya. Diceritakanlah olehnya mengenai orang yang bercinta semata-mata kerana Allah SWT. Ceritanya seseorang yang mencintai seorang yang lain sehingga dia takut untuk berjumpa, bercakap, bermesra, berpegangan, berberni, berbertu dan bermacam-macam lagi dengan orang tersebut oleh kerana perasaan takutnya kepada Allah SWT, maka jikalau dia mati, syahid dunia untuknya. Sama macam ibu yang mati ketika melahirkan anaklah lebih kurang. Makna kata apabila dia sudah jatuh cinta sama seseorang, tetapi dia takut untuk melahirkan rasa cintanya kerana takutkan perkara maksiat yang mungkin bakal menimpa, pahala syahid dunia untuknya disebabkan matinya dalam bermujahadah memendam rasa itu. Jadi janganlah kata dia loser yer tuan-tuan dan puan-puan.

Maka selesailah ustaz tadi mengulas hadith tersebut. Tiba-tiba gua rasa macam kena pula time ditanya dengan time ustaz ni jawab. Magis betul. Setelah itu gua nampak Hanis Zalikha mengangguk-angguk. Eh, baru gua perasan gua buat video call rupanya. Cislake! Kantoilah gua korek-korek hidung tadi. Argh! Habis kredit gua.

Sebelum gua mengakhiri majlis, gua nak bagi satu ayat untuk buat lu lupa seseorang yang lu asyik-asyik teringat. Mungkin pasangan baru bercerai sebagai contoh. Atau mungkin lu asyik-asyik mimpi teringat gua misalnya. So kalau lu rasa-rasa asyik teringat kat gua, lu baca ayat di bawah ini setiap kali teringat kat gua.

وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَى آدَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْماً
Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu,
tetapi ia lupa; dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh. (Taha : 115)

P/S: Kalau tak nampak, sila selak quran la der.

****

Dan seperti tajuk di atas gua nak bagi tips macam mana nak pilih gadis yang sepatutnya insyaallah. Tipsnya ialah carilah gadis yang memakai stokin di kakinya dan di lengannya setiap masa dia berada dengan bukan mahramnya. Zaman sekarang, ramai saja orang yang bertudung, tetapi sedikit dari mereka yang bermujahadah dalam menitik beratkan soal aurat. Bagi yang belum berstokin, masih belum terlambat. Belajar-belajarlah yer.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

30 comments:

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

-Yang pakai baju macam org kuar masturat tu taknak ke? hehe

-Nanti nak makan bergedel, jgn lupa basuh tgn dulu...lap bersih2 tau!

-Muhrim = orang yang brpakaian ihram
-Mahram = suami @ org yg takleh kawin dgn kita.

Bijen M. said... [Reply]

AA,
Salam.
Ha ha.
Yang tu impian kot.
Hee.

Wahh.
Dah jadi bergedil.
Post sikit sini.

Aaa.
Kompius dah jadi.
Boleh terangkan tak?
Lain kali pakai 'lelaki ajnabi' jelah.

aliaazuan said... [Reply]

Salam..

Anda trlambat, bgedel tu dh abih dulu..pegi order kat kedai depan tu.

Kalau dh trbiasa guna 'bkn muhrim', gantikan dgn 'bkn mahram'. cmtu je, cuma tukar baris...arab sket..

semut api said... [Reply]

kirim salam sama itu Hanis Zalikha..bilang sama dia gua ada banyak stok stokin. kalau nak gua bole bagi free...

:)

gua adalah gua said... [Reply]

Gua rase, kalo untuk Hanis Zalikha tu, stok tudung pon gua boleh bagi free of charge jgk. cakap kat die, body tu dah cantik dah, tutup2le sikitt. kasik penyiksaan jiwa sama kaum-kaum adam je. hahaha. tp part rambut, yg tu gua tak lalu. berkarat sangat. muke jawe. tak seswaiii tak sesswaiii. haha.

Mr AliffHadi said... [Reply]

Haha..

Didalam kelawakan mengorek lobang idong,

ter3G call,

meramas stereng berlekuk..

terselit satu tazkirah..

waduh, berbakat sungguh kamu sahabatku.

Bijen M. said... [Reply]

AA,
Salam.
Oh begitu.
Baik cikgu.
Akan saya aler lepas ini.
;)

SA,
Wahh.
Dia kata nak stokin belang-belang.
Ada stok?

GAG,
Oi oi.
Lu dah salah Hanis Zalikha ni.
Hanis Zalikha yang gua cerita ni baik, sopan santun, pakai tudung semua.
Ha ha ha.
Mungkin pelanduk nama serupa agaknya.
;)

Mr AH,
Eh eh.
Kuasa Allah Taala.
Ha ha.
;D

myra arshad (: said... [Reply]

ek.. nice post! tengs!

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Ha ha.
Tank yu!

Luna said... [Reply]

Lelaki bagaimana yang patut jadi pilihan saya sebagai perempuan?

Haha! Terima kasih untuk ayat tersebut. Aku dah nak hantuk-hantuk kepala dah.

Bijen M. said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
Bijen M. said... [Reply]

Luna,
Jawapan itu ada di sini.

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=779

Semoga berjaya.
:D

myra arshad (: said... [Reply]

terima kasih atas jawapan daam article itu. ehee

Bijen M. said... [Reply]

Sekadar perkongsian.
Kebanyakan perempuan inginkan lelaki soleh.
Tapi diri tak mahu berubah menjadi solehah.
Kononnya mengharapkan agar lelaki soleh itu mampu merubahnya.

Sesungguhnya lelaki soleh itu tanggungjawabnya lebih besar kepada agama.
Dan pasangannya yang solehah itulah yang sepatutnya membantu lelaki soleh tadi dalam menyempurnakan tanggungjawabnya kepada agama.

Bukannya disusahkan lagi lelaki soleh itu untuk fikir membetulkan isterinya agar menjadi baik.

jane said... [Reply]

suke ni=)

Bijen M. said... [Reply]

Jane,
Lebih kurang entri kau tu lah.
:)

jane said... [Reply]

eh, kau pun baca previous entry aku?

huhuhu

anyway, aku suke bc yg ni=)

slmt berpuasa ye;)

Bijen M. said... [Reply]

Jane,
Ada juga terbaca pasal tu.
Mula-mula dulu Aira Zulaikha tanya dekat aku pasal ni.
Lepas tu aku terjumpa dalam blog kau.
Then baru-baru ni aku dengar dalam ceramah dekat radio.
So baru yakin nak tulis.
Ha ha ha.
Tank yu btw!
Salam Ramadhan.

limauais said... [Reply]

entri yg bgus!
tp ak sedih sket sbb ak x bape solehah.aigoo~

Bijen M. said... [Reply]

LA,
Kalau ada kesedaran diri tak berapa solehah dan ada niat nak jadi wanita solehah pun dah cukup bagus.
Ye dok?

ukhti,mardhiah said... [Reply]

Kebanyakan perempuan inginkan lelaki soleh.
Tapi diri tak mahu berubah menjadi solehah.
Kononnya mengharapkan agar lelaki soleh itu mampu merubahnya.

Sesungguhnya lelaki soleh itu tanggungjawabnya lebih besar kepada agama.
Dan pasangannya yang solehah itulah yang sepatutnya membantu lelaki soleh tadi dalam menyempurnakan tanggungjawabnya kepada agama.

Bukannya disusahkan lagi lelaki soleh itu untuk fikir membetulkan isterinya agar menjadi baik


very love this part..so real......mard nak y ini...y ini k....ikram tuan=)

Bijen M. said... [Reply]

Mard,
Yalah yalah.
Ambil jer apa yang nak.
Tak payah minta izin.
:D

ukhti,mardhiah said... [Reply]

dah ambil pun...dah jadi entry terbaru mard pun...ahaiiii=) thanks

Bijen M. said... [Reply]

UM,
Laju betul.
Tak sempat nak ikram.
Ceh.

Farid Nazmi said... [Reply]

Terlepas peluang gua nak dapat syahid...

Bijen M. said... [Reply]

FN,
Tak mengapa.
Semoga ada lagi peluang di lain masa.
:)

~PENCHENTA~ said... [Reply]

saat muhasabah diri.
gerun dengan dunia sekarang.
merasakan memang kiamat sudah dekat.
membayangkan pula entah dimana aku bakal berada.

Tuan Auz said... [Reply]

Emmm.
Macam mana dengan kes aku ngan Mr.Tett ? Aku rasa dia tau aku suka dia. Tapi ape je aku bley buat selain doa kat Allah kan.

=)

(takde kaitan komen) heee

Bijen M. said... [Reply]

PEN,
Usaha tangga kejayaan.

TA,
Pergilah cakap dengan dia.
Make him realize.

miza kimbum said... [Reply]

setuju....^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...