10.8.10

Dari mata turun ke hati.

Baru-baru ni gua telah dijemput bagi satu sesi wawancara untuk sebuah rancangan terbitan RTM di Angkasapuri. Apa yang diperbualkan pada malam itu adalah tentang mata. Ikuti rakaman wawancara berkenaan di bawah.

Anda seorang yang rabun?
Ya! Gua rabun. Tapi tak adalah rabun ayam. Rabun jauh saja. Maksudnya kalau gua pakai sniper, gua kena pakai teroponglah baru boleh tembak orang dengan bull eye ataupun headshot.

Wahh! Pandai pakai sniper?
Pernah pakai. Waktu main Counter Strike kecil-kecil dulu. Dah jangan nak lari topik.

Zzz. Oke. Apa limitasi anda apabila rabun jauh ni?
Oh. Perkara-perkara normal yang dialami perabun jauhlah. Misalnya, tak mampu membaca tulisan secara jarak jauh, pandangan kabur terutama bila melihat pada waktu malam dan benda yang jauh dan lain-lain lagi yang difikirkan sesuai. Tapi jangan risau. Gua tetap berpandangan jauh dan optimis. Ha ha ha!

Ha ha ha. Anda pakai spek mata sekarang?
Ya ya. Gua pakai spek mata. Kadang-kadang.

Kenapa kadang-kadang?
Sebab gua rimas. Gua rasa macam terpaksa bergantung kepada alat bantuan penglihatan. Macam orang sakit kaki pakai tongkat. Lebih kurang begitulah. Rimas tau rimas.

Jadi anda lebih suka tidak berkaca mata?
Ya! Tepat sekali. 10 markah untuk lu. Menyerlahkan kecantikan asli gitu. Hak hak hak.

Maka sepanjang anda rabun ini apa yang dapat anda pelajari?
Oke! Secara ringkasnya gua belajar banyak benda. Pertama sekali, hargailah mata yang dikurniakan. Gunakan nikmat yang diterima ini di tempat yang sepatutnya dan diredhai Allah SWT. Sebagai contoh, mulakan hari anda dengan melihat tulisan Al-Quran terlebih dahulu sesudah Subuh. Tengoklah benda-benda yang indah sambil memuji dan mengagumi ciptaan Allah SWT. Gadis-gadis misalnya. Eh! Maksud gua isteri masing-masinglah. Tengoklah pokok-pokok yang menghijau, bukit-bukit, gunung-ganang dan sebagainya. Jagalah mata dari melihat perkara maksiat. Melihat aurat-aurat yang terdedah, benda-benda kotor dan sebagainya. Benda ini penting dan perlu kita jaga. Sentiasalah merendahkan pandangan. Jangan suka mendongak ke langit kerana ianya mudah diiringi dengan sifat riak, angkuh, takbur dan sebagainya.

Apakah hikmah bermata rabun?
Hikmah yang gua dapat bila rabun ni mungkin gua kurang terdedah kepada perkara maksiat kot. Biasalah, fitrah manusia. Gua kalau mata normal, suka betul ushar benda-benda indah dan menarik macam gadis-gadis sebagai contoh. Jadi bila dah rabun ni, gua nak ushar gadis pun dah tak sedap. Dah dekat-dekat baru nampak clear. Tapi kalau dah dekat baru nak ushar, kantoilah gua.

Oh begitu. Jadi kalau anda tak pakai spek memang tak nampaklah?
Bongok ke apa? Yelah. Dah nama pun rabun. Zzz betul. Jadi kalau ada orang tegur atau senyum-senyum dekat gua dari jauh, jangan kecil hati kalau gua tak reply. Bukan apa, karang gua tersalah orang pula. Kot kot dia nak tegur orang lain, gua pula yang menyahut. Dah kena cop perasan. Gua pun kena juga jaga integriti beb.

Jadi apa pesanan terakhir dari anda?
Kalau nak naik tangga, janganlah asyik memandang ke bawah. Karang terlanggar orang yang nak turun. Tak pasal-pasal.

Oke terima kasih.
Sama-sama.

****

Sewaktu para sahabat Nabi SAW cuba menguasai Baitul Maqdis, antara taktik yang digunakan oleh kaum Kafir adalah dengan menempatkan gadis-gadis seksi meksi belah-belah di sepanjang jalan ke sana. Sehinggalah sampai satu ketika gadis-gadis seksi meksi belah-belah ini kembali kepada ketua mereka sambil mengadu, "Kami malu dengan tentera Islam. Bukan saja mereka tidak menyentuh kami bahkan langsung tidak melihat kami. Kami pula yang berasa malu apabila tidak berpakaian seperti orang bodoh keadaannya."

Jadi begitulah kejayaan yang diperolehi para sahabat yang mana sentiasa taat dan patuh kepada Allah SWT dan RasulNya yang menyuruh mereka menundukkan pandangan mereka. Sesungguhnya tidak ada jalan lain untuk mencapai kejayaan melainkan dengan agama.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

29 comments:

Anne M. said... [Reply]

adeh.

myra arshad (: said... [Reply]

kau rabun ke? laaaa.
tak penah nampak pakai spek pun! HEHE

btw, kesian aku yang rabun ni. hidup terpaksa bergantung kat alat bantuan! HAHA

p/s : aku suka title itu. dari mata turun ke hati :)

Bijen M. said... [Reply]

AM,
Lu sakit apa pula?
Nak puasa ni saja nak cari alasanlah tu.

MA,
Tak habis stalklah ni.
Ha ha.

myra arshad (: said... [Reply]

HAHA. aku mmg stalker berjaya :)

Benrauf 2.0 said... [Reply]

rabun bukan alasan untuk tidak berpuasa. selamat ramadan.

Anne M. said... [Reply]

rabun

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Gua baru belajar Business & Cyber Law.
Cyber stalk is a crime.
Heheh.

BR,
Gua baru nak cakap gua tak boleh puasa sebab rabun.
Adeh.
Ha ha.
Selamat Ramadhan juga.
Jangan sedih-sedih tak ada duit ya.
:D

Bijen M. said... [Reply]

AM,
Babun kot.

aliaazuan said... [Reply]

salam.

Ni bln pose baca la Quran byk2, ilang rabun insyaAllah.

semut api said... [Reply]

lu try la produk permata apa nama tuh...alaaa..lu carik la sendiri.. :)

pagi tadi lu sahur apa bro?
ok..slamat berpuasa...

myra arshad (: said... [Reply]

grr~ is a crime? then kenapa tak bawak ke muka pngadilan ? HAHA.

aliaazuan said... [Reply]

Salam..Semut Api,

Nama dia 'Permata Hijrah'. Kalo taknak beli, titik air zamzam pun buleh jugak...

Bijen M. said... [Reply]

AA,
InsyaAllah.
Tank yu mengingatkan.

SA,
Aah Permata Hijrah.
Tapi gua tak faham sangat apakejadahnya itu.
Sahur makan roti.
Kemudian alhamdulillah member gua baik hati bagi megi goreng.
Memang autentik!

MA,
Kesian.
Setel belakang sudah.

AA,
Nice info!
:)

sanishaqifah said... [Reply]

suke nota akhir anda.. lagik..

sebab mukadimah lu panjang sangat dan blergh. =="

Bijen M. said... [Reply]

SS,
So lepas ni kena tukar nama blog jadi Nota Akhir lah?

myra arshad (: said... [Reply]

HAHAH. makan rasuah tak? pasni aku belanja beger kat taman pekaka ni. sedap jgk :p

limauais said... [Reply]

bijen,kalo rabun biase2,xpakai spek takpe.kalo macam aku ni,kalo xpakai,alamaknye nk anto comment kt ko pon xleh.haha.

p/s:pakai ler lens,still nmpak ensem lagi :p

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Rasuah haram!
Ha ha ha.
Ada oblong situ.

LA,
Dulu aku dengar tak pakai spek, power boleh turun.
Aku pun tak pakai kecuali waktu lecture saja.
Tapi setelah sekian lama, power aku meningkat.
Memang kena pakai.
Kalau tak, tak bolehlah aku senyum kat kau kalau jumpa tengah jalan.
Lens tak maulah.
Menyusahkan hidup.

myra arshad (: said... [Reply]

tau .tapi aku tetap suka oblong yang abg ein selalu buat! :p

esok blik pb eh? hehe.

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Dia ada meniaga oblong juga ka?
I see.
Ha ha.
Hampir hampir balik.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

salam tuan bijen m
mard pula xnak pakai spek sbb ada org tegur nampak tua.......tp tulah...kalau x pakai....jumpa org xtgur t org komplen.....poning=)

myra arshad (: said... [Reply]

ada! kat bazar ramadhan utan aji pun dia ada jual! :))
air tebu. perggh. lama mengidam! :p

myra arshad (: said... [Reply]

ada! kat bazar ramadhan utan aji pun dia ada jual! :))
air tebu. perggh. lama mengidam! :p

myra arshad (: said... [Reply]

ada! kat bazar ramadhan utan aji pun dia ada jual! :))
air tebu. perggh. lama mengidam! :p

Bijen M. said... [Reply]

Mard,
Pakai jer niqab.
Terus orang tak cakap banyak tua ke muda.
Ha ha.

MA,
Wahh.
Ghairahnya komen sampai 3 kali.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

adoiiiii---->>>tuan pandai ye.....=)niqab...niqab.....Nusrahmu Ya Allah...agak2 kalau tuan bijen m ni pakai serban atau ketayap putih d UTP cm ne ye????????ehem....

Bijen M. said... [Reply]

UM,
Memang pakai.
Tapi tak istiqamah.
Hari Jumaat saja.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

xbest=) usaha lg dan lagi=).......semoga berjaya tuan bijen m.......lillah hi Ta'ala

Bijen M. said... [Reply]

UM,
Insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...