3.8.10

Dah nak bulan puasa pun ada hantu raya?

Hari sudah lewat malam. Jam di bucu kanan bawah laptop gua yang bukan Apple MacBook Pro itu menunjukkan pukul 12.32 tengah malam. Gua rasa mengantuk. Jadi gua pun siap-siaplah untuk menidurkan diri.

Habis gua berwitir 3 rakaat, gua ke depan cermin untuk bersolek apa-apa yang patut. Biasanya gua bercelak untuk dapat pahala sunnah. Kemudian gua sengih-sengih seorang depan cermin tengok wajah gua yang muda remaja itu. Manalah tahu, esok dah tak dapat tengok dah. Masuk kubur nanti mana nak ada cermin. Ada ulat saja yang datang duduk lepak kunyah-kunyah gua punya muka.

Kemudian gua duduk atas katil ajaib gua. Lepas wirid apa yang patut, gua pun boom atas bantal. Enak betul. Selimut gua berjaya menukar angin-angin nombor 5 daripada kipas siling menjadi seumpama angin air-cond sepoi-sepoi bahasa yang menyapa tubuh gua yang menggiurkan itu. Gua pun pejam mata.

Dalam 45.7 saat gua pejam mata, gua dengar suara-suara misteri bercakap dari arah atas kepala gua. Mula-mula gua tak hirau pun namun setelah 10 saat berlalu, suara-suara tersebut sungguh tidak menghormati gua yang ingin tidur. Gua jadi bengang lalu gua ambil keputusan menyiasat dari mana suara tersebut datang.

Gua cari, cari dan cari tak jumpa-jumpa. Gua cari celah bantal, bawah katil, dalam almari semua tak ada. Gua naik hairan. Kemudian bila gua berdiri baru gua perasan makhluk tersebut ada atas kepala gua.

Gua pergi ke cermin untuk check apakejadahnya makhluk tersebut. Gua sangat terkejut sebab bukan hantu raya yang duduk atas kepala gua. Rupa-rupanya ada dua ekor kutu sedang melepak minum kopi dekat rambut palsu afro gua. Oh ya. Tadi gua terlupa nak tanggal rambut palsu afro gua sebelum tidur.

Gua cabut rambut palsu afro gua dan letak atas meja. Gua dengar sekejap diorang sembang. Ala-ala bedtime storylah sebelum gua masuk tidur. Dua ekor kutu tersebut terus bersembang tanpa menyedari gua sedang skodeng mereka.

Kutu A : Der! Lu pergi tak MTV World Stage hari tu?
Kutu B : Hoh? Tak pun. Awat?
Kutu A : Erk. Pelik lu tak pergi. Lu bukan kaki gig, kaki konsert ke?
Kutu B : Heh. Dah tak zaman dah. Dah lama tinggal dah.
Kutu A : Haa? Dah tak zaman?
Kutu B : Dulu time tak matang bolehlah. Sekarang banyak lagi benda penting gua nak buat.
Kutu A : Ciss. Lu nak kata gua tak matanglah ni pergi gig?
Kutu B : Eh. Bukan gua nak kata. Lu yang rasa. Ye dok? He he he!
Kutu A : Dah tu lepas ni tak nak layan gig-gig segala semualah?
Kutu B : Eh. Gua layan jer scene. Tapi malas dahlah nak pergi gig. Semak! Sekarang ni zaman budak-budak sekolah jer pergi gig. Childish orang putih kata.
Kutu A : Oh. Budak-budak baru nak up. Kodi betul. Habis sekarang lu layan apa?
Kutu B : Aha. Layan perkara-perkara yang menambahkan ilmu dan keimanan serta menjurus ke arah kematangan. Ceramah-ceramah agama misalnya. Biasalah dah nak kahwin, kena isi ilmu di dada. Ha ha ha! Kool tak? Lepas ni nak jadi pemimpin keluarga. Jauh lagi perjalanan kita nak tempuh. Bukan fikir nak seronok saja. Tapikan, untuk perkara duniawi ni masih ada lagi scene yang tak dicemari budak sekolah.
Kutu A : Oh yeah? Kat mana?
Kutu B : Lu lepaklah tengok teater. Sangat berilmiah. Tak pun lu pergi Maskara. Kool jugak.
Kutu A : Wah Maskara! Lu pergi?
Kutu B : Pergi! Lu?
Kutu A : Err tak. He he he. Tolong beli buku C3RK45 dekat gua.
Kutu B : Ciss!

Gua angguk-angguk faham. Gua geleng-geleng mengenangkan situasi remaja zaman sekarang. Gua rasa mengantuk balik. Gua pergi mendapatkan katil gua semula lalu terus menidurkan diri.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

16 comments:

Anne M. said... [Reply]

tak habis2 hantu raya ye dok.

p/s:aku faham, aku angguk. aku tak mengantok

aliaazuan said... [Reply]

Salam...

Dah nk dekat bln posa ni byk la gamaknya hantu raya eh.

Salam Ramadhan.

Half said... [Reply]

aku dgr balik lagu2 senario yg lama2..
sungguh penuh nasihat... bagus tul kumpulan senario ni

Luna said... [Reply]

ceh. hang tak pi maskara kenapa?

Bijen M. said... [Reply]

AM,
Eh.
Lu ada bela ke?
Ha ha ha.

AA,
Salam.
Buat operasi last sebelum kena tangkap.
He he.
Salam Ramadhan Al Mubarak.

Half,
Aku tengok balik cerita Senario lama-lama, memang banyak nasihat sebenarnya kalau kau perasan.
Bagus juga Aziz M. Osman.

Luna,
Jangan cakap kuat-kuat.
Gua ada ability test Petronas & interview workshop weekend ni.
Biasalah dah final year.
Tolong beli yer.
>.<

Anne M. said... [Reply]

gua mula syak lu ada prasangka ngn gua..

dan gua pon tak pergi maskara

Luna said... [Reply]

abes tu bila mau amek?

wa beli satu kita kongsi buleh?

*kongsi maknanya, lu bayar, wa tumpang baca.

Bijen M. said... [Reply]

AM,
Lu percaya tak kalau gua kata gua boleh nampak entiti-entiti ni?

Luna,
Haish.
Setakat album yang besar pun boleh dipos.
Inikan pula buka yang ringkas itu.
Tak kisahlah kalau lu nak baca ke photostat ke salin ke janji gua dapat.
He he he.

Anne M. said... [Reply]

gua percaya!
P/s:lu ada nampak 'dia' kat gua tak@?
Ini gua serius,bukan main2

Bijen M. said... [Reply]

AM,
Nantilah sembang lain.
Sembang sini nanti 'dia' nampak.

Mr AliffHadi said... [Reply]

Gua memang suspek sama lu.

Lu mg terbaik.

Terkesima gua, lu ckp mati ulat makan muka.

Gua manyak takut o..

Bijen M. said... [Reply]

Mr AH,
Muka hensem macam mana pun, kena makan ulat juga.
Melainkan lu mati syahid.
Jadi carilah syahid.
He he he.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

salam
sedihnya.....banyak perkara y mard x faham dlm entry ni.....hidayat...

Bijen M. said... [Reply]

Mard,
Salam.
Ha ha.
Banyak pakai terms.
Tak apalah Mard.
Ni semua terms dunia.
Tak tahu pun tak apa.
Sikit pun iman tak kurang.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

aiwah?patut pun!!!ciss...entry keduniaan rupanya.....patut pun mard x paham.....ehem2...=)

Bijen M. said... [Reply]

UM,
Ha ha.
Seperti biasa.
Kalau nak berdehem elok selepas buang air.
Insyaallah lawas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...