12.8.10

Ceritera perpaduan.

Beberapa hari yang lalu gua ada jumpa seorang kawan lama gua. Sambil-sambil minum kopi kami pun bersembang isu negara.

Gua : Der! Apa pendapat lu pasal Wahabbi, Ibnu Taimiyah and the gang yang dituduh ejen Yahudi?
Dia  : Hmm hmm. Normally kalau dah kerja memecah belah umat tu, orang kata ejen Yahudilah.
Gua : Ooo. Kira Anwar, Karpal, Kit Siang and the gang tu pun ejen Yahudi jugalah?
Dia  : ....
Gua : Kira puak-puak yang tak nak bersatu tu ejen Yahudi jugalah?
Dia  : ....

****

Beberapa minggu yang lalu ada kawan gua asyik giat ajak mengundi untuk PRU 13 nanti bagi menukar kerajaan zalim yang ada sekarang kononnya.

Dia  : Marilah mengundi, marilah mengundi! Allah SWT takkan mengubah nasib sesuatu kaum kalau kaum tersebut tidak mengubahnya sendiri. Jangan malas. Tunaikan kewajipan.
Gua : Marilah buat usaha atas iman, marilah buat usaha atas iman! Allah SWT takkan mengubah nasib sesuatu kaum kalau kaum tersebut tidak mengubahnya sendiri. Kalau seluruh umat buat usaha atas iman, segala masalah dapat diselesaikan. Allah SWT sendiri akan menurunkan nusrahNya. Dan jika turun nusrah dari Allah SWT, tak ada siapa dapat menghalang sekalipun BN dan SPR bawa hantu berlori-lori dari Tanah Jawa.
Dia  : Erm. Jangan lupa mengundi nanti der.
Gua : He he he. Siapa yang kata tak boleh mengundi?

****

Beberapa lama dahulu, ada satu puak ni bersedih dengan umat Islam di Malaysia sebab tak menyayangi ulama. Para ulama dihina dan tak dihormati. Ulama-ulama diejek wali selipar, ulama terompah, sesat, najis dan lain-lain lagi. Puak-puak ni kata ini dah masuk tanda kejatuhan umat.

Tetapi sejak kebelakangan ini, puak-puak ni pula menghina golongan alim ulama. Dituduh ulama pencacai, ulama ejen, ulama sesat. Siap nak penggal kepala lagi tu sambil carut-carut. Wow ese ese! Padahal niat nak menyatu padukan umat saja. Macam mana tu der? Puak awak buat semua betul, bukan puak awak  yang buat semua salah. Bani Israil saja yang dakwa golongan mereka saja betul. Ye dok?

****

"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali kerana (muslihat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (seksaNya). Dan hanya kepada Allah kembalimu." (Ali Imran : 28)

Ni lagi satu cerita. Sanggup pula puak-puak ni duduk sebangku dengan puak kafir sambil tolak-tolak perpaduan umat sebab nak jatuhkan kerajaan zalim kononnya. Aduh! Macam mana der?

Benda ni sipi-sipi gua nampak macam Pakatan Utara yang membantu Amerika menentang Taliban kerana mahu menguasai Afghanistan suatu ketika dahulu. Sekarang apa dah jadi dengan Afghanistan? Mungkin boleh juga dikatakan mirip seperti di Palestin yang mana Fatah tidak mahu bekerjasama dengan Hamas. Makanya Israel tepuk tangan. Ye dok?

****

"Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam Nisfu Syaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang bermusuhan." (HR Ibnu Hibban)

Macam nilah tuan-tuan puan-puan. Nikmat malam nisfu Syaban mungkin sudah terlepas dalam sedar tak sedar angkara kita bermusuhan sesama kita. (Ejen Yahudi punya pasallah ni kan?) Maka di bulan Ramadhan ni tinggalkanlah permusuhan dan cari titik persamaan. Moga keberkatan Ramadhan melimpahi kita setelah penyesalan kerana mensia-siakan nikmat di bulan Syaban.

****

Dulu ada makhluk pertikaikan dekat Formspring gua mengenai fikrah 'usaha atas iman' (baca: Tabligh) dengan politik. Kononnya puak tabligh tak into politik. Gua jawab gua suka politik macam gua suka gadis. Usaha atas iman ni pula macam madrasah/sekolah. Lu kalau nak mengurat gadis, lu kena masuk sekolah belajar taktik mengurat dulu. Tingkatkanlah dulu keyakinan barulah lu pergi nak mengurat anak dara orang. Barulah tak tersalah pilih gadis. Dapat yang solehah-solehah jer. Kan kool begitu. Ada faham?

****

Insyaallah tuan-tuan kita buat usaha atas iman. Sedia?

P/S: Subuh tadi gua kena bagi zihin dalam mesyuarat. Oleh kerana gua mengantuk mamai-mamai, gua pun tak sedar apa gua merepek. Sekarang gua qadha balik. Ha ha ha!

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

12 comments:

Anne M. said... [Reply]

gua angguk
tanda faham
tepuk dada tanya iman.
dah kuat ke belum?
*sambil pandang gmbr budak palestin y tgh baling batu ke arh zionis

airazulaikha said... [Reply]

angguk2 kepala...
lama betol xconteng2 blog hencik bijan..huhuhu

Bijen M. said... [Reply]

AM & AZ,
Angguk angguk.

myra arshad (: said... [Reply]

MA : <--- geleng2. HAHA

aliaazuan said... [Reply]

Salam.

baguss..baguss...tasykil yg mantop!

salam ramadhan lg skali.

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Angleng angleng.

AA,
Salam.
Doakan Allah permudah saya keluar esok.
Salam Ramadhan lagi lagi sekali.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

semoga dipermudahkan tuan bijen m=)

Bijen M. said... [Reply]

Mard,
Dah balik dah pun.
Nak dengar karkuzari tak?

ukhti,mardhiah said... [Reply]

nak!nak!nak!bile tuan?=)

Bijen M. said... [Reply]

Banyak pasal bab kahwin.
Ha ha ha.
Hmm entah.
Nantilah saya bagitahu.

limauais said... [Reply]

taun depan ak da boleh stat mengundi.ko rase puak mane yg patot aku vote nnti?

Bijen M. said... [Reply]

LA,
Pilih calon mukmin yang beriman.
Pedulikan dia dari parti yang mana.
Sebab kita akan dipersoalkan nanti atas siapa yang kita pilih.
Kalau dua-dua calon bukan Islam, tak payah mengundi.
Parti so called Islamic yang akan dipertanggungjawabkan sebab mereka tak letak calon orang Islam di situ.
Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...