30.8.10

Ada apa dengan azan?

Hari ini gua nak cerita pasal azan magik yang terjadi masa gua pulang menyambut Ramadhan di desa tercinta - Parit Buntar tempoh hari. Nak kata magik tak adalah magik sangat, cuma bolehlah dikatakan magik sehingga mengundang perdebatan antara gua dengan mak bapak dan adik beradik gua keesokannya harinya. Boleh kena cap terpesong akidah woh dengan mamat beret merah! Ha ha ha. Part mamat beret merah tu kalau tak faham, abaikan.

Tapi sebelum tu gua nak buat iklan sikit kepada semua hadirin yang dimuliakan. Kalau lu perasan pada awal zaman pra-sejarah dahulu, Nota Siku ada slot bersiri yang gua tulis seperti Siri AQ, Siri Cinta, Siri Hadith, Siri Peribadi dan Siri Taklim. Slot bersiri ni adalah siri ringkas yang gua buat sewaktu rajin menukil nota pendek setiap hari suatu ketika dulu. Namun memandangkan sekarang gua sudah buat entri-entri serius yang panjang dan lebar, gua telah mengambil keputusan untuk meng-update entri sebanyak 2 kali sahaja dalam seminggu bagi memberi ruang kepada gua melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah yang lain. Seperti mencari malam lailatul qadar atau mencari cinta misalnya.

Jadi bagi memberi keadilan kepada slot bersiri yang tertindas ini, satu laman Facebook Nota Siku baru saja dilancarkan untuk menempatkan nota-nota pendek yang akan gua update dari semasa ke semasa. Di sana juga gua akan kongsi segala mesej-mesej pesanan khidmat masyarakat yang berlegar-legar di sekitar dunia maya Facebook untuk tatapan lu orang dan untuk dikongsi-kongsi. Kira macam hub gitu. Kalau lu orang nak kongsi apa-apa pun, amat dialu-alukan. Cuma jangan kongsi iklan 'Peluang buat duit dengan login Facebook' sudah. Klik sini.

Jadi bagi para pembaca moden yang mahu membaca Nota Siku gaya Facebook, bolehlah ke sana manakala bagi pembaca tradisional, anda masih mempunyai tempat di hati gua. Cuma gua nak kata, pembaca blog tetap ter-kool! He he he. Jadi jangan lupa 'Like' dan silalah ajak rakan-rakan yang lu sayang menyertainya supaya sama-sama wujudkan kesedaran. Jangan sedar sorang-sorang. Ingat! Manusia mudah terkesan dengan persekitaran. Jika di persekitaran seseorang itu penuh dengan makhluk sedar diri, mereka juga akan turut sedar diri. Jadi marilah bersama-sama sedar diri. Semoga Allah  SWT menerima usaha kita menyedarkan diri ini sebagai ibadat dan semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada gua untuk istiqamah dalam usaha ini. (Sila baca arahan di tab Info untuk maklumat lanjut)

Oke sambung balik pasal cerita azan magik. Alkisahnya berlaku di suatu Subuh Jumaat yang tenang. Selepas gua bersahur secara mewah di rumah, gua pun naik semula ke bilik gua untuk persiapan Subuh. Gua kata mewah sebab ini kali pertama gua sahur makan nasi. Itupun sebab gua balik rumah. Kalau tak, gua makan roti dan kismis saja. Bila dah sampai bilik, gua pun jengahlah keluar tingkap untuk melihat keadaan surau sama ada berpenghuni atau tidak. Gua lihat surau masih gelap. Gua mula fikir risau.

"Oh! Ini tak boleh jadi. Masjid dan surau kena nampak sentiasa hidup, barulah para penduduk bersemangat untuk datang mengimarahkan." getus hati kecil gua.

Lalu gua pun mengambil inisiatif untuk pergi dahulu menghidupkan surau kerana bersangka baik pakcik-pakcik lain mungkin ada hal yang tak dapat dielakkan seperti sakit perut dan sebagainya. Lagipun rumah gua depan surau, sudah menjadi tanggungjawab. Bagi mualaf, para pemuda yang hatinya terpaut pada masjid akan mendapat perlindungan arasy Allah SWT di padang Mahsyar kelak. Kalau setakat panas di tapak Konvo UTP pun tak boleh tahan, bayangkan pula di padang Mahsyar yang mataharinya tinggi sejengkal. Lu fikirlah sendiri lu nak dipayungi arasy Allah SWT atau tak.

Bila gua sampai surau, gua pun buatlah kerja rutin seperti menghidupkan lampu-lampu serta kipas-kipas, buka tingkap, hampar sejadah dan sebagainya. Barulah surau ni nampak cemerlang, gemilang dan terbilang. Barulah masyarakat setempat bersemangat nak datang awal ke surau lalu mengisi masa dengan bacaan Al-Quran dan sebagainya. Barulah amalan surau hidup seterusnya menjadi asbab masyarakat hidup aman sejahtera. Bagi mualaf, sesiapa yang memudahkan urusan orang lain nescaya Allah SWT akan mempermudahkan urusannya kelak saat di dunia dan akhirat. Tambah-tambah kalau lu tolong orang nak buat ibadat, pahala orang tu sekali masuk dalam akaun lu. Bukan susah pun nak hampar sejadah.

Tengah-tengah gua kutip najis cicak, tiba-tiba bunyi 'Beep! Beep!' keluar dari mesin pemberitahu masa solat. Gua tengok baru pukul 5.46 pagi. Gua musykil juga kenapa awal sangat masuk waktu Subuh. Gua parking telinga gua ke tingkap mana tahu dapat dengar azan dari masjid berdekatan, tetapi hampa. Runsing gua makin bertambah. Orang kampung pun tak datang lagi. Dalam pada itu gua cuba meyakinkan diri bahawa mesin tersebut tidak menipu. Selama gua azan kat surau ni pun, gua berpandukan mesin itulah. Maka gua pun melaungkan azan yang gua tak sedar ia bakal menjadi satu azan magik dan penuh tanda tanya.

Sedang asyik gua melagukan azan ikut irama rock padang pasir, tiba-tiba Pakcik Manap bisik kat gua dari belakang. "Bro! Ini waktu Imsaklah." Ciss! Gua tertipu rupanya. Padanlah awal sangat. Selama ni gua tak layan sangat waktu Imsak. Itu pasallah gua terlupa wujudnya waktu tersebut. Bagi mualaf, waktu Imsak bukanlah waktu wajib berhenti sahur. Lu masih boleh makan sehinggalah masuk waktu Subuh, barulah kena berhenti. Imsak hanyalah garis panduan ulamak supaya kita berjaga-jaga dan buat persediaan.

Selepas menyedari bunyi tersebut menandakan waktu Imsak, gua tetap meneruskan azan macam biasa. Nasib baik ada sandaran hadith yang mengatakan boleh azan Subuh dua kali. Bagi mualaf lagi, azan Subuh dua kali merupakan sunnah yang sudah jarang sekali diamalkan. Bagaimanapun lu boleh dengar azan Subuh dua kali di sesetengah tempat yang mempraktikkannya. Jadi janganlah terkejut jika tiba-tiba lu terdengar azan tengah malam. Itu bukanlah satu bawaan Wahabbi, Syiah, Ayah Pin, ekstrimis, pengganas dan sebagainya. Azan pertama bertujuan untuk mengejutkan orang yang sedang tidur manakala azan kedua adalah untuk memanggil orang datang solat Subuh berjemaah. Tapi hanya untuk azan Subuh saja. Tidak terdapat pada waktu solat lain. Untuk maklumat lanjut sila Google sendiri. Jangan malas!

Maka selesailah masalah pasal azan magik yang berlaku di tanah Pekan Baru pada Subuh Jumaat yang lalu. Nasib baik pakcik-makcik yang datang rileks saja dan tidak menuduh gua Wahabbi, Syiah, Ayah Pin, ekstrimis, pengganas dan sebagainya. Mungkin sudah berpengalaman luas di bidang haji dan umrah barangkali lalu menganggap itu perkara biasa. Ampunkan saya pakcik-makcik. Manalah saya biasa dengan mesin elektronik yang canggih-canggih bunyi Beep! Beep! kata masuk waktu Imsak. Saya ikut jam matahari saja. Ciss!

Esoknya waktu berbuka, gua dipesan oleh mak bapak gua supaya tidak mengulangi azan magik berkenaan atas sebab penduduk Taman Pekan Baru belum terdedah penuh dengan budaya berkenaan. Takut terkena kejutan budaya katanya seperti bersolat Subuh terawal waktu. Ceh! Lalu gua menimbulkan satu persoalan cepumas kepada seluruh ahli keluarga, 'Ada apa dengan azan?'

Tuan-puan yang mulia, apa itu erti azan yang sebenar-benarnya? Kerana apa azan dilaungkan? Kalau lu kata azan merupakan tanda masuknya waktu solat atau tanda masuknya waktu melampiaskan nafsu serakah dengan melantak sewaktu berbuka, lu silap. Azan sebenarnya lebih dari itu.

Tuan-puan yang mulia, di zaman teknologi maklumat dan komunikasi 1Malaysia yang serba canggih ini, terdapat pelbagai sumber untuk kita mengetahui waktu solat. Daripada matahari, mesin elektronik Beep! Beep!, surat khabar, perisian telefon bimbit, widget di laman web dan sebagainya semuanya memberitahu waktu solat. Rata-rata semua orang kini mempunyai jam atau sekurang-kurangnya jam henpon. Maka rasional apa lagi azan sebagai penanda masuknya waktu solat? Lu boleh bersolat di dalam gua (baca: gua batu), hutan, kapal terbang, kapal selam berpandukan jam tangan. Yalah. Mana nak ada orang azan di tempat berkenaan. Yer dak? Jadi apa lagi guna azan tuan-puan?

Kadangkala kita dengar azan dilaungkan lewat sedikit dari waktunya kerana memberi ruang kepada ceramah-ceramah yang diadakan di surau dan masjid. Kadang-kadang azan lewat kerana bilal tersebut terlebih tidur atau sakit perut. Jadi apa kukuhnya azan sebagai penanda masuknya waktu? Tuan-puan yang mulia, sebenarnya azan yang dilaungkan itu adalah untuk memanggil semua orang yang mengaku beragama Islam untuk bersolat berjemaah di surau dan masjid. Diulang, MEMANGGIL DATANG BERSOLAT BERJEMAAH DI SURAU DAN MASJID! Bukannya tanda masuk waktu. Dalam seni kata azan tersebut ada tertera kalimat "Marilah sembahyang, marilah menuju kejayaan!" dan bukannya "Inilah masa sembahyang, inilah masa menuju kejayaan!" Jadi tak faham-faham lagi ke? Tinggalkan semua pekerjaan duniawi yang dibuat dan terus bersiap menuju ke surau dan masjidlah. Tunggu apa lagi? Sebab tu ada hadith bahawa sungguh zalim, kufur dan munafik mereka yang mendengar azan tetapi tidak pergi solat berjemaah. Jadi tepuk dada, tanya iman. Dalam entri lama gua ini pun ada banyak hadith menerangkan pasal benda ni.

Maka tak perlulah lu nak kata pakwe lu tu hebat sebab tak pernah buat lu sakit hati. Tak perlu kata suami lu hebat sebab berjaya ubah lu jadi baik. Tak perlu kata mamat ni hebat sebab berjaya pergi Gaza. Tak perlu kata kelompok tu kuat sebab buat demo bakar bendera blablabla. Tak perlu kata umat itu dan ini hebat sebab ada bom nuklear berkuasa mega. Semuanya tak guna kalau tak pergi solat berjemaah di surau dan masjid. Sikitpun Israel, syaitan, dajjal dan kroni tak takut dan terjejas. Apa yang mereka takut sebenarnya adalah apabila ramainya umat Islam memenuhi masjid bersolat Subuh menyamai bilangan solat Jumaat. Sebab itu hari ini kita dihamburkan dengan agenda World Cup, bola, Dota, PES, konsert dan sebagainya supaya umat Islam leka dari pergi solat berjemaah di surau dan masjid.

Ringkasnya, sikit pun lu tak hebat kalau lu buat dek saja bila dengar azan. Sekarang lu fikir masak-masak, lu hebat ke tak? Satu pesanan untuk diri sendiri juga.

"Bro! Macam mana nak belajar istiqamah solat berjemaah?" tiba-tiba ada suara tanya.

Kalau lu serius, sila tanya di ruangan komen di bawah.

Nota: Solat berjemaah di surau dan masjid dikhususkan untuk kaum lelaki saja. Perempuan tak payah perasan bersalah dalam entri ini. Tapi lu boleh perasan bersalah kalau suami, pakwe, adik, abang, anak atau bapa lu tak pergi solat berjemaah di sana. Oh ya! Sini ada satu perbincangan pasal tips berbuka puasa yang gua nak kongsi bersama.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

23 comments:

Anne M. said... [Reply]

terbaiklah!
heh

Bijen M. said... [Reply]

AM,
Tahniah kerana menjadi pengkomen yang pertama untuk kesekian kalinya.
Ha ha ha.

Anne M. said... [Reply]

BM,
wah.
tak perasan pon heh

semut api said... [Reply]

insaffff....

fye said... [Reply]

aku rasa xyah sedih pon kalau yang tak pergi solat jemaah tu hanya pakwe. =)

kalau suami,atau bakal suami secara serius dan tak boleh dielakkan lagi, ya.perlu sedih.

hek.

airazulaikha said... [Reply]

bagus2..hehe
kasi thumbs up...heheh

Bijen M. said... [Reply]

AM,
Sekarang dah perasan?

SA,
Jom berjemaah di surau yer semut.
Ajak semut-semut yang lain.

fye,
Sedihlah kerana dapat pakwe sebegitu.

AZ,
Kasi thumbs sekali dengan toes up.
:D

ukhti,mardhiah said... [Reply]

tuan bijen m....
haha...mereka marah pasal terkejut...mereka sahur lewat waktu le.....baru nak makan dah azan subuh....sekarang kan tgh puasa..bab azan2 ni memg sensetip bebenor.....=)hihi--->>Astaghfirullah

Bijen M. said... [Reply]

UM,
Eh.
Mana ada dia orang marahlah.
Tapi terkejut saja pasal tak pernah-pernah ada azan dua kali kat situ.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

owh begitu....kalau cm tu....mard kena pakai cermin mata bila baca entry tuan len kali...=)my bad

Bijen M. said... [Reply]

UM,
Eh tak payah pakai spek pun tak apa.
Zoom saja.
Ha ha ha.

myra arshad (: said... [Reply]

huhh. aku suka betul baca article2 ko. entah. rasa senang. tak sarat. tak merapu meraban macam2. just nice. keep up the good work !

suka =))

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Doakan gua istiqamah buat benda ini.
Semuanya datang dari Allah SWT juga.

myra arshad (: said... [Reply]

insyaALLAH ;)

Benrauf 2.0 said... [Reply]

alhamdulillah.

Pisyek said... [Reply]

kah3... bijan, ko bawak ajaran baru eh..? hehe..

xpe2 cool...

kite berkongsi pengalaman yg same.. hehe...

xD

Bijen M. said... [Reply]

BR,
Yarhamukallah.
:D

Pisyek,
Ha ha!
Ini bukan ajaran kerajaan langit.

limauais said... [Reply]

bijen,nk tny sket ye.
masa skolah dulu,ak dengar,kalo kita berbual2 masa azan,dajjal akan makin cepat mengorek keluar dari 'tempat persembunyian'nya.betol ke?

Bijen M. said... [Reply]

LA,
Err.
Ilmu ghaib ni.
Ha ha ha!
Btw, bercakap-cakap masa azan tidaklah berdosa sebenarnya tidak seperti yang digembar-gemburkan.
Cuma kalau kita diam dan menghayati, lebih besar fadhilatnya.
Bab dajjal tu wallahu'alam.
Mungkin ironi kepada umat yang kian leka waktu ini.

Myra Arshad (: said... [Reply]

selamat hari raya *tetiba*

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Selamat!

Anonymous said... [Reply]

Just popping in to say nice site.

Bijen M. said... [Reply]

TN,
Tak nice pun
Hitam je ni ha.
:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...