12.7.10

Sotong Paul ramal siapa menang Piala Dunia sebenarnya?

Dan siapa pula yang diramal memenangi Piala Akhirat? Oh oh! Ini bukan nota ramalan.

Satu malam Leman pergi lepak mamak sebab perutnya tiba-tiba berasa lapar secara automatik. Beliau hairan melihat ramai orang pada malam itu, tidak seperti malam-malam biasa walaupun jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Leman tarik satu kerusi lalu duduk menumpang meja di sebelah seorang brada berjersi oren disebabkan meja lain semuanya sudah penuh. Leman menempah megi goreng  telur mata satu.

"Bro! Tengok apa bro?", tanya Leman kepada brada sebelah.

"Final World Cup lah. Lu tak nampak ke skrin besar tu tayang apa?", balas brada berjersi oren.

Sebenarnya Leman dah tahu. Tapi sengaja dia buat-buat tanya nak dijadikan modal bersembang. Biasalah adat Melayu, banyak berkias. Leman sedar dia hanya duduk menumpang di situ tanpa dijemput. Karang dikatakan apa pula tak bertegur sapa.

"Bro! Siapa tengah lawan bro?", Leman bertanya lagi.

"Lu ni datang dari zaman mana? Final World Cup pun tak tahu siapa lawan. Belanda dengan Spainlah.", brada berjersi oren sudah mula tergugat fokusnya.

"Zaman kejahilan. Ha ha ha. Oh! Gua ingat manusia tengah lawan dengan  syaitan.", kata Leman. Cuma kali ni dia berkata di dalam hati saja. Tak berani dia nak cakap kuat-kuat. Kecil hati member karang.

"Bro! Kalau menang dapat apa?", tanya Leman lagi tak serik-serik. Nampaknya Leman sengaja menempah penampar Belanda untuk pipinya. Belum pernah seumur hidup dia merasai penampar Belanda yang selalu disebut-sebut itu. Mungkin malam itu peluang terbaik baginya.

"Dapat Piala Dunia.", jawab brada berjersi oren ringkas.

"Bro! Kalau diorang menang lu dapat apa pula?", Leman cuba menguji kesabaran brada berjersi oren itu.

"Entah. Gua rasa cambest-lah kot pasal team gua menang Piala Dunia. Err... maksud gua team pilihan gua.", brada berjersi oren itu membalas sambil tangannya mengusap-usap garfu sehingga berkilat.

"Bro! Siapa lagi hebat bro?", Leman bertanya lagi dan lagi.

"Mengikut firasat gua. Belanda boleh makan Spain kali ni. Terbukti mereka terhebat bila berjaya mengalahkan Brazil. Walaupun sotong Paul tidak memihak kepada Belanda, gua percaya sotong tersebut hanyalah tahyul belaka.", brada berjersi oren itu jawab penuh bangga.

Leman menggaru-garu kepala. Dia cuba bertenang dan bersikap positif. Mungkin brada berjersi oren itu terlupa siapa yang Maha Kuasa. Tak mengapalah.

"Reff macam mana bro? Ok?", Leman tanya lagi.

"Bias sikit. Nak lebihkan Spain jer. Hampeh sungguh!", jawab brada berjersi oren kecewa.

"Bro! Tahu tak siapa reff paling adil sekali?", tanya Leman lagi.

"Mana ada reff yang sempurna bro. Semua reff buat silap.", ulas brada berjersi oren.

"Ada bro. Reff tu akan hitung setiap kesalahan walaupun kesalahan seperti lu cubit paha opponent lu misalnya.", Leman reply selamba.

"Hoh! Siapa?", tanya brada berjersi oren.

"All...", belum sempat Leman menjawab, tiba-tiba telefon brada berjersi oren itu berdering. Kedengaran bahasa yang sukar difahami keluar dari mulut brada berjersi oren tersebut.

"All... Err... Allahummabariklana...", Leman menyambung jawapannya tadi pelan-pelan.

"Cilaka! Keling rupanya. Gua ingatkan Melayu. Muka dah lebih kurang saja.", kata Leman di dalam hati.

Nasib baik Leman berjaya meng-cover jawapannya itu dengan doa makan apabila megi goreng tempahannya ngam-ngam sampai. Leman terlupa bahawa dia ada penyakit rabun malam. Leman terlupa juga rata-rata umat Islam pada waktu itu sedang bertahajud di rumah masing-masing. Iyalah, kata pukul 3 pagi kan. Yang Muslimnya hanyalah mamak-mamak yang bekerja di kedai tersebut saja bekerja.

Setelah berjaya menghabiskan megi goreng yang ditempah tadi, Leman terus berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang. Brada berjersi oren tadi blur. Leman balik ke rumah lalu memercik air ke muka bininya untuk bangun bertahajud.

****

Hari ni gua patut peluk mak gua lagi sekali. (baca: Sini) Sahur tadi tengah gua feeling suap nasi goreng kampung, mak gua tanya, "Hang tengok bola ka malam tadi?". Cilaka! Ini mesti kes pukul 5.15 pagi baru gua nak bangunlah ni. Argh! Gua kalah lagi lumba bangun tahajud dengan mak gua. Gua bukan apa, malam tadi tidur gua nyaman sangat memandangkan PB bakal aman tenteram hari ini. Woha! (Tak faham sudah)

P/S: Bro! Gaza apa cerita bro?

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

12 comments:

tort said... [Reply]

Bijen M.:


Sotong tu memamnglah tahyul kalau percaya.

Tapi kalau wa tonton itu game, apa hukum eh bro?

Oh, yang gua dapat ialah rasa mengantuk sekarang ini. Oh. Oh.

paul smith said... [Reply]

makan megi goreng sotong jum

aliaazuan said... [Reply]

Salam...

5.15 pagi? Sempat lagi tahajud tu...

airazulaikha said... [Reply]

5.15 bukan ka masih boleh tahajud lagi..
tp masa yg terbaik 1/3 malam..
xpew2..malam esok bgn awal2..psg byk2 jam..

Bijen M. said... [Reply]

Tort,
Ha ha ha.
Gua taknaklah pula letak hukum.
Tapi kalau game menang game, Subuh tergadai.
Paginya pula tak produktif.
Mak suruh basuh baju sidai baju, kita malas.
Tidur sampai ke Zohor.
Blablabla lagi.
Haa, lu fikirlah sendiri.

PS,
Jom.
Lu belanja.

AA,
Salam.
Memanglah sempat.
Tapi kalut juga.
Nak bersahur lagi.

AZ,
Tahajud gajah namanya.
Ha ha.

hagemaru said... [Reply]

aku suke penulisan kau

semutzapi said... [Reply]

bro, sotong suka makan apa?...ikan kan..

bendera tu dah hamis bau ikan...tu pasal dia pi tuju terus kat flag spain...

x yah percaya beb...mainan donia je tu...

Bijen M. said... [Reply]

Hagemaru,
Aku pula suka komen kau.
Ha ha ha!
Terima kasih terima kasih.
Sukalah sekali mesej yang disampaikan ya.

SA,
Eh.
Gua nak jawab, lu dah jawab.
Wohaha!
Habis semua satu dunia kena kencing dengan ikan.
Jadi ikanlah binatang yang lebih cerdik dari sotong.
Sotong pun kena sekali kena kencing.

jane said... [Reply]

kau kah si leman itu?

wakakakak

Bijen M. said... [Reply]

Jane,
Ini adalah cerita rekaan semata-mata.
Nama dan watak tiada kena-mengena dengan mereka yang hidup dan yang telah mati.
Jika ada, ia hanyalah satu kebetulan sahaja.
(Skema ayat)

Waka waka e'eh tsamina e'eh.
Ewah ewah.

hagemaru said... [Reply]

da habis read all ur archive..nmpak isi nota ni semakin matang dari hari ke hari n pengisian lagi bermakna..

Bijen M. said... [Reply]

Hagemaru,
Erk.
Semua sekali?
Rajin betul.
Gua sukalah komen lu.
Ha ha ha!
Btw, thanks.
Teruskan membaca.

* Malu pula gua dengan nota dulu-dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...