16.7.10

Siri Taklim: Sekarang gua berfikir dua kali untuk balik ke PB setelah minyak naik harga.

Abu Darda RA, seorang sahabat Rasulullah SAW pernah berkata, "Kamu mestilah menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka melakukan kemungkaran (amar makruf nahi mungkar), kalau tidak Allah SWT akan membangkitkan seorang raja yang zalim memerintah kamu. Dia tidak akan mengormati orang tua kamu dan dia tidak akan menaruh belas belas kasihan kepada yang muda-muda di kalangan kamu. Pada masa itu doa orang yang soleh di kalangan kamu pun tidak akan diterima. Kamu inginkan bantuan tetapi bantuan tidak akan diberikan. Kamu memohon keampunan tetapi kamu tidak akan diampuni."

Kemudian gua pun sengih-sengih dekat orang yang buat demo sebab naik minyak dengan Najib.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

13 comments:

n@jwamz said... [Reply]

ahahaha....sama laa....
aku lak b'pikir puluh kali nk lik aloq setaq....huwaaaa

Bijen M. said... [Reply]

Najwa,
Jangan fikir banyak kali.
Cukup sekadar dua tiga kali.
Banyak-banyak kali tu syaitan.
Ha ha ha!

myra arshad (: said... [Reply]

jalan kaki je lah.
tak pun, carik inesiatif lain utk balik PB :)

kenderaan awam kan banyak. hehe

Anne M. said... [Reply]

gua tak naik heran sanngat minyak naik..
yang gua heran,
bila gua boh minyak full tank kejap ag dah tinggal sikit

Anonymous said... [Reply]

tadi gua minum air. tapi gua pelik sbb apa tawar. cits.

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Wahh.
Cerdiknya suruh jalan kaki.
Sia-sia masuk USM.
Ha ha ha.

AM,
Tangki lu bocorlah tu.
Silap haribulan lu cucuh rokok atas motor, terus meletup.
Waka waka waka.

TN,
Sebab gula habis kena makan semut.

umu6point said... [Reply]

Salam tuan..

sudah lama hadith ini berada di dalam perhatian saya..

soal saya: adakah kita sudah berada di zaman di mana kita di perintah oleh raja yg zalim dan Allah tidak memberikan nusrahnya pada kita saat kita memerlukan ??
jika jawapannya iya....
sila lah kita kembali ke ayat yang pertama dan mula bertindak.. Jika tidak, sesungguhnya kita adalah golongan yg menzalimi diri sendiri. Nauzubillahminzalik!

myra arshad (: said... [Reply]

alaah.
kau lagi pandai kot.
jauh eh pb dgn utp? kahkahkah

seriously aku tak dapat bajet bapa jarak dia. HAHA

Bijen M. said... [Reply]

Umu,
Salam Umu.
Kalau nak dibandingkan dengan zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, punyalah adil sehinggakan serigala boleh duduk sekali dengan kambing.
Tapi sekarang, umat Islam sendiri sampai berpecah bergaduh-gaduh.
Jadinya, renung-renung sendiri kita dah tahap zalim ke belum.
* Lari keluar 40 hari.
Ha ha ha.

MA,
Jarak dia umpama kau tengah tunggu turn nak masuk bilik doktor dekat hospital selama 2 jam lebih.

myra arshad (: said... [Reply]

dekat je cik bijan. hehehe

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Ceh.
Kelas jauh 1 kilometer pun lagi nak naik kereta kata kat orang.

limauais said... [Reply]

hadis tu macam ada benarnye.takut plak aku.
kalau nk menjatuhkan seorang raja yg zalim,macam mana caranya?

Bijen M. said... [Reply]

LA,
Btw tu bukan hadith.
Tu kata-kata Abu Darda, cuma sebelum kata-kata tersebut ada hadith yang berkaitan yang terdapat dalam buku taklim.
Dalam kata-kata tersebut dah diterangkan, iaitu beramar maaruf dan nahi mungkar.
Mengajaklah orang kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran dengan jalan dakwah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...