29.7.10

Siri Taklim: Dunia yang penuh tipu daya.

Arakian tersebutlah kisah di dalam kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali menceritakan mengenai hakikat-hakikat dunia yang kita singgahi ini. Maka sesungguhnya apa yang dikejar seisi jagat manusia di muka bumi ini tidak lain tidak bukan hanyalah enam perkara penuh dusta iaitu:
  1. Yang dimakannya
  2. Yang diminumnya
  3. Yang diperisterikannya
  4. Yang dipakainya
  5. Yang ditungganginya
  6. Yang diciumnya
Maka apa yang didustakannya?

Yang dimakannya
Sesungguhnya makanan yang paling berkhasiat sekali di dunia adalah madu lebah seisinya. Namun pada hakikatnya manusia tidak sedar madu lebah itu hasilnya dari air liur yang dipandang jijik dari seekor lebah cuma.

Yang diminumnya
Sesungguhnya minuman yang paling mengenyangkan sekali di dunia adalah air zam zam. Namun pada hakikatnya manusia tidak sedar air zam zam itu hasilnya dari tanah yang dipijak-pijak kaki sehingga terkeluar air daripadanya.

Yang diperisterikannya
Sesungguhnya manusia terkejar-kejar mencari wanita yang tercantik untuk diperisterikannya. Namun pada hakikatnya manusia tidak sedar apa yang dicari sebenarnya hanyalah sebuah lubang kencing, tempat hina yang ada pada manusia.

Yang dipakainya
Sesungguhnya pakaian yang paling diidami manusia adalah sutera. Namun pada hakikatnya manusia tidak sedar sutera itu diperbuat daripada air liur seekor ulat yang dipandang jijik oleh kita.

Yang ditungganginya
Sesungguhnya manusia berlumba-lumba mencari kenderaan yang terhebat, tercanggih dan tercantik di dunia. Namun pada hakikatnya manusia tidak sedar kenderaan itulah yang menjadi peratus tertinggi punca kematian mereka di jalan raya.

Yang diciumnya
Sesungguhnya wangian yang paling baik sekali di dunia adalah kasturi putih yang cukup menggoda. Namun pada hakikatnya manusia tidak sedar wangian itu hasilnya daripada darah yang kita cukup mual dari seekor kijang saja.

Makanya sedarlah manusia apa yang dikejari tatkala di dunia semuanya perkara paling hina pada sisi manusia. Tak ada baiknya. Sehinggakan disebut dunia ini dan seluruh isinya tidak langsung punya nilainya jika tidak ada kalimah 'Lailahaillah' tertegak di dalamnya.

Dan sesungguhnya dunia itu tampak indah di mata, namun pada hakikatnya dunia itu penuh tipu daya.

****

Pagi tadi jam loceng gua berbunyi tepat pukul 5 pagi. Gua terjaga, bangun langsung mematikan jam loceng yang menghingari seisi bilik gua. Kesian roomate gua nak tidur. Oleh kerana badan gua sangat penat sebab malam tadi gua buat projek (baca: Projek Tahun Akhir), gua tertidur semula. Selang beberapa minit, dengan tiba-tiba kaki kiri gua kejang gila khinzir. Secara automatik terus gua terpaksa bangun pekena eksesais sikit-sikit langsung ke bilik air. Argh! Apakan daya. Gua kena tipu daya.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

21 comments:

Anne M. said... [Reply]

yang ini gua tak tertipu, gua caya.

Bijen M. said... [Reply]

AM,
Bagus bagus.
Lu memang bagus.

Anne M. said... [Reply]

aiyak!

Luna said... [Reply]

Hm.. pe yang hang terangkan? sama je.. btw, lubang tu bukan lubang kencing.

Bijen M. said... [Reply]

AM,
:)

Luna,
Hari tu gua eksplen sikit saja.
Ni cerita lebih lanjut.
Tak dapat tangkap lagi?
Slow betul.
Dah kalau bukan lubang kencing, lubang apa?

aliaazuan said... [Reply]

salam..

Ha..entry kali ni baru nmpk ayat skema. Alhmdulillah.Slalunya brulang kali baca, baru Allah bg paham.

Dunia sekadar lalau je, kena usaha atas iman. insyaAllah.

aliaazuan said... [Reply]

salam,

lalau = lalu

(salah taip,hehe)

john said... [Reply]

ada jin nk suh bgn tido ler tu

Anne M. said... [Reply]

ko cari sendiri lah lubang apa
tak sesuai untuk tontonan dak2 sekolah cam ko

airazulaikha said... [Reply]

wahh...ilmu baharu..
terima kasih..hehe :)

Bijen M. said... [Reply]

AA,
Salam.
Skema senang faham yer?
He he.
InsyaAllah.
Kita lalau saja dekat dunia ni.
Akhirat juga tempat dituju.

*lalau = lalu
(He he)

John,
Jin apa namanya?

AM,
Gua syak lu ni sebenarnya nak kata gua ni awet mudakan?
Kan kan kan?

AZ,
Sama sama sama.
Btw dah dapat dah pasal hadith mati syahid tu.
InsyaAllah nanti buat entri.

n@jwamz said... [Reply]

Alhamdulilah.....
sgt menginsafkan bca entry ni.....
nice sharing!! gud job bro~~:)

Anne M. said... [Reply]

memang tak syak lagi,
Tapi gua syak gua awek muda...
Dan gua konfius tgk lu der..
Ke otak gua tak cukup bateri time tuh

Bijen M. said... [Reply]

Najwa,
Alhamudulillah.
Trimas trimas.

AM,
Lu dah tua der.
Sedar diri sikit.
Sebab tu lu nampak gua yang normal ni macam muka muda remaja.
Argh!

Anne M. said... [Reply]

baiklah!

Luna said... [Reply]

hahaha! pi amik kursus kawin!

Bijen M. said... [Reply]

AM,
Bagus.

Luna,
Oh.
Baru gua faham.
Patutlah lu kata begitu pasal lu baru balik kursus kahwin.
Betullah apa yang lu belajar kata perkahwinan bukan sekadar lubang kencing.
Tapi yang gua nak cerita ni adalah hakikat sebenar dunia yang serba sementara.
Haish.

limauais said... [Reply]

nice sharing :)
manusia rmai yg x sedar,leka.yg dikejar itu sumenye duniawi,x kekal.(trmsuk aku skali.hoho)

Bijen M. said... [Reply]

LA,
Samalah kita semua.
Jadi mari kita saling beringat.
:)

ukhti,mardhiah said... [Reply]

Salam.....
alah mard lambat baca entry ni....
xsangka kasturi putih buat dari darah kijang....nasib mard suka white musk....=)

Bijen M. said... [Reply]

UM,
Saya pun tak sangka Mard.
Ingatkan dari limau kasturi.
Ha ha ha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...