2.7.10

PAS jangan butuh sangat!

Malam semalam masa mesyuarat, gua dengarlah karkuzari dari seorang rakan yang baru balik dari Indonesia. Seronok dengar beliau bercerita ala seorang penglipur lara. Salah satu ceritanya beliau said that dekat sana penuh dengan iklan-iklan ah long yang ditampal di merata tempat. Ayat iklan tersebut berbunyi "Anda membutuhkan wang?" yang bermaksud "Anda memerlukan wang?" dalam bahasa Malaysia. Oke! Cerita gua pasal karkuazari tamat di sini.

Pagi tadi seperti biasa gua bacalah blog-blog pilihan yang tersemat di kanan blog gua ini. Lalu gua datang dengan satu rumusan iaitu, PAS janganlah butuh sangat mengharap untuk menubuhkan negara Islam kalau masih bersikap seperti sekarang iaitu berkompromi dengan PKR dan seteru nyata, DAP.

Kalau PAS betul-betul butuhkan negara Islam, silakan tanpa segan-silu untuk keluar dari kelompok Pakatan Rakyat, lalu duduk bekerjasama dengan mereka yang arif tentang perlaksanaan khilafah dan seterusnya berani meletakkan calonnya di tiap-tiap kerusi Parlimen ketika PRU 13 nanti. Diulang, TIAP-TIAP kerusi Parlimen! Soal UMNO, boleh setel belakang.

Kalau itu berlaku, gua juga tanpa segan-gilu akan melemparkan undi gua berdasarkan firman: "Janganlah orang-orang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin, melainkan orang-orang beriman. Barang siapa berbuat demikian, nescaya dia tidak akan memperoleh apapun dari Allah, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah memperingatkan akan diriNya (menyeksa kamu), dan hanya kepada Allah tempat kembali." (3:28). Juga lu boleh rujuk (5:51-53) sendiri pasal panjang sangat kalau gua nak tulis di sini.

Gua juga butuhkan sebuah negara Islam dan gua sedang berusaha untuknya. Jadi puak-puak PAS yang suka sangat dengar ceramah parti dan malas dengar ceramah Israk Mikraj sebab bukan ustaz PAS yang bagi ceramah, lu fikirlah sendiri.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

4 comments:

menusuk hati said... [Reply]

bertanding pun xsampai 50 kerusi..tak payah angan2lah..bek layan nota siku..yer dok?

Bijen M. said... [Reply]

Heh heh.
Sedang bersangka baik dengan Pas moga-moga semua dapat buang ego untuk duduk bersatu menaikkan khilafah.
Okbai!

~PENCHENTA~ said... [Reply]

kenapa sekarang baru aku perasan ada post ni?

Hmm.

Bijen M. said... [Reply]

PEN,
Sebab kau malas mungkin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...