8.7.10

Nikmatnya berpelukan.

Waktu gua lepak-lepak di Kampar dulu, gua sempat dengar Haji Mud menceritakan pengalamannya bersama Amir (ketua) dari keturunan Arab sewaktu mereka keluar berjalan kaki di satu kawasan di tengah-tengah tanah air.

Nak dijadikan cerita, si Amir ni memutuskan agar anak-anak buahnya melakukan ziarah rumah ke rumah orang Islam untuk bercerita tentang kebesaran Allah SWT selepas saja selesai solat Subuh. Oleh kerana lepas solat Subuh, lu bayangkan saja rata-rata rakyat 1Malaysia waktu itu masih berkemban, mamai, sibuk bersiap untuk pergi kerja dan macam-macam lagi fi'il yang dapat dibajet. Makanya dugaan dan ujian getir yang bakal ditempuhi mereka ialah cacian dan kata hamun dari penduduk sekitar kerana mengganggu waktu puncak mereka.

"Gila apa Amir ni suruh ziarah time-time Subuh? Dekat Arab bolehlah. Sini Malaysia kot.", rungut mereka di dalam hati. Namun atas dasar taat kepada arahan ketua, mereka tetap menjalankan tugas tersebut dengan riang ria walaupun geram.

Tiba di sebuah rumah, kesabaran mereka diuji. Tuan rumah tersebut menjemput mereka naik ke rumah lalu terus memulakan syarahan dengan nada bengis. Seraya berkata,

"Apa ni? Tak tahu ke time Subuh blabla. Orang nak pergi kerja blabla. Korang tak ada kerja lain ke blabla. Blablabla dan bla..."

Mereka terdiam. Nak cakap salah, tak cakap salah. Dilema yang amat mendalam sekali. Lalu salah seorang daripada mereka yang bijak mengawal permainan terus mengorak langkah memeluk erat tuan rumah berkenaan. Dibisikkan kata-kata syahdu berkenaan kasih sayang dan tanggung jawab saudara sesama Islam. Nak tahu apa jadi selepas itu? Tuan rumah tersebut terus terdiam lalu mengalirkan air mata. Situasi menjadi sebak seperti filem Lagenda Budak Setan. Oh oh! Sob sob! Tamat cerita pasal mereka di situ. Gua kagum sebentar lalu gua pun niat nak trylah test bila keadaan sesuai.

Dan baru-baru ni semasa gua banyak menghabiskan sisa-sisa hidup gua di rumah akibat cuti semester yang panjang, gua mendapat peluang yang diidamkan. Kisahnya terjadi bila adik gua yang ceria itu iaitu Ceah bengang betul dengan gua pasal gua bagi roti kopi yang dibeli di Econsave kepada adik gua yang satu lagi. Dia bengang kerana tatkala itu dia sedang bergaduh hebat dengan kakaknya itu. Tapi sebagai abang yang adil dan penyayang, gua kena bahagikan roti itu sebaik mungkin. Ha ha ha!

Oleh kerana tak puas hati, adik gua yang ceria itu menyepak-nyepak dan menumbuk-numbuk gua dengan geramnya. Gua teringat kisah di atas tadi lalu gua terus membongkokkan badan, menyambut dan terus mendukungnya walaupun beratnya waktu itu dah tahap anak gajah. Gua peluk dia erat. Keajaiban berlaku. Terus dia menitiskan air mata dan membalas pelukan gua dengan erat juga. Oh yes! Gua berjaya. Dia terus menangis teresak-esak macam dalam filem Titanic. Kisah menyayat hati tamat di situ.

****

Semenjak dua menjak ni, gua selalu makan sepinggan dengan adik gua tersebut. Kami berkongsi  pinggan, nasi, lauk dan sebagainya. Gua jugalah yang jadi tukang kopek ayam kalau ayam tersebut panas berdengung. Hal ini kerana dia amat pemalas nak makan dan kalau makan pun sikit saja. Jadi bila makan sepinggan, gua dapat mendorong dia makan dengan banyak sedikit malah mampu menyemai bibit kasih sayang antara kami adik beradik. Wow! Romantik. Lu patut mencubanya dengan pasangan lu. Paling kurang gua dah biasakan dia untuk hidupkan sunnah Nabi SAW.

Bila gua mengajak adik gua yang ceria itu makan, selalulah dia menolak kerana sikap malas makannya itu. Gua tidak berputus asa. Terus mengajak lagi dan lagi. Tak mahu juga. Lalu gua mengambil keputusan untuk membongkokkan badan, menyambut dan terus mendukungnya walaupun beratnya waktu itu dah tahap anak gajah. Gua peluk dia erat. Keajaiban berlaku lagi. Terus dia meninggalkan Astro Ceria atau apa saja benda yang berada di tangannya waktu itu lalu mengikut gua makan di dapur. Wahh! Berkuasa betul penangan peluk ni.

Hipotesisnya di sini, pelukan mampu mengeratkan kasih sayang sesama kita dan dalam masa yang sama mampu menyelesaikan konflik yang berlaku pada waktu itu. Pelukan merupakan tanda kita mengasihi seseorang. Tak percaya? Cuba tengok game-game tinju yang ada di TV rumah anda. Apabila peninju-peninju tersebut dah tak larat nak bergaduh, mereka akan berpelukan. Kemudian mereka dileraikan oleh sang pengadil. Tamatlah konflik sebelum itu sebelum dimulakan semula konflik yang lain. Ha ha ha!

Jadi amalkanlah berpelukan setulus hati dan dengan  penuh kasih sayang dalam  kehidupan berkeluarga kita. Peluk erat ibu bapa kita bila dia marahkan kita buat salah. Peluk erat adik beradik kita bila pergaduhan tak dapat dikawal lagi. Peluk erat isteri kita bila dia berang sebab kita kata kat dia kita nak kahwin lagi satu. Peluk erat mereka setiap kali selepas solat berjemaah. Peluk erat mereka saat di atas ranjang. Peluk erat mereka sewaktu bersama menonton perlawanan bola jaring jam 2 pagi. Peluk mereka setiap masa.

"Bro! Gua ada awek. Boleh gua peluk awek gua kalau kami gaduh-gaduh?", tanya seorang brada dengan hampehnya. Lu fikirlah sendiri. Lu banyak peluk mak ayah lu atau lu banyak peluk awek lu?

P/S: Lu patut peluk mak lu bila dia sanggup bangun seawal jam 4 pagi untuk sediakan sahur bila dia tahu lu nak puasa keesokannya. Tapi tak tahulah kalau dia tak tidur tengok bola. Ha ha ha!

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

19 comments:

umu6point said... [Reply]

aduhaaaiii....
kejap senyum..kejap kerut dahi..
kejap ...errkk!!!
kesimpulannya....
semakin erat pelukan anda..
semakin anda dapat mengawalnya :)

bantalpelok said... [Reply]

kalau peluk nasi goreng bantal peluk cmne?

airazulaikha said... [Reply]

eheh..da lama buat lah..
selalu da buat..heeh ~tp kt famili je, husband belom lg~ ahahahaha
try test buat kat mak bila mak tgh marah2..g dekat2, peluk pastuh ckp syg mak..heheh
konpem cair meleleh lah la..hehe
bola jaring?? ada ke bola jaring tayang pagi2..ermmm
heheheh :)

Bijen M. said... [Reply]

Umu,
Macam masak Siakap 3 Rasa lah kan?
Baru sedap nak ratah.
Kalau semakin-semakin tu hipotesislah.
Untuk kesimpulan, 'Jika erat sesuatu pelukan, maka senang untuk mengawalnya'.
Ha ha ha!
Ye dok?

BP,
Jangan peluk saja.
Makan sekali.

AZ,
Oh, belum ada husband?
Ha ha ha!
Kira terbuktilah cara ni kan?
Bola jaring tu sila guna konsep perlambangan.

airazulaikha said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
airazulaikha said... [Reply]

cess..makna bola jaring tuh konotasi rupanya..haisehhh..
ahahaha~ gelak golek2~

aliaazuan said... [Reply]

Salam...

Moral cerita ni rasanya lbih kurang sama la kaitan dgn citer entry umu6point tu...buleh guna cara ni utk tujuan yg positif.

Bijen M. said... [Reply]

AZ,
Nanti kalau husband minta kahwin lagi satu kemudian dia peluk-peluk, jangan tertipu ya.
Btw, apa beza konotasi dengan personifikasi?

AA,
Salam.
Haa, lebih kuranglah kot.
Boleh peluk orang sambil berselawat.
Ha ha.

umu6point said... [Reply]

huhuu..ada plak orang becerita tentang saya belakang2.. ni kira mengumpat ke??? hahaa..

iyo la tuan..hipotesis..
semakin..semakin..
kalau kesimpulan..
jika..maka.. <-- lama dh x gune.. :p

aliaazuan said... [Reply]

Salam...

Mana ada mengumpat la Umu...daun palas nak buat ketupat pun tak beli lagi ni...hehe..(tau umu gurau2 jerk)

Oh ya, betui tu tuan blog, jgn lupa selawat sekali..

airazulaikha said... [Reply]

itu senang saja hencik bijan..hehe
meh sini cekgu bahasa ni terangkan..hehe
personifikasi itu~ sifat manusia yang diberikan kpd benda bukan hidup..
cthnya :ombak menari salsa..


konotasi tuh pulak ~ makna yang tersirat..makna disebaliknya..

p/s: hubby nak kawen lagi 1,..
alamatnya..sila urus diri sendiri..
bawak diri jauh2..hehe
xpun..entah la..xnak!!!xrela!!

Bijen M. said... [Reply]

Umu,
Mana ada belakang.
Ni dekat depan kot.
Ha ha ha.
UPSR, PMR nak mansuh.
Habis budak zaman akan datang terus tak tahu guna.

AA,
Bila kita selawat, tanda kita kasih pada Nabi SAW.
Bila kita kasih baginda, Allah SWT akan kasih kita.
Bila Allah SWT kasih kita, mudahlah urusan kita.
Ye dok?

AZ,
Wahh!
Terima kasih cikgu.
Cikgu suka main bola.
Hari-hari cikgu main bola.
Hish.
Tak baik macam tu.
Cuba bagi peluang tengok.
Ha ha ha.

airazulaikha said... [Reply]

eshhh...no no...
xrela..sumpah xnak..
ahahaha..
madu nya hanya lelaki yg rasa..
racun perempuan yg rasa...
p/s: cikgu yg nih xreti main bola la..

umu6point said... [Reply]

betul tu kak aliaazuan.. gurau je pun.. :)
dan menjadi tangungjawab ibu bapalah utk mengaplikasikan ilmu kesimpulan dan hipotesis ni jika upsr n pmr di mansuhkan..
sebagai contoh..
anak2 ku, semakin lemah usaha atas iman, semakin jauh lah manusia dari agama.. MasyaAllah..minta di jauhkan!

Bijen M. said... [Reply]

AZ,
Perempuan rasa manis madunya di akhirat kelak.
:)
Cikgu suka tengok bola.
Hari-hari cikgu tengok bola.

Umu,
Wahh.
Pandai cikgu buat hipotesis.
:D
He he.
Na'uzubillah.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

salam aleik:)

penulisan ni buatkn si tuan bijen m ni nampak manis:)
beza dripada entry2 terbaru beliau...__> baguih cek na....Allah Yusolih Alaik!

Bijen M. said... [Reply]

UM,
Mula-mula tengok 'manis' rasa macam janggal pula.
Tapi bila diconvert jadi 'sweet' baru faham.
He he.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

:) memacam

Bijen M. said... [Reply]

UM,
Ha ha ha.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...