9.7.10

"Najis sungguh!", maki gua secara sopan di dalam hati.

Seperti petang-petang yang normal, gua buatlah khidmat untuk mengisi time-time cuti gua dengan perkara bermanfaat seperti menghantar makhluk halus (baca: Ceah) ke sekolah agama rakyat di Taman Semarak tu. Cuma petang ni bukan lagi seperti petang biasa, tetapi luar biasa.

Sewaktu gua nak balik rumah lepas hantar makhluk halus berkenaan, gua terperangkap dalam kesesakan lalu lintas kerana jalan ditutup untuk memberi peluang kepada kereta api meloloskan diri. Oleh kerana waktu itu sangat panas terik, gua pun ushar port baik untuk menge-park motorsikal gua yang bukan Ducati itu sementara menunggu kereta api meloloskan diri.

"Orang gila saja yang sanggup tunggu depan gate waktu panas terik begini.", bisik hati gua. Kemudian gua ternampak sepohon pokok yang rendang. "Canteekk!", ujar gua.

Lalu gua segera memulas throttle motor gua yang bukan Ducati itu menuju ke bawah pokok tersebut. Sampai saja di bawah rimbunan pohon, gua pun menjulurkan kaki untuk bertongkat di batang pokok yang baik itu. Ngam-ngam kaki gua menodai batang pokok tersebut, dua das tembakan dari atas pokok meluru tepat ke helmet gua. Gua ulang, HELMET. Bayangkan kalau tak ada helmet. Hampeh punya burung. Tak boleh tengok orang senang sikit. Nasib baik ada tisu terpakai dalam raga motor gua yang bukan Ducati itu.

Orang kata hidup ibarat roda. Kadang-kadang kita di atas, tapi selalunya ada burung lagi atas. Atas burung ada apa lagi? Jet pejuang? Helikopter? Kapal angkasa? Lu fikirlah sendiri.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

10 comments:

pengkomen said... [Reply]

first!
haha
:D

umu6point said... [Reply]

hidup ini ibarat roda
emm..roda berputar bukan yg statik.. kwang3... :)

airazulaikha said... [Reply]

roda yg bergolek2...golek2..

aliaazuan said... [Reply]

Salam..

Erm..penah juga dlu skali pegi ke jln TAR msjd India, tgh jln2 daaasss...kene tembak gak. MasyaAllah menggelabah gak cari paip air, alhamdulillah jmpa juga. Tp tu la, kaler kuningnya taknak tanggal lak..baunya toksah la ckp.Trpaksa la cover2 masa naik LRT putra blk ke rmh sewa..hmmm...betul tu hidup ibarat roda, & byk juga pengalaman pahit, manis...mcm kenangan kene tembak td la jugak...

Bijen M. said... [Reply]

Pengkomen,
Gua bukan artis bro!
:)

Umu,
Kalau roda impian macam mana?

AZ,
Pernah tengok cerita Roda-Roda Kuala Lumpur?

AA,
Wahh.
Ujian lagi berat yer.
Itulah orang kata, kita fikir kita kena dah teruk tapi sebenarnya ada orang lagi teruk dugaannya dari kita.
Kita patut bersyukur.
Pengalaman menjadikan diri lebih dewasa.
Ye dok?
:P

myra arshad (: said... [Reply]

burung pun nak hidup jugak wei.
dia mana ada akal macam manusia nak pikir :)

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Yalah.
Cuma bersopan santunlah sikit.
Ni ngam-ngam parking bawah pokok straight berak.
Kenapa tak berak sebelum atau selepas kejadian?
Tak menghormati tetamu langsung.

najisburung said... [Reply]

lu ingat boleh park sesuke hati ke bwh pokok tu?
kene byr kot

Anonymous said... [Reply]

burung apa? burung apa? burung apa?

Bijen M. said... [Reply]

NB,
Ciss.
Mana gua tau.
Tak ada pula signboard tulis 'RM 1 Per ENTRY'.

TN,
Burung murai, burung murai, burung murai.
Isk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...