7.7.10

Kenapa lu pakai hijab?

Dengan izinNya, cuaca petang yang nyaman ini membuatkan gua khusyuk beriadah otak menulis notapengat atau panjangnya 'nota tak adalah pendek sangat' yang seterusnya. Gua kena warm-up otak siap-siap pasal malam ni ada lagi kuliah dekat surau. Jadi senanglah sikit input nak masuk singgah kepala otak gua bila otak gua dah berkilat. Tak adalah masuk telinga kiri keluar telinga kanan saja kalau otak gua berkarat.

Bila gua layan blog-blog pilihan di kanan laman gua, kebelakangan ni banyak pula cerita pasal hijab dan fesyen hijab. Semalam dalam Kosmo pun dua muka surat penuh cerita pasal gaya tudung selebriti gua terlayan sementara tunggu waktu Zohor. Jadi para sista yang dimuliakan sekalian, kali ni gua nak tanya kenapa lu pakai hijab atau dalam bahasa penjajahnya, why do you wear the hijab?

Lalu ada seorang sista yang kool dan macho mengangkat tangan dan menjawab, "Pasal agama wajibkan. Ini perintah Allah SWT. Kita sebagai seorang Islam blablablabla. Firman Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 31 blablabla. Blablablabla dan bla..."

Wow! Hebat betul sista ni menjawab. Oke! 10 markah untuk ujian lisan subjek Pendidikan Agama Islam Tingkatan 1. Kemudian gua nak tanya lagi, sebab apa lu sembahyang lima waktu sehari? Lu jawab lagi itu wajib, perintah Allah SWT. Gua tanya lagi, sebab apa lu puasa di bulan Ramadhan? Jawapan sama juga. Gua tanya lagi, sebab apa lu siapkan kerja dekat pejabat? Lu jawab sebab bos suruh. Kalau tak lu tak dapat gaji. Gua tanya lagi, sebab apa lu sidai kain, buang sampah? Lu jawab pula sebab mak suruh. Kalau tak, mak murka kain tak bersidai, sampah penuh di dapur. Tanya lagi dan lagi, dan jawapan tetap sama, ini adalah perintah. Wahh! Tahniah kerana anda seorang  makhluk yang taat  menurut perintah.

Tapi pernahkah lu terfikir untuk memakai hijab lebih dari sekadar memenuhi tuntutan dan perintah Allah SWT? Faham tak maksud gua? Maksudnya di sini, kalau tak ada perintah wajib pakai hijab, adakah lu akan pakai hijab tersebut? Maksudnya di sini, adakah lu pakai tudung dengan seikhlas hati dan bukannya sekadar menurut perintah? Faham tak? Part ni yang susah betul nak terang. Argh!

Maksudnya di sini lagi, tak kira walau apa pun yang terjadi seperti ribut taufan melanda, gempa bumi menimpa, gunung berapi meletus hatta kereta gua bertukar menjadi kereta Ferrari misalnya, lu akan tetap memakai hijab atau menutup aurat lu seikhlas hati daripada dinikmati oleh lelaki ajnabi atau bukan muhrim kerana lu tahu betapa penting dan besarnya manfaat yang dijanjikan Allah SWT. Yes! Di sini mahu dibuktikan keikhlasan anda. Diulang, KEIKHLASAN.

Contoh serupa untuk bab solat. Adakah lu melakukan solat hanya sekadar memenuhi tuntutan Allah SWT atau lu betul-betul melakukannya kerana ingin mengharapkan keredhaan Allah SWT dan mengharapkan petunjukNya dalam setiap pekerjaan yang dilakukan? Agar lu terhindar dari perbuatan keji dan mungkar? Jawab weh jawab.

"Err, gua tak surelah. Macam mana nak check bro?", bisik seorang brada.

Macam mana nak check? Mari sama-sama kita try check apa yang kita sedang buat tatkala azan berkumandang. Adakah sedang sibuk melayari blog-blog agama, atau sedang menonton Shin Chan, atau sedang bermain bola jaring, atau sedang mandi, atau lu sudah bersiap sedia untuk menunaikan solat fardhu secara berjemaah di surau mahupun masjid? Kalau lu tergolong dalam golongan yang terakhir itu, nescaya lu sudah mencapai nikmat kelazatan bersolat insyaAllah. Lu akan sentiasa ternanti-nanti azan berkumandang di surau-surau atau masjid-masjid lalu segera ke sana untuk solat berjemaah. Bukannya masih bertangguh-tangguh menanti orang menyuruh.

Brada sista sekalian! Ini baru lima waktu. Dalam Israk Mikraj, Allah SWT perintah lima puluh waktu untuk dikerjakan. Mujur kita dapat diskaun buat lima waktu saja tapi ganjaran seumpama buat lima puluh waktu. Betapa Maha Pengasihnya Allah SWT dan Nabi SAW kepada kita. Itupun tak mahu bersyukur lagi. Masih lagi liat nak bersolat. Para sahabat RA dulu siap berkata (lebih kurang) kepada Nabi SAW, "Mengapa dulu kau minta diskaun wahai Rasulullah? Kalau solat lima puluh waktu sekalipun kami suka dan sanggup untuk kerjakan." Nah! Sampai begitu sekali kelazatan beribadah yang dirasai para sahabat RA. Kenapa kita tidak dapat mencontohi mereka? Kenapa? Kenapa? Jadi sekarang tanyalah diri sendiri, di tahap manakah kita dalam mengerjakan perintah Allah SWT? Adakah tahap cipan kena langgar lari? Tahap paku kena ketuk tukul? Tahap buruh kasar mogok lapar? Tahap pencinta wanita namun bukan buaya? Atau tahap pendamba kasih Allah SWT?
 
Okelah. Cara mudah nak check. Lu suka tak solat sunat rawatib tiap-tiap kali lepas solat fardhu? Tak cukup lagi, lu tambah pula solat sunat dhuha pagi-pagi. Malamnya pula lu bangun untuk tengok match bola jaring. Eh silap. Bangun bersolat tahajud. Lepas tu Isnin dan Khamis lu tak miss puasa sunat.  Kalau lu suka buat itu semua, insyaAllah lu dah sampai tahap bukan sekadar perintah.

Jadi sista-sista yang mulia, kita sambung semula bab hijab. Lu tahu pemakaian hijab itu perintah Allah SWT. Siap boleh keluar firman lagi kalau ada orang tanya. Tapi sayang sekali, ramai yang hanya sekadar menurut perintah tanpa mengetahui apa sebenarnya tujuan pemakaian hijab tersebut. Kerana jikalau mereka-mereka ini tahu, tentu mereka-mereka ini tidak akan memakai hijab sebegitu.

Oh sista-sista. Sedar tak setiap inci tubuh lu dari hujung rambut sampai hujung kaki hanyalah untuk suami lu saja? Ya! Suami lu. Segala bentuk hiasan hanya untuk lelaki yang bergelar suami. Kalau lu belum berkahwin, kena tunggu sampai lu ada suami dulu baru boleh tayang segala-gala jurang, lembah, gunung, ombak, pantai, teluk, telur dan lain-lain.

Jadi apa motif lu tayang kat semua orang sekarang ni? Tak faham lagi? Apa motif lu pakai tudung tapi masih nampak bentuk bontot yang menggiurkan sampai tercabut kopiah gua? Apa motif lu pakai tudung tapi masih nampak bulu ketiak yang tak bercukur tu? Apa motif lu pakai tudung tapi masih nampak bentuk dua biji betik bergoyang-goyang tersembul keluar? Apa motif lu pakai tudung tapi belit-belit ketat kat leher? Apa motif lu pakai tudung tapi masih nampak sanggul di dalam? Apa motif lu pakai tudung tapi masih nampak siku lu yang hitam? Dan apa motif lu pakai tudung tapi tujuannya untuk lu tunjuk cantik dekat lelaki bukan mahram? Banyak sungguh suami lu yer. Murah betul harga lu yer. Sehingga mencapai tahap harga mampu milik oleh setiap lelaki termasuk yang sedang mengemis di tepi jalan. Patut nanti time nak kahwin, pengantin lelaki boleh minta diskaun pasal orang lain dah nampak dan boleh imagine macam mana shape badan bini dia. Dah tak fresh dari ovenlah orang kata. Oh oh! Sadis.

Sekarang gua nak ambil point last sekali tu saja. Apa motif lu pakai tudung tapi tujuannya untuk lu tunjuk cantik dekat lelaki bukan mahram lu? Lu pakai tudung sebab lu nak perasan cantik dekat lelaki bukan mahram. Oke! Lu cantik der pasal lu pakai tudung semua elok tutup-tutup. Tapi apa motif lu pakai tudung lilit sana lilit sini kelepet sana kelepet sini tiru serupa Yuna, Wardina, Bienda, blabla dan segala? Motifnya tak lain dan tak bukan hanya untuk berhias agar lu nampak cantik dipandang oleh lelaki yang bukan suami lu. Betul tak? Atau lu ada jawapan lain? Tak ada. Waktu lu kelepet tudung lu depan cermin, hati lu asyik berharap semoga ada mamat kacak akan jatuh hati dengan penampilan lu itu. Dan bila gua tengok lu anggun bergaya macam Yuna, gua lalu jatuh hati terpikat dengan lu. Ciss! Jadi apa motif lu pakai tudung der? Untuk menjaga aurat atau untuk mengurat?

Sesungguhnya teramatlah mulia bagi seorang gadis muda yang cantik cun-melecun memang daboom tetapi bermujahadah dengan memakai pakaian yang gelap, berhijab labuh dan berniqab sehingga tidak menampakkan langsung bentuk badan dan kecantikan rupa parasnya kerana takutkan bahaya fitnah dan peminat yang ramai yang hanya gilakan kecantikan. Oh oh! Dia bermujahadah kerana tahu betapa bernilainya harga dirinya di sisi Allah SWT dan hanya mahukan suaminya saja yang layak menjadi lelaki yang beruntung memiliki dan menatapi wajahnya. MasyaAllah. Tidak kisah langsung dengan pandangan masyarakat yang cuba mengatakan dia kolot, ingin menutup cela bahawa dia tidak cantik sebenarnya dan sebagainya kerana dia hanya mahu berhias untuk suaminya yang tercinta saja. Dia lebih mahu tatkala di sisi Allah SWT, martabatnya diangkat tinggi. Dia mahukan tempatnya sebagai ketua bidadari untuk suaminya di syurga kelak tidak dirampas oleh bidadari yang lebih cun melecun tahap bidadari.

"Uih! Susah betul nak jadi wanita muslimah zaman ni. Pakai tudung Yuna pun tak boleh. Nak solek-solek pun tak boleh. Nak kena pakai niqab saja memanjang. Lemas woh!", kedengaran suara-suara dari kumpulan perjuangan hak asasi wanita, keluarga dan masyarakat.

Oih! Kalau susah hidup zaman ni, silakan hidup zaman jahiliah saat Islam belum muncul. Gua rasa lu tak sempat nak hidup pun. Dah kena bunuh dan tanam hidup-hidup. Dijadikan bahan lacuran dan terus-terusan dipandang hina. Jadi sekarang lu fikir sejenak lu nak hidup zaman mana?

Dan sekarang lu check Facebook lu. Tengok gambar-gambar dalam album lu. Tanya balik, apa tujuan lu letak gambar-gambar lu dekat situ? Nak suruh orang kenal lu? Tak cukupkah setakat satu dua gambar saja? Atau lu nak laki-laki kacak kat luar sana tengok lu yang cantik itu dan jatuh hati dekat lu? Jadi apa yang harus dilakukan? Lu fikirlah sendiri.

"I love her the way she is. I fell in love with the qualities within, not just the physical person outside.", Jo melontarkan pandangannya untuk satu babak dalam sebuah novel karya Hlovate, 5 Tahun 5 Bulan.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

25 comments:

tort said... [Reply]

Bijen M.:


oh brada bijen,
sangat terkesan.

moga2 wa dihimpun keikhlasan
dlm adab bertudung & berpakaian.

terimakaseh, memperingatkan.

Bijen M. said... [Reply]

Tort,
Oh sista Tort.
MasyaAllah.
Semoga Allah SWT mengurniakan sedikit hidayat untuk kita berusaha mencapainya.
Sama-sama.

semut api said... [Reply]

sempoi tapi berkesan bro..

semut api said... [Reply]

sempoi tapi berkesan bro..

Bijen M. said... [Reply]

SA,
Syukran bro!

puasa rejab said... [Reply]

esok kamis. mari puasa sunat. :)

Anonymous said... [Reply]

ssh nak cari pompuan yang betul2 mujahadah bro..
semua pakat nak tayang cantik kat org laki..
same gak mcm laki..

Bijen M. said... [Reply]

PR,
Mari mari.
:)

TN,
He he.
Betul bro.
Sebab tu golongan wanita banyak masuk neraka padahal mereka senang nak masuk syurga.

Sayanamasaya said... [Reply]

hg mmg hensem bijan. i loikeee

Ahliahnizam said... [Reply]

Kirim salam pada ahliah tuan (kalau dah ada)

Bijen M. said... [Reply]

SNS,
Hang pun apa kurangnya.
:D

AN,
Belum ada.
Doakan saya yang terbaik insyaAllah.
:)

airazulaikha said... [Reply]

perghhh!!!
syukran jazilan... :)

Bijen M. said... [Reply]

AZ,
Afwan.
:)

ukhti,mardhiah said... [Reply]

salam aleik...
perempuan...lagi2 gadis tu hatinya lembut....fragile heart kate org putih....
kalau lah bo si bijen m ni perlembutkn sikit bahasa dan percakapan pastilah akan lebih dimengerti o kami si gadis.....peringatkn kami....didik kami....atas dasar sesama Islam..-->lembutkan lidahmu,nescaya akan manislah kata2 mu:)

Bijen M. said... [Reply]

UM,
Salam.
He he he.
InsyaAllah berlembut sikit.
Jzkk atas peringatan tersebut.
:)

matadore said... [Reply]

hari tu aku mimpi pakai niqab.



hoh.

Bijen M. said... [Reply]

MD,
Petanda nak suruh pakai niqablah tu.

Anonymous said... [Reply]

saya nak berubah, tp saya xtau nak mula dari mana..huhu

Bijen M. said... [Reply]

TN,
Mula dari dalam hati.
Dibawa ke tikar sejadah.
Lalu berdiri menghadap Allah SWT.
Panjatkan doa sambil berlinangan air mata.
Ceeewah!

Anonymous said... [Reply]

yep, mungkin sy masih diperingkat hati tuh..sy btol2 nak berubah tp sy takut xistiqamah..sy rasa sy perlu cari kakak yg bleh bimbing sy, sbb persekitaran sy skrg adalah org2 bertudung tp mcm saya, tudung bawal, shawl,yg biasa2 je..wut do u think mr bijen?

Bijen M. said... [Reply]

Cik boleh emel saya notasiku@gmail.com
Saya boleh cuba tolong kenalkan kepada orang yang dapat membantu.

Fairos said... [Reply]

Terkedu+terfikir=terbaekk!!


"I love her the way she is. I fell in love with the qualities within, not just the physical person outside.", Jo melontarkan pandangannya untuk satu babak dalam sebuah novel karya Hlovate, 5 Tahun 5 Bulan.

Anda juga membaca novel ye?

As said... [Reply]

As ni ada sakit. Dulu kat U suka pakai gelap2.

Bila da stay kat rumah, Ibu selalu tegur dan tak bagi pakai gelap2 salu. Nampak tak sihat. Tahlah apa kaitan nya. Hoho.

Tapi bro, rasanya pakailah seadanya wanita, apa ibu cakap pun kena taat selagi tak langgar syariat. Tak berlebihan, sekadar apa ada. Kadang wanita tu takde niat pape sekadar tibai pakai je baju kurung mana ada, tapi lelaki mungkin nampak dia macam lawa. Kadang kesian jugak wanita.

As banyak kenal wanita, sahabat2, semua jenis tibai je baju mana ada asal tutup aurat sempurna. Segan. Takde niat nak melawa. Mujahadah jadi wanita, dan lelaki. Masing2 ada cubaan memasing. Peluang dia sama ah tapinya, sabar & redha.

Bijen M. said... [Reply]

AS,
Sekali lagi jalan fatwa atau taqwa.
Ijtihad masing-masing.

Fatimah RA dapat menutup aurat sepenuhnya hingga di akhirat, bila beliau hendak melintas sirat Allah SWT memerintahkan semua orang supaya tunduk dan memalingkan pandangan mereka dari melihatnya.
Beliau sangat memberati aurat hingga berwasiat, jika meninggal dunia maka kebumikanlah di waktu malam supaya tidak ada sesiapaun dapat melihatnya.

As said... [Reply]

Agreed.

Fatimah tu memang antara idola sepanjang zaman terutama bab aurat.
Tambah sikit pada ayat last tu, "tidak ada sesiapun dapat melihatnya sampai takde siapa pun tahu sama ada beliau kurus atau gemuk, tinggi atau rendah."

Jalan mujahadah, slow2 supaya tak terlalu terkejut dan moganya berterusan istiqamah hingga akhir hayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...