22.7.10

Gua, Rozita Che Wan & durian.

Waktu gua tengah menimang buah durian macam bola takraw di suatu petang, riadah brutal gua diganggu oleh satu tetingkap mesej segera GTalk. Member gua, Rozita Che Wan men-Gtalk gua serius mahu bertanyakan sesuatu.

"Bro! Macam mana nak tegur kawan gua kalau beliau tak tutup aurat? Tak pakai tudung contohnya.", tanya Rozita Che Wan.

Gua blur sekejap walaupun kaki gua terus menimang buah durian tadi tanpa henti. Gua tendang buah durian tersebut tinggi ke siling dan menyambutnya dengan satu dakapan ke dada. Gua cium bau durian tersebut dalam-dalam. "Wahh! Sedap!", bilang gua kepada roomate gua yang tengah tidur.

Kemudian gua pergi ke laptop gua yang bukan Apple MacBook Pro itu untuk menjawab soalan tadi.

"Member lu suka makan durian?"
"Kalau tak suka, mulai saat ini lu sebarkan propaganda kepada beliau betapa nikmatnya memakan durian."
"Propagandakan kebaikan dan khasiat yang ada pada durian."
"Misalnya, kalau makan durian boleh awet muda, boleh slim macam gua, boleh membesarkan buah-buah di dada, boleh buat lelaki suka, boleh jadi tinggi, boleh jadi hot dan seksi dan lain-lain lagi yang difikirkan sesuai."
"Mungkin di awal-awal cerita beliau tak berkenan nak dengar lu cerita."
"Lu jangan sedih dan berputus asa. Teruskan beristiqamah."
"Lama-lama nanti beliau dengarlah sikit-sikit cerita box-office lu tu."
"InsyaAllah nanti terdetik di hati beliau semangat ingin mencuba."
"Nanti sure beliau bertanya dalam hati, 'Betul ke sedap durian ni seperti yang digembar-gemburkan?'"
"Haaa, kemudian sokonglah beliau makan durian."
"Belikan durian sebiji untuk beliau."
"Awal-awal mungkin beliau menolak."
"Tapi kalau dah hari-hari bau durian, bau bubur durian, bau pengat durian, bau cucur durian, beliau akan biasalah."
"Bila beliau dah biasa bau durian, ajar beliau macam mana nak makan durian."
"Kalau boleh, suap beliau makan durian."
"Kemudian puji beliau sperti, 'Waaa, pandai dah tu makan durian. Peewit!'"
"Encourage lagi beliau makan durian."
"Bagi pula durian D24, D40, D80, D300, 7D, durian Musang Berjanggut semua-semua."
"Bagi beliau pekena semua durian."
"Lepas tu suruh beliau tengok cermin."
"Suruh beliau tengok muka beliau memakan durian."
"Puji lagi dan lagi."
"Sampai beliau suka dekat durian."
"Lepas tu tanya pendapat beliau."
"Sambil tu jangan lupa doa semoga beliau dapat hidayat makan durian."
"Jangan lupa juga sujud syukur kalau beliau dah suka makan durian."
"Dah!"

"Err..., member gua hantu durian kot.", Rozita Che Wan membalas.

"Apa-apalah.", gua reply ringkas.

"Oi! Tak jawab pun soalan gua.", Rozita Che Wan mula bengang.

Gua meninggalkan laptop gua yang bukan Apple MacBook Pro itu selamba. Gua ambil buah durian tadi, kupas kulitnya guna gigi depan dan menikmati isi durian yang lazat itu.

Dalam hati gua kata, "Mujur durian baik ini tak ditebuk tupai."

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

22 comments:

Half said... [Reply]

er... mendalam betul

Anne M. said... [Reply]

mendalam der.

GBC!

airazulaikha said... [Reply]

memang konotasi lah..hahha
blog konotasi nih..

Syafiq Afandi said... [Reply]

terbaek r bro..
analogy durian yng best

Anonymous said... [Reply]

cilaka hebat kaki lu.

john the great said... [Reply]

anon.. kaki pakai kasut tebal bole la nak juggle dorian.. hampeh...

Anonymous said... [Reply]

sgt bagus :D

limauais said... [Reply]

oo.macam tu ek?boley la apply kepada membe2 yg liat nk g solat jemaah kt mesjid/surau kan.hehe.

john travolta said... [Reply]

gigi hang mesti jongang kan. kan kan kan? siap bole kopek durian lagi.

rozita che wan said... [Reply]

haha. rasa mcm nak tikam kau lajulaju. terbaik! :P

Bijen M. said... [Reply]

Half,
Tarik dalam-dalam bau durian.

AM,
Lu set tarikh & waktu untuk appreciate gua dengan GBC sebiji sebab gua turun Ipoh.
Oke?

AZ,
Ha ha.
Personifikasi kot.
Letak dekat durian.

SA,
Lu patut belanja gua durian sebiji?

TN1,
Lu tak tengok gua tanduk lagi.

JTG,
Kaki gua taff kot.

TN2,
Trimas!

LA,
Tak boleh.
Untuk durian saja.
Ha ha ha.
*Tips - Boleh guna kitab Fadhail Amal untuk tujuan berkenaan.

JT,
Cantik sikit.
Gua baru servis gigi kot.

RCW,
Pasal gua guna nama lu?
Sorilah tak sengaja.

umu6point said... [Reply]

Lagi bagus bila dia dah suka dengan durian tu..ajar dia cara nak cari durian yang lebih sempurna. cari yang terbaik dari jenis2 durian yang ada. yang cukup ciri2 sebagai sebuah durian..okey!!
Jangan tinggalkan dia dengan berkenalan durian yang x bermutu. Yang hanya sekadar di gelar durian. x mencapai maksud durian itu sendiri..huhuhuu :)

Benrauf 2.0 said... [Reply]

rupanya rahsia kemantopan rozita che wan adalah durian. penemuan terbaik dalam dunia kosematik

ukhti,mardhiah said... [Reply]

salam tuan bijen!!!
sudah la entry kali ni agak pening......rupo2 ea...komen2 kt sini lg poning!!!!botambah tambah la keponingan mard bersamo bau durian.............hummmm.....:) hihi

jane said... [Reply]

erk?
hahaha

Bijen M. said... [Reply]

Umu,
Betul betul betul.
Suka jawapan tu.
:)

BR,
Eh.
Gua rasa lu salah orang.
Gua maksudkan Rozita Che Wan Chik, kawan gua.
Dia gemuk jer.
Ha ha ha.

UM,
Salam ukhti.
He he he.
Apa yang pening.
Orang lain faham jer.
Belajar lagi!
Ha ha.

Jane,
He he he.

myra arshad (: said... [Reply]

durian adalah kunci?

btw, kaki tu besi! HAHA

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Kunci?
Apakah?
Lu ni artistik sangatlah mentafsir.
Ha ha ha.

myra arshad (: said... [Reply]

HAHAHAH. sangat.

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Lambat betul lu gelak.

sayyidah cliff nafisah said... [Reply]

Salam alikom wr wb, mendalam sampai Rozita Che Wan x faham,hihi.Nice blog bro:)

Bijen M. said... [Reply]

SCN,
Wasalam.
Ha ha.
Selamatlah dia tak faham.
Thanks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...