31.7.10

Gua layan Kopi Angguk dekat Sabilah.

Pada satu petang yang suam, gua dan member gua iaitu Aaron Aziz pergi makan petang dekat satu kedai yang memang legend dekat Bandar Sri Iskandar ni. Nama kedai tersebut Sabilah. Gua panggil legend pasal kedai makan tersebut merupakan antara kedai yang mula-mula gua kenal sejak 4 tahun gua jejak kaki di bumi perantauan ni. Dah berjanggut dah orang tua-tua kata.

Time gua tengah syok menjamah hidangan istimewa yang disediakan, tiba-tiba gua nampak satu lembaga berbasikal tua yang macam Saiful Apek berhenti di depan kedai. Cuma yang membezakan beliau dengan Saiful Apek adalah rambut Saiful Apek panjang mengerbang macam mop lantai, manakala rambut beliau pendek macam David Beckham time botak.

Gua ushar rapat basikal tua beliau. Ada lampu brek motor di pelana belakang basikal. Cukup rare dan dahsyat gua kata dalam hati. Gua ushar teliti di seluruh body basikal tersebut. Ada banyak botol-botol bergantungan dan ada guni baja subsidi cap Dacing berisi tin-tin kosong yang telah dihenyak lumat. Dari situ gua buat kesimpulan yang beliau menjadikan aktiviti mengutip botol dan tin sebagai kerjaya beliau. Gua buat isyarat bagus dalam hati sebab respek beliau berusaha mencari rezeki.

Beliau ambil port duduk sebelah meja gua. Gua senyum kambing. Beliau membalas ringan. Gua sambung makan balik. Secara tiba-tiba beliau naik angin.

"Kerajaan ni teruklah. Bukan nak senangkan rakyat. Susahkan rakyat lagi ada. Minyak, gula semua naik lagi. Gua dah lah kerja susah. Hidup susah. Anak-anak ramai nak sekolah. Blabla dan blabla...", mamat yang iras Saiful Apek tadi meluahkan perasaan ke khalayak ramai.

Gua angguk-angguk. Aaron Aziz pun turut angguk. Gua senyum kambing. Beliau membalas ringan. Gua sambung makan balik.

"Dik! Teh o ais kurang gula satu yer. Gula mahal sekarang. Jangan caj lebih-lebih.", pesan mamat yang iras Saiful Apek tadi kepada pelayan kedai makan.

Gua angguk-angguk. Aaron Aziz pun turut angguk. Gua senyum kambing. Beliau membalas ringan. Gua sambung makan balik.

"Pilihan raya dah nak dekat. Lu nanti jangan lupa undi tau. Kita kena ubah kerajaan ni. Baru senang sikit hidup. Kerajaan Pekatan ni diorang peka sikit dengan masalah rakyat.", mamat yang iras Saiful Apek tadi berpesan kepada gua dan Aaron Aziz.

Gua angguk-angguk. Aaron Aziz pun turut angguk. Gua senyum kambing. Beliau membalas ringan. Gua sambung makan balik. Dalam hati gua puji mamat tersebut pasal sungguh berwawasan. Cukup persediaan menuju ke Wawasan 2020.

Mamat yang iras Saiful Apek tadi mencapai akhbar tabloid yang berada berhampirannya. Diselak-selaknya helaian demi helaian hingga ke muka belakang. Tiba-tiba gua dengar beliau meradang lagi.

"Cislake! Tak kena lagi.", radang beliau sambil menyepak kaki meja.

Gua angguk-angguk. Aaron Aziz pun turut angguk. Gua senyum kambing. Beliau membalas ringan. Gua sambung makan balik. Secara sulit gua skodeng apa yang diperhatikan beliau. Cislake! Sukan Toto rupanya. Gua gigit garfu sampai bengkok. Ingatkan apa tadi sampai nak tendang-tendang meja.

Seketika kemudian beliau meraba-raba kocek bajunya. Sebatang rokok jenama Dunhill dikeluarkan dari kotak. Slow and steady rokok tadi dinyalakan. Asap berkepul-kepul naik ke udara macam efek David Copperfield buat show magis atas pentas.

Masuk kali ni gua geleng-geleng. Aaron Aziz pun turut geleng. Gua senyum tenggiling. Beliau membalas ringan. Gua siap-siap nak pergi bayar duit makanan.

Sebelum gua meninggalkan meja, gua pesan dekat mamat yang iras Saiful Apek itu tadi.

"Bro! Lu tau tak lu sebenarnya boleh hidup senang lenang, kaya raya walaupun tanpa mengubah kerajaan."

"Hah?!", mamat yang iras Saiful Apek tadi blur.

****

Satu hari gua naik kereta dengan member-member gua. Kami layan Perak FM bagi berita. Khabarnya kerajaan Iran bagi bantuan kepada rakyatnya yang baru lahir sejumlah wang simpanan hingga anak tersebut dewasa. Kami berempat kagum dengan berita tersebut. Member gua tanya dengan nada kecewa kenapa kerajaan Malaysia tak jadi macam tu. Gua cakap pelan-pelan dengan stereng kereta gua yang bukan Ferrari itu, "Sebab rakyat Malaysia tak jadi macam rakyat di Iran."

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

9 comments:

Anne M. said... [Reply]

gua angguk dengan lu punya cerita ini.

Bijen M. said... [Reply]

AM,
Gua senyum ringan.

myra arshad (: said... [Reply]

HAHAH.
member member lu suma stok artis kan.

kiranya lu peka jugak lah.

alahai brader a.k.a saiful apek tu. rokok hisap jenis dunhill. macam mana nak kaya. haailla. dunia dunia.

Benrauf 2.0 said... [Reply]

gua sambung makan balik.

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Bukanlah.
Member gua semua nama stok artis.
Ha ha ha.
Datsewai.

BR,
Gua tengok lu makan diam-diam.

limauais said... [Reply]

xdenye nk kaya kalo asek brjudi,bakar duit nk beli rokok.idak gitu?

Bijen M. said... [Reply]

LA,
Betul betul.
Bawa bawalah bertaubat bakar duit tu.
Hak hak.

Abg Ben said... [Reply]

Kedai 'Sabilah' tu penuh awek siam, mujur harga padan dgn rasa... Kataku sambil sambung makan balik kat Salam Koner ujung sini pulak :-)

Bijen M. said... [Reply]

@Abg Ben
Kena cari signifikan antara awek Siam dengan 'rasa'.
Heheh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...