14.7.10

Gua awet muda. Lu tak percaya?

Sehingga ke hari ini, gua acapkali dihantui dengan pernyataan-pernyataan dan soalan-soalan yang seperti di bawah bila gua lepak dengan pakcik-pakcik, jumpa member-member abah gua, jumpa saudara-mara dan yang sewaktu dengannya.

"Uih dah besaq dah. Sekolah mana la ni?"

"Ni anak ke ni? Tingkatan berapa dah?"

"Erk. Dah final year? Badan tak serupa final year pun."

"Hoh! Final year dah? Ingatkan tahun pertama. Bila nak habis?"

"Eh. Buat degree ka? Ingatkan diploma ka apa ka."

Dan lain-lain lagi...

Dulu gua nak saja jawab gua sekarang Tingkatan 5 dekat sekolan sekian-sekian. Tapi gua sedar menipu itu tak ada gunanya. Sekarang gua jawab, "Biasalah awet muda."

Kemudian pakcik-pakcik itu pun ketawa malu-malu mendengar jawapan gua macam ni, "Ha ha ha!" (Sambil tepuk-tepuk belakang gua)

Gua mula-mula terasa juga dengan tuduhan melulu tersebut. Tapi tak apa, mereka tak bersalah. Sekarang dah biasa. Gua senyum-senyum saja. Nak buat macam mana, dah Allah SWT bagi gua nampak muda remaja. Bersyukur sajalah. Kurang-kurang bila gua dah tua nanti, market gua maintain lagi. Ha ha ha!

Bila gua tengok cermin gua doa, "Ya Allah, perindahkanlah akhlakku sebagaimana kau perindahkan rupa parasku."

****

Gua ada satu petua awet muda. InsyaAllah kalau amal lu boleh tampak muda remaja dalam dan luar. Maksud gua, lu nampak muda, kudrat lu pun bertenaga macam orang muda seperti boleh angkat simen 3 kampit dengan sebelah tangan misalnya. Bila dah bertenaga, bolehlah lu buat ibadah lebih sikit. Naik haji pun tak gaduh sakit. Lu nak tahu?

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

15 comments:

.fara. said... [Reply]

tang badan n ketinggian je kot awet muda. hehe :D

Bijen M. said... [Reply]

Fara,
Sabar pun ada batasnya.
Ha ha ha.
Sila masukkan wajah aku sekali dalam senarai di atas.

.fara. said... [Reply]

haha. lek la. aku pon masalah yg same gak. haha
wajah kau dlm senarai ape??

Anonymous said... [Reply]

apa petuanya der?

airazulaikha said... [Reply]

pandang cermin jgn lupa baca doa..
nak wajah berseri..air sembahyang itu rahsianya..ngeee
lecture ada pesan:
bila pndg cermin,senyum...
hehe

pakcik jemes said... [Reply]

uih...dah masuk u ka?..igtkan sekolah lagi..hhahaha.

Bijen M. said... [Reply]

Fara,
Ha ha.
Kau perempuan.
Tak apa lagi.
Maksud aku senarai badan dan ketinggian.

TN,
Haa.
Asbab bersilat insyaAllah.

AZ,
Tersengihlah sebab tengok wajah kacak dalam cermin.
Ha ha ha!

PJ,
Lu memang hampeh!
Ha ha ha!

aliaazuan said... [Reply]

Salam...

Rajin wudhuk kot..org slalu angkat wudhuk ni mmg awet muda pun..

john said... [Reply]

aah..wuduk kot...

myra arshad (: said... [Reply]

awet muda ke?
tang ketinggian mungkin la. ehee.

*ceh, buat macam selalu nampak je*

wuduk mesti salah satu rahsia awet muda kan? :)

Bijen M. said... [Reply]

AA,
Salam.
He he.
Wallahu'alam.
Banyak orang wajah berseri dengan asbab wudhuk.

John,
:)

MA,
Belah!
Tinggi aku normal lagi kot.
Wudhuk tu salah satu.

Anne M. said... [Reply]

wuduk je meh, xyah nak pakai pape ag!

Bijen M. said... [Reply]

AM,
Tak suruh pakai apa-apa pun.
Suruh amalkan cara hidup sihat saja.
Ha ha ha!

limauais said... [Reply]

hang kocik macam bdak tgkatan 1.kalo buat brhingus2 sket,kompem org ingt bdak djah 1.haha.

Bijen M. said... [Reply]

LA,
Agak-agaklah Wani.
Hang pun apa kurangnya.
Ha ha ha!
Lagi cumil kot macam budak tadika.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...