27.7.10

Dulu gua ada bela satu toyol nama... jeng jeng jeng.

Satu malam gua lepak dekat satu mamak nama D'Naina dekat Ipoh dengan member gua. Hajat gua nak tonton siaran langsung Buletin Perdana dekat TV3. Gua pun pergilah sana cari port baik depan TV dengan member gua tadi.

Member gua, Rosyam Nor memang minat betul layan Buletin Perdana ni. Hari-hari beliau ajak gua pergi mamak tengok siaran langsung. Mula-mula dulu gua kesian kat beliau pasal rumah sewa beliau tak ada TV. Tapi sekarang gua pun turut sama layan siaran langsung berkenaan. Layan dekat mamak dia punya feel lain sikit nak banding dengan layan siaran langsung dekat rumah, kata budak-budak zaman sekaranglah, bukan gua kata.

Tengah gua syok layan gadis pembaca berita berkerudung merah membacakan berita, member gua potong stim gua.

"Der! Betul ke kalau bela hantu raya nanti nak mati susah?", soal Rosyam Nor.
"Aah. Lebih kuranglah.", gua jawab ringkas.
"Apesal der?", soal beliau lagi.
"Yalah. Kena fikir nak pass kat siapa semua-semua tu. Cari tuan barulah lebih kurang.", jawab gua lebih kurang.

Gua sebenarnya malas nak cerita lebih-lebih pasal hantu-hantu ni. Biasalah orang Melayu, cepat sangat teruja dengan kisah mistik melebihkan tahap teruja kepada Allah SWT. Jadi sebelum akidah terpesong, gua mengambil jalan selamat.

Mendengarkan nada malas gua melayannya, Rosyam Nor tarik muka kecewa. Beliau menyedut teh o ais yang berada di depan matanya dengan lemah sekali.

"Tapi...", gua cuba pancing. Gua tengok mata beliau segar semula. Bersemangat nampaknya.

"Dulu gua ada bela toyol.", gua sambung.

"Hoh?! Menarik!", member gua menyambut.

"Ceritalah sikit nak dengar.", beliau membuat permohonan.

Lalu gua pun memulakan cerita selepas puas menatap wajah gadis pembaca berita berkerudung merah di TV itu tadi.

"Dulu gua ada bela toyol."
"Banyak jugalah spisis toyol yang gua berdamping."
"Ada dari Indonesia, ada dari Tanah Jawa ada dari Malaysia. London, Paris dan New York pun ada."

Member gua kerut dahi. "Dah tu kayalah?", tanya beliau penuh minat.

"Tak kaya pun."
"Duit gua yang lesap lagi adalah."
"Poket gua tinggal habuk kering. Badan gua pun naik kering."
"Ibarat macam toyol tu yang rompak duit gua. Cisslake betul!"

"Aik! Toyol jenis apa ni? Makan tuan nampak.", tanya member gua yang suka bertanya ni.

"Toyol jenis Israel kot!", gua cuba meneka keras.

Gua nampak member gua tersebut dah pening-pening lalat. Gua senyum nipis.

"Serius! Semenjak gua bela toyol ni duit gua yang selalu lesap."
"Gua pun kadang-kadang kompius siapa pemilik sebenar toyol berkenaan. Adakah gua atau ada tangan ghaib yang mendominasi toyol gua?"
"Namun walaupun gua sedar duit gua selalu lesap, gua tetap juga bela toyol berkenaan. Dah macam terkena sihir pula."

Rosyam Nor semakin asyik melayan cerita gua. Beliau mengeluarkan sebatang rokok dari kotak putih Winston Lights yang baru dibelinya tadi. Poket-poket beliau diseluk dalam usaha mencari selaras pemetik api Zippo.

"Ish. Parah tu. Jenis toyol tak dengar cakap. So apa jadi sekarang?", gua disoal lagi.

"Sekarang gua dah insaf."
"Gua dah sedar membela toyol itu tidak ada gunanya."
"Hanya bergelumang dosa dengan berbuat syirik, mendatangkan mudarat dan membazir wang gua saja."
"Gua fikir-fikir kalau gua simpan duit gua elok-elok, gua dah boleh angkat kapal terbang sebiji. Tapi yang remote control punyalah."
"Kalau tak pun, gua dah boleh beli cincin emas buat propose gadis hujung kampung gua dah."
"Sekarang gua dah berhenti bela."

"Ooo...", Rosyam Nor angguk faham.
"Apa nama toyol lu? Comel tak nama?", Rosyam Nor tanya lagi.

"Bolehlah. Nama toyol gua Winston Lights.", gua jawab sambil tengok gadis pembaca berita berkerudung merah di dalam kotak TV.

Gua jeling Rosyam Nor guna hujung mata. Gua nampak beliau merenyuk-renyuk kotak rokok putih beliau tadi dan melemparnya jauh-jauh. Rokok yang diketip di bibirnya tadi laju-laju dibaling ke atas meja dan dimaki-maki.

Gua senyum nipis lagi sekali.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

11 comments:

Anne M. said... [Reply]

adeh!

limauais said... [Reply]

ak ingt toyol yg org gune time exam.haha.

limauais said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
Bijen M. said... [Reply]

AM,
Hi Rosyam Nor.
Tertipu?

LA,
Toyol tu boleh jadi penyebab kena gantung semester saja.

airazulaikha said... [Reply]

haahahhaa...gelak guling2...
lalalallalaa

karem said... [Reply]

tak bes la rosyam nor. nama len la.

Anonymous said... [Reply]

aku pun nk benti bela toyol... ada tips?..

Anne M. said... [Reply]

gua la rosyam nor tuh?
ke pembaca berita tu der?
ko ni senget ah..

Bijen M. said... [Reply]

AZ,
Tak payahlah over guling sangat.
He he.

Karem,
Nanti gua letak nama Karem dalam next episode.

AM,
Lu tak ada dalam petikan pun.
Lupa nak masukkan watak Anne M. sebagai tukang lap meja caj 6 ringgit untuk bil elektrik.

Anne M. said... [Reply]

eh?
dia cas lebih sebab ko datang lebih dari masa yang di janjikan..
dat y lar..

Bijen M. said... [Reply]

AM,
Ciss.
Yerla.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...