19.7.10

Dalam henpon pun ada Anon.

Beberapa hari yang lalu waktu gua balik UTP, gua singgah Ipoh dengan Ehsan dan Dihaq. Hajat di hati nak menonton Predator beraksi konon-kononnya. Sementara menunggu waktu tayangan larut malam, kami beristirehat di rumah sewa kawan gua dekat Taman Cempaka. Sambil-sambil tu gua sempat layan cerita Cina dekat TV2 sampai terlena.

Sambil terlena, gua jeling-jeling juga jam di dinding supaya tak terlepas waktu tayangan. Bila dekat-dekat nak time, gua bangun cargas. "Jomlah! Tunggu apa lagi? Bulan bukannya nak jatuh ke riba.", kata gua kepada Ehsan dan Dihaq. Gua lihat mereka berdua buat muka toya. "Berrrrrrr!", sambung gua. Gua dah agak dah. Gua pun sebenarnya malas juga nak pergi. Gua nak layan Mantra, tapi Dihaq dan Ehsan ada sakit jantung pula. Tak tercapai hasrat gua.

Lalu kami pun merancang program yang menarik untuk dilakukan. Kebetulan malam tersebut juga dijadualkan keluar keputusan nombor yang kami nanti-nantikan. Jadi haruslah mencari program yang menawarkan capaian internet maksimum. Jadi idea bernas yang terbit adalah mengenyangkan perut di McD sambil melayari internet. Maka kami pun berangkat ke sana.

Sampai di McD gua pelik dengan burger terbaru McD iaitu GCB. Oleh kerana rasa kagum, gua pun order satu. Lepas order kami cari port baik untuk menyantap. Sambil menyantap, gua pun keluarkan henpon gua yang bukan Blackberry itu untuk melayari internet. Gua tengok ada sms satu. Gua buka-buka saja terteralah kalimat, "Bro, gua nak ganti puasalah. Bolehkah gua puasa Jumaat saja blablabla..."

Erk! Satu nombor yang tak dikenali. Serius gua musykil. Dalam henpon pun ada Anon (baca: Anonymous) nak bertanya. Celah mana beliau dapat nombor gua ni? Tapi tak mengapalah. At least beliau bukan mengurat gua. Gua pun jawablah soalan beliau diselang seli dengan suapan burger GCB. Serius enak! Kepada Anon, lu tak ada terasa nak belanja gua GCB satu kali? Ha ha ha!

****

Sesungguhnya kalau lu nak ganti puasa, hari apa pun boleh kecuali hari haram (rujuk: Wiki). Makanya tak salah tetapi kalau dibuat pada hari Isnin dan Khamis, lu akan dapat pahala sunat sekali. Tapi kalau nak berpuasa sunat, silalah berbuat demikian pada Khamis & Jumaat atau Jumaat & Sabtu. Sebabnya Jumaat adalah hari kebesaran umat Islam manakala berpuasa hari Sabtu merupakan caranya kaum Yahudi. Jadi hendaklah dibezakan ibadah kita dengan mereka dan tidak hanya pada ibadah puasa saja. Solat goyang-goyang kiri kanan pun cara Yahudi juga. Wallahu'alam.

****

Keputusan nombor yang diperolehi gua alhamdulillah baik. Kerisauan gua pada subjek SAP yang menghantui akhirnya terpadam. Gua patut bersyukur sekurang-kurangnya gua boleh check result periksa gua daripada orang lain yang tak dapat check sejak beberapa semester. Ye dok?

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

11 comments:

Anne M. said... [Reply]

taman cempaka?
mcd?
gua part time situ bai..
haha

Ingin Tahu Kebenaran said... [Reply]

Btol kah itu yg terjadi behjanz? tak salah saya Mr.D cerita Mr.B yg tdo dan terbangun lalu merungut lapar maka pergi ke mCD, so saya musykil di sini, sape yg taknak pergi sbnarnyer ni, bley ulang cerita ini dan sambung?:P

Bijen M. said... [Reply]

AM,
McD Ipoh?
Sekarang?
Meh belanja gua GCB seketul.

ITK,
Ha ha ha hampeh.
Cerita ni adaptasi dari cerita sebenar saja.
Tak funlah kalau berkait fakta.
Fakta:
1. Gua tidur sebab nak tunggu time.
2. Bila dah bangun, lu orang kata Aiman dah tidur. Terus gua down.
3. Ehsan yang mula-mula mengadu lapar. Gua hanya menyokong.
4. Gua ajak keluar pi gerbang malam, pergi CC sambil order burger.

ukhti,mardhiah said... [Reply]

salam aleik....

mard paling suka part ni dlm blog bijen M ni....'Jangan lihat siapa yang berbicara. Tapi lihatlah apa yang dibicara. Seorang pelacur yang sedar diri tak akan mengharap anaknya menjadi pelacur sepertinya'.

ayatnye sehebat bahasa y bijen m pakai:)

Bijen M. said... [Reply]

UM,
Salam.
Hebatkah sangat bahasanya?
Biasa-biasa saja.
Ha ha ha.
Jzkk.
:)

myra arshad (: said... [Reply]

waah. semua ckp GCB enak. nak p rasa jugak laaah! HAHA

Anne M. said... [Reply]

yup. mc d ipoh..

aku pon mc d belanja, nak belnja ko ag

Bijen M. said... [Reply]

MA,
Serius enak!

AM,
McD belanja lu, lu pass la dekat gua satu.

Benrauf 2.0 said... [Reply]

sos gcb itu enak.

Luna said... [Reply]

GCB sedap. Um. Sedap.

Bijen M. said... [Reply]

BR,
Dagingnya lazat.

Luna,
Lu teringin nak belanja gua?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...