13.7.10

Awak, bila kita boleh kapel?

Pada suatu pagi, gua tengah khusyuk main dengan Fesbuk. Main kejar-kejar dan main tampar-tampar sebagai contoh. Seronok bermain dengan Fesbuk ni sebab beliau bukan benda hidup seperti Paul si sotong. Jadi beliau tak ada langsung perasaan atau kuasa psikik yang membahayakan tatkala diperlakukan sedemikian rupa. Gua saja yang bengong gelak sorang-sorang.

Kemudian dengan tidak semena-mena fokus gua diganggu oleh tetingkap GTalk. Member gua, Norman Hakim Memey (NHM) tegur gua. Di bawah adalah perbualan kami yang sempat dirakam  dan dialih bahasa secara ringkas oleh sebuah kotak hitam.

NHM: Bro!
Gua: Yo!
NHM: Betul la...
Gua: Betul la apa?
NHM: Kalau kita jadi baik ni, ramai orang suka kita. Perempuan pun cari kita. Allah bagi mudah.
Gua: Haaa...? Ha ha ha. Baguslah.
NHM: He he he. (Gelak tersipu)
Gua: Perempuan mana cari lu?
NHM: Ada sorang budak U ni. Baik orangnya. He he he. (Gelak tersipu lagi)
Gua: Macam mana boleh sangkut?
NHM: Dia salah call. Lepas tu blablablabla...
*Klise - Lu boleh bajet sendiri

"Ujian tu bro...", ujar gua dalam hati saja. Biasalah orang nak kembali ke pangkal jalan, banyaklah dugaan datang. Syaitan pun stress tengok orang nak jadi baik ni. Kalau bagitahu karang patah hati pula. Ha ha ha! Kemudian gua sambung perbualan.

Gua: Oh I see.
NHM: Bro! Lu rasa gua patut kapel tak? He he he. (Gelak sopan)

"Hampeh! Baru jer nak jadi budak baik.", jerit gua dalam hati.

****

"Awak, saya suka kat awaklah.", kata Dolalah kepada Salamah.
"Haa...?", Salamah terpinga-pinga.
"Yer awak. Saya suka dekat awak. Jom kapel nak?", pinta Dolalah.
"Kenapa nak kapel?", tanya Salamah cuba meminta kepastian.
"Supaya saya boleh meluahkan perasaan kasih sayang saya kepada awak blablabla. Cuba belajar untuk menjaga awak blablabla. Kita bina rasa cinta dan kasih ini sampai ke jinjang pelamin blablabla. Blablabla dan bla.", ucap Dolalah cuba meyakinkan Salamah.
"Kah kah kah kah kah kah!", Salamah ketawa berdekah-dekah sampai berguling-guling di tanah hingga hilang keayuannya.
"Sendiri punya zakat pun bapak yang bayar ada hati nak jaga anak orang. Ceh!", tambah Salamah.

Gua yang dari tadi duduk atas motor mengushar pemandangan indah sambil minum air kelapa turut ketawa sampai senak perut gua penuh dengan isi kelapa. Kah kah kah!

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

11 comments:

sinar mata said... [Reply]

igtkan xde awek dah loser, rupenye kapel lg loser...
hahahaha..

aliaazuan said... [Reply]

Salam...

Tak ckup bajet? Kesian...Mungkin nama 'Dolalah' tu kena tukar jugak.

Bijen M. said... [Reply]

SM,
Lebih kuranglah kot.
He he he. (Gelak sopan)

AA,
Salam.
Haa.
Kerja dan sumber pendapatan nak tanggung zakat sendiri pun tak ada, dah fikir nak kapel-kapel.
Ayat manis dan janji ditabur lagak bagai orang macam dah cukup dewasa.

airazulaikha said... [Reply]

perghh..ayat salamah mmg power lah.. :)

Bijen M. said... [Reply]

AA,
Err.
Dolalah tu mungkin beliau sekarang masih tercari-cari jalan pulang.
Sesat gamaknya.
Moga Allah SWT turunkan petunjuk.
Sama-sama kita doa untuk sekalian umat.

Bijen M. said... [Reply]

AZ,
Boleh try dekat mana-mana laki yang minta kapel.
InsyaAllah berjaya.
Ha ha ha.

Anonymous said... [Reply]

wa nak byr sendiri zakat fitrah taun ni

Bijen M. said... [Reply]

TN,
Mentang-mentang dah pakai kereta sendiri.
Ha ha ha.
Sila-sila.

airazulaikha said... [Reply]

boleh3..ahahah
mmg akan guna punyalah,hehue..

Anonymous said... [Reply]

pehh.
terbaek.
kena sekali dgn salamah.

Bijen M. said... [Reply]

AZ,
Ha ha ha.
Selamat beramal.

TN,
Selamat Salamah.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...