1.7.10

Anak yang bagaimana sepatutnya diharapkan? (bahagian akhir)

sambungan dari Bahagian 1 & Bahagian 2.

Wahai ibu-ibu, bapa-bapa. Apa lagi yang harus diharapkan kepada anak selain mereka menjadi anak yang soleh dan solehah yang mampu menjadi penyejuk mata kedua ibu bapa. Bukankah itu yang kita minta 5 kali sehari di dalam doa kita selepas solat?

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan dan keturunan sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang bertakwa" (Al-Furqan:74)

Bukanlah diharap agar anak-anak setakat berjaya merangkul diploma, ijazah, PhD dan mempunyai pekerjaan yang hebat-hebat dengan gaji yang dahsyat-dahsyat. Dan bila lu tua kelak, mereka mampu memberi wang ringgit kepada lu setiap bulan. Bukan itu pakcik makcik yang mulia! Bukan itu! Tapi yang sepatutnya diharapkan adalah anak-anak yang soleh dan solehah yang mampu mendoakan kesejahteraan lu saat di dunia, di dalam kubur, juga dapat memberi syafaat di akhirat kelak.

"Apabila seorang manusia mati terputuslah daripadanya amalannya melainkan tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, anak soleh yang mendoakan untuknya." (Muslim)

"Sesungguhnya seseorang itu diangkat darjatnya di dalam syurga." Lalu Abu Hurairah RA bertanya, "Dari manakah semua ini?" Maka Rasulullah SAW bersabda, "Dari anakmu yang memintakan ampun untukmu." (Ibnu Majah)

Nah! Masih belum cukupkah janji Allah Taala dan RasulNya SAW? Wang ringgit, harta benda dan juga kerusi urut Ogawa hanya dapat menjanjikan kebahagiaan di dunia yang sementara ini saja. Bukan di akhirat kelak yang kekal abadi. Tetapi anak yang solehlah yang akan meneman lu di dalam rumah, yang akan memandikan dan menyembahyangkan jenazah lu, menemani lu saat berhadapan dengan Mungkar Nangkir di dalam kubur dan menjaga lu di akhirat. Itulah yang baru dikatakan anak dunia akhirat.

Pernah dengar kisah Nabi Musa AS dan jirannya di syurga? Jiran baginda tatkala di syurga nanti adalah seorang anak yang soleh yang terus berbakti kepada kedua ibu bapanya walaupun ibu bapanya itu berupa seekor babi yang mana telah ditukarkan Allah SWT atas sebab dosa yang dilakukan. Dan atas darjat anak yang soleh itu, doa dan amal baktinya diangkat dan Allah SWT telah memindahkan ibu bapanya dari neraka terus ke dalam syurga. Hoi! Takkan tak percaya lagi? Percayalah sikit dengan berita ghaib ni. Jangan hanya tahu percaya pada hantu raya saja.

Jadi apa yang harus dilakukan? Nabi SAW memberitahu kita supaya mengajarkan anak-anak untuk mengenal Allah SWT dan segala kebesaranNya sejak dari kecil sampailah umurnya 7 tahun. Bina keyakinan tauhid dalam diri mereka sejak dari awal. Bukannya diajar mengenal Doremon, Sin Chan, Putera Shazlan, Kapten Boleh, ahli Geng Bas Sekolah atau lain-lain makhluk. Oh oh! Bukan itu. Ajar mereka supaya mereka tahu Allah SWT-lah yang lebih berkuasa dan Doremon tak ada kuasa. Supaya mereka tahu Allah SWT-lah yang bagi kenyang dan bukan makanan. Supaya mereka tahu Allah SWT-lah yang mencipta dan menjadikan mereka hasil dari perlagaan lubang kencing di atas tilam SweetDream. Supaya mereka lebih takutkan Allah SWT daripada takutkan puaka Niyang Rapik, hantu raya, pocong dan segala momok yang ada di rumah hantu di funfair.

Kemudian Nabi SAW memberitahu supaya kita mengajar mereka bersembahyang sedari umurnya 7 tahun. 3 tahun proses didikan dan latihan dan bila umurnya 10 tahun, pukul mereka dengan baik jika masih liat untuk bersolat. Pisahkan tempat tidur mereka waktu itu kerana pada waktu itu mereka sudah cukup handal untuk mengenal mana baik dan mana buruk. Dan barangkali sudah tertengok DVD-DVD biru dan adegan-adegan memberahikan di kaca TV. (Inilah salah satu pengaruh Kafir dalam usaha menyongsang akhlak umat Islam) Haih!

Apa lagi yang Nabi SAW suruh? Dari umur mereka 7 tahun hinggalah umur mereka 14 tahun, ajar mereka adab-adab dan contoh akhlak yang terpuji. Hasil daripada tarbiyah solat yang dijalankan, insyaAllah ianya akan dapat membantu anak-anak ini mudah mempelajari adab dan akhlak dengan baik. Barulah mempunyai anak yang taat, berakhlak dan tidak derhaka serta melawan cakap orang tua. Kalau tak diajar akhlak ini, takut-takut nanti apabila sudah tua, tempat lu hanya di rumah orang tua-tua. Bak kata pepatah, jangan salahkan ibu mengandung, tapi salahkan bapa yang tak pakai kondom. Jangan salahkan anak biadap, tapi salahkan mak bapak yang tak beradab dan tak ajar adab.

Kemudian apa lagi yang dianjurkan? Nabi SAW menganjurkan kita agar mengajar anak-anak memanah, berenang dan menunggang kuda. Apa ini? Relevenkah ini? Oih oih! Maksudnya di sini adalah belajar kemahiran hidup dan kemahiran mempertahankan diri. Untuk apa? Supaya anak-anak ini berdisiplin tinggi dan ditanam dengan semangat jihad yang tinggi untuk mempertahankan agama. Barulah wujud rasa cinta dan sayang kepada agama. "Uih! Nak jadi militan atau pengganas ke?", lu bertanya. Kepala hotak lu! Kalau setakat nak bermujahadah dan berjihad bangun Subuh pun liat, macam mana nak mempertahankan agama? Sebab itulah bila budaya Barat masuk nak hancurkan agama, kita masih buat rileks lagi. Kita masih bersorak dengan sorakan 1Malaysia, 1Dunia. Kita masih tengok 'Kau dan Aku'. Kita menukarkan gambar profil daripada bendera Palestin ke jersi-jersi pasukan bola jaring. Kita menukar nama-nama panggilan di syurga kepada nama-nama ahli neraka. Oh oh oh la la! Apa nak dikata lagi dah?

Mak bapak sekalian. Lu tahu mujahid-mujahid inilah yang diharapkan untuk bertebaran di seluruh pelosok dunia untuk membawa, menegak dan menyebarkan kalimah Lailahaillallah tanpa mengharapkan sesen pun dibayar gaji. Malah mereka ini sanggup membelanjakan lagi harta mereka di jalan Allah SWT. Bayangkan kalau Islam tidak tersebar. Hari demi hari orang Islam mati satu demi satu lalu Islam jadi minoriti. Macam mana lu nak sembahyang dengan bebas segala? Jangan dipanggil mereka militan, pengganas, pengebom berani mati atau apa-apa. Jangan bersedih andainya mereka gugur ketika keluar di jalan Allah SWT. Tapi bersedihlah andai anda tidak punya anak lagi untuk disyahidkan di jalan Allah SWT. Dan sedarlah, mereka yang syahid inilah yang akan memberi syafaat kepada tujuh puluh ahli keluarganya di akhirat kelak. Syafaat kepada anaknya, isterinya, orang tuanya dan saudara-maranya yang menanggung kehilangannya. Oh! Keluar di jalan Allah SWT tidak semestinya pergi berperang saja, tetapi pergi berdakwah pun dikira.

Sesungguhnya cita-cita menjadi Muslim sejati yang sentiasa mengamalkan agama dalam apa jua bentuk kehidupannyalah yang harus diajarkan kepada anak-anak. Tidak kiralah sama ada mereka itu jurutera, juruterbang, juruhebah, jurunikah, jururawat, jurulatih bola jaring atau juruanggur sekalipun, jika mereka berjaya menjadi Muslim sejati, lu dan seluruh keluarga lu akan bahagia bukan saja di dunia tetapi di akhirat sana. Jadi tuan puan yang mulia, anak yang bagaimana yang lu mahukan? Brada sista yang mulia, anak yang bagaimana yang lu mahu jadi? Anak yang mati katak di atas jalan raya, mati sesak nafas akibat bersesak-sesak berlaga diraba bontot di stadium, mati tercekik menjerit tatkala bola jaring menerjah jaring, mati terkejut Portugal kalah hoki, mati berlaga lubang kencing di rumah pelacuran ataupun anak yang mati di jalan Allah SWT, mati tatkala bersujud di atas tikar sejadah, mati menyebut kalimah Lailahaillallah? Lu fikirlah sendiri. Wallahu'alam.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

2 comments:

myra arshad (: said... [Reply]

oh, patut masuk silat!
mempertahankan diri! ^__^

anak anak jugak kena melunaskan hutang2 ibubapa kan?
bagi yg telah tiada la. hehehe.

Bijen M. said... [Reply]

Myra,
Err.
Ceh.

Benar.
Sebab itu perlu menjadi Muslim yang sejati dalam kehidupannya.
Jika tidak dia akan mengabaikan hutang ibu bapanya kerana dia tidak akan tahu apa kesannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...