10.7.10

Adakah ini tandanya seru dah sampai?

Hari ni untuk kesekian kalinya mak gua asyik meracuni pemikiran gua agar menerima pembelian set perabut bilik tidur lengkap untuk bilik gua yang kebiruan itu. Mungkin beliau kasihan melihat nasib gua tidur beralaskan kotak peti sejuk dan berkelambukan siling sekian lama. (Oke ini gua tipu) Gua pula macam biasa tetap berlembut menolak pembelian tersebut atas alasan (1) ianya belum praktikal pada waktu sekarang dan (2) gua lebih selesa dengan keadaan sekarang kerana gua takut bila tidur atas tilam tebal-tebal empuk-empuk nanti gua terlepas solat Subuh berjemaah di surau.

"Matpis, nanti jomlah kita pi tengok kat kedai ni. Kenapa harga dia murah sangat? Tu yang harga RM XXX tu.", pancing mak gua sambil jarinya menunjuk-nunjuk gambar katil di dalam satu risalah propaganda yang diambilnya di pagar tadi.

"Ni dia tulis tanpa tilam. Memanglah murah.", ujar gua cuba melunturkan semangat beliau yang berkobar-kobar itu.

"Tilam dah ada. Itu tak jadi masalah.", mak gua membalas.

"Ciss! Tak menjadi pula taktik gua.", kata gua pelan-pelan dalam hati.

Sebenarnya bukan apa. Gua dah nak balik UTP dah pun. Nanti siapa nak meniduri set bilik tidur baru gua yang masih dara itu. Kasihan mereka kerana ditinggalkan pula oleh gua dalam keadaan dara. Nasib yang sama juga terjadi dekat bilik kakak-kakak gua. Katil-katil mereka kesunyian kerana ditinggalkan.

Kemudiannya dulu gua pernah belajar dari kawan gua yang bersekolah pondok. Mereka hanya diberikan papan untuk alas buat tidur. Alasannya supaya tak leka sangat tidur, dan sentiasa memperbanyakkan diri mengingati Allah SWT. Sejak hari itu gua mempraktikkannya dan kini gua selesa berkeadaan demikian. Tapi gua bukanlah tidur di atas papan. Itu mujahadah sangat namanya.

Mak gua ni pun satu. Kalau nak sampaikan mesej dekat gua yang dia dah ready nak suruh gua cari calon pun, tak payahlah berkias sangat sampai nak belikan katil semua. Cakap saja terus-terang. Gua tak kisah sangat. Gua nanti bila dah kahwin nak tidur atas tilam toto saja dengan bini gua. Baru bergaya bebas sikit. Ha ha ha!

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

11 comments:

airazulaikha said... [Reply]

ahahah...
tu maknanya konotasi tuh hencik matpis ooi..hahaha
katil baharu lagi empuk..wakakaka

Anonymous said... [Reply]

lu tido atas ape skrg der?

umu6point said... [Reply]

hmmm...moga bila dah dapat set yang baru x jadi asbab tertinggal solat malam dan terlambat subuhnya..
minta doanya sekali utk sya tuan..

Bijen M. said... [Reply]

AZ,
Ha ha.
Penuh konotasi saja kebelakangan ni.
Waka waka e'eh.
Tsamina e'eh.

TN,
Tilam portable gambar Mickey Mouse setebal 3 inci.

Umu,
Ha ha ha.
Tak maulah set baru.
Kalau dapat pun, tidur kat bawah sajalah.
Jadi kufur nikmat tak?
He he.
InsyaAllah.

Anonymous said... [Reply]

ko dah ade calon ke?

balikutp said... [Reply]

balik utp nnti tilam tebal weh

Anonymous said... [Reply]

moge jumpe bini yg rela tido ats toto..hahak~

Bijen M. said... [Reply]

TN1,
Komplikated nak jawab soalan tu.

BU,
Aah.
Tu tengah risau.
Dahlah tak dengar azan kalau tak buka pintu.

TN2,
Ada tahu siapa-siapa?
Boleh tolong kenalkan.

sepanyul_menang_wc said... [Reply]

bijan.. bila blk utp?

myra arshad (: said... [Reply]

HAHA. pasal tilam pun jadik isu. bijan bijan :)

ala, mak kau nak tengok anak dia selesa la sikit.

kesian asyik tido atas tilam portable gambar mickey mouse yang setebal 3 inci tu. HEHE

toto? erk. tu dah terbabas :p

Bijen M. said... [Reply]

SMW,
Khamis atau Jumaat kot.
Tunggu sotong Paul ramal dulu.

MA,
Hish.
Tak apa.
Terima kasih saja.
Mickey Mouse pun cumil apa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...