15.6.10

Waktu gua keluar 3 hari dekat Mambang Di Awan tempoh hari, gua dapat lepak dengan Haji Mukhsin.

Waktu gua park kereta bawah pokok yang redup dan nyaman, beliau tegur gua suruh park kereta kasi lurus jangan senget-senget. Lepas tu beliau pesan macam tu lah kalau nak cari calon bini. Tengok dia sidai baju dekat ampaian macam mana. Kalau susunannya teratur, yang besar dengan yang besar, kecil dengan yang kecil, moleklah tu insyaAllah. Jadi terpaksalah gua pergi masuk kampung skodeng anak dara orang sidai baju. Oh oh.

Cerita lain pula kalau nak cari bini, tengoklah kuku tangannya. Kalau kuku perempuan itu panjang, insyaAllah anak-anaknya nanti akan menjadi degil, bodoh, bebal dan tak mendengar kata. Kerana makanan yang disediakan ibunya itu akan dicemari dengan pelbagai jenis kotoran dan najis yang melekat di bawah kuku tersebut. Oh oh lagi sekali. Dengar tu ya gadis-gadis.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

2 comments:

myra arshad (: said... [Reply]

tengs for the info! :)

Bijen M. said... [Reply]

Myra,
Sama-sama.
Nak cari calon bini tengok kriteria tu tau.
Ha ha ha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...