1.6.10

Siri Taklim: We're struggling for the SHIT! (Extended Version)

Memandangkan masih dalam mood Gaza, gua nak extend Siri Taklim yang lepas iaitu "We're struggling for the SHIT!". Brada dan sista yang dihormati sekalian. Macam mana nak bezakan sama ada kita struggling for the shit atau kita struggling for akhirah?

Contoh terdekat dah ada der. Lu boleh tengok mereka yang tekorban dalam serangan rejim Yahudi ke atas konvoi kemanusiaan ke Gaza tu. Mereka sedar mereka telah meletakkan diri mereka antara hidup dan mati bila mereka memilih untuk menyertai konvoi tersebut. Mereka tinggalkan keluarga, harta, dunia dan segalanya demi membantu mereka yang sedang berjihad fisabilillah di Gaza sana. Sesungguhnya apa pun yang kita lakukan untuk membantu mereka yang fisabilillah akan dihitung sebagai amal fisabilillah. Jadi untuk isteri-isteri yang ada suami nak khuruj fisabilillah tu, sahutlah dengan sokongan. Tolong bungkus perkakas mereka. Oh! Mudah-mudahan bahagia dunia akhirat.

Jadi sekarang kematian macam mana yang kita cari? Mati dengan perut penuh tahi atau mati di jalan Allah? Mati dengan darah dan mati di tikar sejadah. Itulah kematian yang dicemburui. Allahuakhbar! Ya Allah, pilih aku keluar di jalanMu Ya Allah. Ya Allah, pilih aku syahid di jalanMu Ya Allah. Ya Allah, matikan aku dalam kematian yang dicemburui Ya Allah. Allahumma amin.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...