26.6.10

Semalam gua dengarlah kuliah tafsir Juz Amma dekat Masjid Bandar Baharu.

First time jugalah gua pergi dengar kuliah dekat masjid tu lepas Pakcik 'Ad rekemen kat gua suruh dengar Ustaz Zul bagi ceramah time gua lepak kat kedai makan beliau dengan harapan dapat ushar anak daranya.  (Oke, gua serius main-main).

Ditafsirnya Surah An-Naba'. Dekat sini gua cuma nak ambil satu ayat iaitu ayat 8 yang bermaksud "Dan Kami menciptakan kamu berpasang-pasangan".

Ceritanya Uztaz Zul, segala-gala yang wujud di dunia ini diciptakan berpasangan. Bahkan janda ditinggalkan suami yang mengadu keseorangan pun tetap berpasangan bila dia ada dua hidung, dua tangan dan semua itu dicantum oleh dua sel yang kecil. Hatta titik noktah yang ditulis dengan pen  rotering bersaiz 0.0000001 mm pun boleh dibelah dua. Hanya Allah SWT yang satu dan tidak berpasangan. Dan jika kita menyembah berpasangan, bermaksud sudah mensyirikkan Allah SWT. Maknanya hanya Allah SWT yang layak disembah.

Tujuan dicipta berpasang-pasangan adalah untuk kita berjinak-jinak. Makna kata untuk saling tolong-menolong antara satu sama lain. Kita tak akan mampu untuk hidup seorang diri di dunia ini. Disinilah pentingnya berjemaah. Dalil berjemaah boleh diambil dari fadhilat solat berjemaah dan juga kata-kata Saidina Ali yang bermaksud lebih kurang, berjemaah lebih baik dari seorang.

Dan hari ni memang gua dapat rasa penangan ayat tersebut. Pagi-pagi lagi abah gua suruh gua alih kereta Kak Long yang memblock kereta beliau nak keluar rumah. Lepas gua alih-alih kereta, mak gua suruh buang sampah pasal beliau nak cepat ke sekolah, tak sempat nak buang. Oke! Gua masuk rumah lalu  menyambung melayan anak buah gua yang mak dia sedang tidur kepenatan. Kemudian gua ke dapur mencecah biskut mayat dan mengeteh. Kemudian dan kemudian gua meluru ke jamban untuk menyahtoksin selepas perut gua penuh sisa toksin.

Sedang termenung dalam jamban, gua dengar lori sampah menyusul. "Oh no!", bentak gua dalam hati. Gua pun menjerit sopan kepada adik gua yang sedang ceria menonton Astro Ceria dengan kuat. Sepuluh kali gua menjerit sopan namun tiada hasil. Lori sampah pun berlalu pergi. Lepas habis cuci bontot gua pun pergilah juga buang sampah yang dah penuh tu. Karang mak gua bising pula. Masa tengah buang sampah, Pakcik Saadun, jiran gua minta tolong gua hantar nasi-nasi lemak yang mak gua pesan ke sekolah pukul 9.30 pagi. Oke! Gua masuk dalam rilek-rilek kejap. Gua pun pergi mandi-manda.

Lepas habis mandi-manda gua pesan dekat kakak gua suruh pesan dekat jiran tersebut untuk memasukkan dulu nasi-nasi tersebut ke dalam kereta sementara gua bersiap. Tiga kali gua pesan namun tak ada respon. Bila gua dah siap, gua panggil jiran sebelah, nampaknya beliau sudah blah menghantar nasi-nasi itu sendiri. Haih!

****

Semalam adik gua yang ceria itu menjerit-jerit dalam rumah "Hangpa ni pekak ka badak?". Oh oh! Kalaulah semua orang dalam dunia ni pekak badak.

****

"Matpis, tengok sat anak aku."
"Matpis, pi sidai baju."
"Matpis, telepon Kak Ngah sat."
"Matpis, ..."
"Matpis, dengaq dak?"

Gua kompius sebentar gua ni dah pekak ke badak.

****

Kepada para suami dan para isteri, kalau nak pasangan dan anak-anak anda melekat di rumah bagi mengelakkan prejudis, kenalah hidupkan budaya saling tolong-menolong antara satu sama lain.  Bukannya tahu mengarah saja. Kalau tak, semua orang asyik nak lari dari rumah untuk lari dari masalah. Sepakat tu membawa berkat. Baiti jannati, rumahku syurgaku. Siapa yang bodoh hendak lari dari syurga? Jadi renungkan balik, rumah anda syurga atau neraka.

P/S: Gua gembira buat khidmat dekat syurga ni sementara cuti gua yang masih berbaki supaya bila ahli-ahli syurga pulang, mereka gembira duduk di syurga. Gembirakanlah orang lain, sungguh Allah akan menggembirakan kita dan keluarga kita kelak. Huray!

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

4 comments:

Benrauf 2.0 said... [Reply]

Dah nak habis cuti?

Bijen M. said... [Reply]

Benrauf,
Tengah bulan Julai nanti.
Lambat lagi.

roses said... [Reply]

ini luahan perasaan atau apa?

hahaha.

berseronoklah sementara ada.esok2 keadaan mungkin dah tak sama.sapa jangka?:)

Bijen M. said... [Reply]

ROS,
Ha ha ha.
Lebih kurang luah perasaanlah juga.
Urgh!
>_<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...