17.6.10

Hari tu lepas sembahyang Isyak, Ustaz Ya tegur gua.

"Hang pi sembahyang orang mati siang tadi?", soal beliau.
Gua menjawab dengan yakin, "Pi pi. Awat?"
"Oh. Saya tak pi tadi. Pi kenduri kahwin.", jelas beliau.
"I see. Tak apalah. Walimah urus lagi prioriti kot.", cakap gua perlahan.
"Hang tak apalah, tabligh.", beliau menambah.
"Erk!...", gua tercengang. Sejak bila orang tua ni nampak nombor siri tabligh dekat dahi gua? Ceh.
"Bila nak ajak ayah hang join? Kata kat Dato mengarut ja dok UMNO lama-lama. Asyik kalah ja.", Ustaz Ya cuba menumbuhkan tanduk.
"Ha ha ha! InsyaAllah insyaAllah", gua menyambut gembira.

Dalam hati gua bertanya sejak bila pula orang tua ni melompat parti secara bersungguh-sungguh?

Lepas tu beliau menyambung, "Hari tu time pi Sarawak hari last tu kami semua sakit perut blablablabla..."

Gua pun melayan sajalah.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...