18.6.10

Hai lelaki, jagalah mereka.

Jika tidak, lu pasti akan merana ditarik oleh wanita itu bersama-sama ke dalam neraka.

Ayah-ayah,
Bila lu tak ambil peduli perihal anak-anak perempuan lu di dunia. Tidak diberikan segala keperluan agama. Lu biar mereka tidak menutup aurat. Walaupun diberi cukup kemewahan dunia. Maka lu akan ditarik ke neraka oleh mereka.

Suami-suami,
Bila lu tak peduli tindak-tanduk isteri lu. Mereka bergaul bebas di pejabat, berhias bukan untuk lu tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Jika lu berdiam diri walaupun lu seorang yang alim di mana solat tidak pernah bertangguh, mengaji tidak pernah tinggal, maka lu akan turut ditarik oleh isteri lu bersama-sama ke dalam neraka.

Abang-abang,
Apabila ayah lu dah tak ada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu lu. Jikalau lu hanya mementingkan keluarga lu saja dan adik lu dibiarkan melencong dari ajaran Islam, maka tunggulah tarikan adik lu yang comel itu kelak di akhirat.

Anak-anak lelaki,
Bila lu tidak menasihati ibu lu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. Bila ibu lu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya maka lu akan turut disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibu lu ke neraka.

Oh! Nyata berat sekali tugas seorang lelaki. Namun ada lagi wanita yang tidak faham dan mempersoalkan perihal keadilan pembahagian harta mengikut nas Islam. Ceh!

Oh! Lagi satu jangan dilupa. Wahai anak perempuan, isteri-isteri, adik-adik, kakak-kakak dan ibu-ibu, kasihanilah bapa lu, suami lu, anak lu, adik dan abang lu. Janganlah lu menjadi punca yang menarik mereka ke dalam neraka. Janganlah lu menjadi bahan bakar mereka di dalam neraka kelak. Bertanggungjawablah sikit. Tutup aurat, jaga batas, jaga akhlak, jaga agama, jaga semuanya.

Bayangkan saja, jika di depan bapa lu, lu ibarat anak yang baik dan mulia. Tapi bila di belakang diam-diam tanpa rasa bersalah lu buang tudung, lu berpegangan tangan bermesraan dengan pasangan kekasih lu. Bapa lu ingat lu anak yang baik dan berbudi pekerti mulia, tak main kapel-kapel ni. Jadi dia tak nasihat pun lu sebab dia ingat lu ni sentiasa pakai tudung dan tak ada teman lelaki. Hasilnya? Di akhirat kelak bila dia tak sabar-sabar nak melangkah ke dalam syurga dengan wajah berseri-seri, malaikat berkata, "No way! Tengok dulu anak lu macam mana waktu beliau berkapel-kapelan". Bapamu terkedu lalu berkata, "Omaigod! Why I tak tahu? How come? Oh oh! I've finished my whole life to serve Allah but because of my daughter, I can't masuk syurga. Cissdale!" Tak ke hampeh begitu? Lu fikirlah sendiri.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

3 comments:

myra arshad (: said... [Reply]

ini entri terbaik!

makaseh lagi sekali atas segala peringatan itu.

Benrauf 2.0 said... [Reply]

Happy father's day

Bijen M. said... [Reply]

Myra,
Thanks.

Benrauf,
Happy happy.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...