28.6.10

Apa patut kerajaan buat dengan isu rokok?

Gua sedikit gembira dengan cadangan pengasingan gerabak mengikut gender yang diambil pakai oleh KTM Komuter, walaupun perlaksanaannya belum menyeluruh ke semua pengangkutan awam. Jadi gua harap syarikat konsesi lain dapat mengambil iktibar dan menjadikannya sebagai contoh untuk diaplikasikan kepada pengangkutan awam masing-masing seperti LRT, Monorel, bas dan sebagainya.

Kemudian kisah 40 orang ulama yang menyertai UMNO. Diharap agar salah silap dalam UMNO dapat diperbetulkan melalui jalan dakwah untuk membawa UMNO kembali pulang ke pangkal jalan. Janganlah nanti tuan-tuan berputus asa jika pendapat-pendapat yang dibawa ditolak mentah oleh puak-puak UMNO yang gelap hatinya. Tetapi berazamlah untuk terus berdakwah walau apa pun ujian yang melanda. Janganlah lagi ada Parti PAS yang kedua. (Sila rujuk sejarah PAS) Semoga langkah ini menjadi platform kepada penyatuan seluruh umat di Malaysia atas nama Islam dan seterusnya menolak fahaman politik kepartian.

Dan memandangkan golongan ulama dah ada di dalam UMNO dan kebanyakan mereka atau mungkin tiada langsung dari kalangan mereka ini yang merokok, maka wajarlah disarankan cadangan gua ini. Seperti yang kita sedia maklum, rokok telah difatwakan haram. Kita semua boleh cari sendiri fatwa-fatwa yang dikeluarkan pasal gua malas nak cari. Oke! Dan juga dikuatkan lagi dengan penemuan saintifik baru-baru ini yang mengatakan ada sel darah babi pada rokok. Oleh itu, terang-teranglah rokok itu haram.

Makanya, kerajaan tidak perlu lagi memikirkan jalan terbaik untuk mencegah orang daripada merokok. Lupakan saja gambar-gambar janin mati, gangrene, paru-paru rosak dan semua gimik-gimik tersebut. Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan mengecop tanda 'NON-HALAL' ataupun 'HARAM' saja pada kotak rokok. Cukup mudah. Jadi umat Islam secara automatiknya akan menjauhi rokok sepertimana mereka jijik untuk mendekati kawasan pasar yang dilabel NON-HALAL. Dan mereka yang merokok akan dipandang serong oleh masyarakat kerana memegang dan menghisap benda haram sama juga seperti orang yang memegang dan menghisap gunung-ganang  sebelum dia bernikah. Kalau dia nak hisap pun, dia pasti akan membuatnya secara sembunyi-sembunyi. Oh menarik!

Jadi, sekarang gua nak menyeru kepada seluruh umat Malaysia yang ada kesedaran dan bencikan asap rokok supaya menyuarakan idea ini kepada pihak yang bertanggungjawab. Emelkan cadangan ini kepada kementerian-kementerian yang terbabit seperti:
P/S: Gua juga perokok suatu masa dahulu.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

4 comments:

airazulaikha said... [Reply]

pasal ktm tuh..sakit hati betul bila balik rumah naik ktm..huh
dalam gerabak khusus wanita bersepah kaum adam..
apalah nak jadi dgn mentaliti rakyat malaysian nih..

Bijen M. said... [Reply]

Aira,
Uik.
Penguatkuasaannya kuranglah?
Kalau dibiarkan, sistem ini hanya akan mampu bertahan untuk seketika saja.
Btw, pesan saja kepada mereka nanti masuk tandas awam, masuk tandas perempuan punya.

airazulaikha said... [Reply]

hahah..bagus gak idea tuh..ahaha
boleh pakai lah hencik bijan..heheh
xkan lah nak buat balai polis lak dalam gerabak tuh..haishh
xfaham betol lah..

Bijen M. said... [Reply]

Aira,
Ada lagi satu.
Korang pakat ramai-ramai tangkap gambar makhluk-makhluk tu.
InsyaAllah akan wujud perasaan segan dalam diri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...