29.6.10

Anak yang bagaimana sepatutnya diharapkan? (sambungan)

sambungan dari Bahagian 1.

Sekarang gua dah berada di tahun akhir semester akhir di UTP dengan major Kejuruteraan Perisian, Ijazah Teknologi Maklumat & Komunikasi. Oh oh! InsyaAllah gua tamat belajar di UTP hujung tahun ini mudah-mudahan. Kemudian gua nak kerja, kumpul duit, lalu mendirikan rumah tangga sambil menyanyi lagu 'Oh mama, saya mahu kahwin!'.

Jadi brada dan sista, lu rasa-rasalah kan, gua akan jadi jurutera perisiankah selepas keluar dari UTP nanti? Atau mungkin gua kerja jadi seorang eksekutif sumber manusia di sebuah syarikat carigali di KLCC? Atau mungkin gua akan membuka sebuah ladang penternakan? Atau gua mungkin akan jadi penganggur sepenuh masa? Atau lain-lain kemungkinan yang lu boleh namakan sendiri. Jadi lu rasa apa?

Tapi sebelum itu, cuba lu bayangkan. Selepas gua menerima skrol ijazah dalam majlis konvokesyen yang gilang-gemilang nanti, gua memandu pulang ke rumah dengan penuh impian dan harapan di dalam kepala. Kemudian ditakdirkan sebiji kereta Toyota Camry edisi lelong dari arah bertentangan hilang kawalan lalu melanggar kereta gua yang bukan Ferrari itu. Kereta gua yang bukan Ferrari itu hancur berkecai lalu gua terbunuh di tempat kejadian. Yang terselamat hanyalah skrol ijazah di kerusi sebelah gua. (Na'uzubillah) Apa lagi nilai yang tinggal daripada segulung ijazah yang gua usahakan itu? Lu tolong jawab sekejap.

Adakah ijazah itu boleh dimasukkan ke dalam kain kapan gua supaya gua dapat jawab dekat malaikat Mungkar Nangkir yang gua lulus dengan cemerlang, gemilang, terbilang dalam subjek IT? Tak boleh! Malaikat boleh reply selamber dekat gua "What the hell!" saja dengan tambahan "... you want to enter?", kalau gua tak bawa bekal yang sepatutnya. Atau adakah lu boleh ambil ijazah gua tu dan lelong-lelong di pasar malam? Oh oh! Sudah tidak ada nilai lagi ijazah yang gua usahakan itu. Tak ada nilai bila nyawa dah terpisah dengan badan.

Brada dan sista sekalian. Jangan kita tunggu tua baru nak ingat mati. Belum tentu kita akan mati waktu kita pencen. Tatkala umur kita sekarang ini pun, telah banyak anak-anak muda yang sudah mengadap Allah Azza Wajalla. Ada yang mati katak di atas jalan raya. Ada yang mati kena tembak dengan polis. Ada yang mati kena ragging dekat maktab. Ada yang mati tercekik tulang ikan sardin. Ada yang mati terkejut England kalah. Ada yang mati kena rogol dan macam-macam lagi kematian yang tak diduga. Dan sedarlah kita semua akan meninggalkan dunia dan menghadap Allah SWT dengan sebatang kara.

Jadi anak bagaimanakah yang sepatutnya diharapkan oleh ibu bapa? Anak yang bagaimanakah sepatutnya kita jadi? Anak yang bagaimana? Yang bagaimana? Bagaimana?

bersambung di bahagian akhir.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...