27.6.10

Anak yang bagaimana sepatutnya diharapkan?

Dulu masa sekolah rendah, cikgu tanya gua esok besar nak jadi apa? Mula-mula gua jawab nak jadi bomba pasal gua tengok ahli bomba sangat kool dengan jersinya itu walaupun sebenarnya mereka dalam keadaan hot. Lepas gua pindah sekolah lain, gua kena buat buku skrap. Gua taruk cita-cita gua nak jadi engineer pasal kakak gua suruh gua buat sedemikian. Gua pun tak tahu apakejadahnya engineer waktu tu. Kemudian gua pindah sekolah lagi. Cikgu tanya lagi gua nak jadi apa bila besar. Gua malas dah nak fikir lalu gua jawab nak jadi cikgu.

Bila masuk sekolah menengah, bakat berimaginasi gua makin terserlah. Lalu gua merancang untuk menjadi seorang jurutera berjaya. Oh baru gua tahu engineer itu adalah jurutera. Kecil-kecil dulu gua tak dapat imagine pun macam mana kerja seorang jurutera ni. Bila dah faham, gua pun berusahalah sebaik mungkin untuk mengejar cita-cita gua menjadi seorang jurutera mekanikal.

Dah habis SPM, gua pun applylah nak belajar jadi engineer. Satu hari gua dapat interview dari Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) untuk sambung bidang kejuruteraan mekanikal. Tapi waktu temuduga tersebut gua minta tukar bidang IT di bawah akta hasutan. Ceh! Sementara menunggu tawaran-tawaran belajar, gua pun bekerjalah dulu di stesen minyak Petronas Parit Buntar main tembak-tembak minyak dalam motor orang dan buat tugas-tugas khas mengelap cermin kereta pelanggan di masa lapang.

Time gua tengah khusyuk bekerja, mak gua datang kat gua naik motor. Gua dah siap sedia dengan laras pam nak tembak minyak dalam tangki. Tiba-tiba mak gua kona motor menjauhi gua. Cissdale! Mak gua bilang gua dapat offer JPA sambung belajar dekat Jepun bidang kejuruteraan mekanikal. Wahh! Impian gua kot. Gua kata kat mak gua, "Lek lu, pam minyak dulu kasi full tank!".

Beberapa hari kemudian gua terima tawaran sambung IT dekat UTP. Fuhh! Dilema betul gua. Nak pergi Jepun atau nak pergi UTP. Apa yang gua impi-impi dulu dah ada depan mata. Mak bapak gua suruh gua buat keputusan sendiri, fikir baik-baik. Gua fikir-fikir balik akhirnya gua pilih UTP sambung bidang IT. Gua ulang, bidang IT. Oke! Banyak faktor yang gua ambil kira untuk buat keputusan termasuklah soal tanggungjawab, sekian, sekian dan sekian.  Oh! Faktor nak kahwin cepat juga menyumbang ke arah pemilihan untuk belajar di dalam negeri. Gua ulang, faktor nak kahwin cepat.

Akhirnya gua pun sambunglah belajar dekat UTP. Gua tak bajet pun nak dapat sini pasal gua bukan cerdik pun. Alhamdulillah. Jadi bersambunglah siri hidup gua di samping orang-orang cerdik di sekeliling gua setelah sejak sekolah menengah gua duduk dengan orang cerdik di MRSM. Ternyata kerdil sungguh gua jika nak dibandingkan dengan makhluk-makhluk di sekeliling gua. Maksudnya, sejak sekolah menengahlah gua tak dapat jadi antara calon-calon top student. Ha ha ha hampeh!

Sekarang lu orang nampak tak perubahan cita-cita dan pekerjaan yang gua alami dari kecil sampailah sekarang. Gua rasa lu orang pun sama. Susahlah nak cari orang yang sekarang ini sedang menjawat jawatan yang dia cita-citakan sejak dari darjah satu. Dengan kata lain, kita tak mampu meramal dan mengatur masa depan sebenarnya. Jadi apa yang harus diharapkan dalam kehidupan kita ini? Apa yang kita usahakan? Pekerjaan dan kemewahan?


bersambung di bahagian 2.

1Umat; Akidah Didahulukan, Syariat Dimartabatkan.
Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...