31.5.10

Siri Taklim: We're struggling for the SHIT!

Oke brada dan sista yang dihormati. Sesungguhnya tatkala ini kita hanya struggling for the shit only. Kenapa der kenapa? Cuba kita tengok balik hidup kita sehari-hari dari kecil sampailah ke besar. Impian dan cita-cita kita adalah nak belajar pandai-pandai lepas tu nak masuk universiti. Sebab apa nak masuk universiti? Pasal nak cari ijazah. Bila dah ada ijazah, senang nak apply kerja besar-besar. Gaji pun besar. Kereta, rumah, bini, perut dan segalanya besar. Hidup mewah makan pun sedap. Dan akhirnya bila masuk jamban, semua tu jadi tahi bila kita berak. Begitulah proses diulang hari demi hari. Kerja siang malam, cari duit, makan dan berak, jadi tahi. Diulang lagi sampai mati. Kerja siang malam, cari duit, makan dan berak, jadi tahi. Ini yang dikatakan hidup kita hanya struggling for the shit! Kerja siang malam, cari duit, makan dan berak, jadi tahi.

Sesungguhnya kita banyak berusaha untuk apa yang kita hendak tinggalkan dan kurang berusaha untuk apa yang kita nak bawa selamanya. Apa itu? Struggle untuk perkara dunia dan buat sambil lewa untuk perkara akhirat. Der! Dunia ni sementara. Jangan tertipu der. Lu masuk kubur tak ada apa lu boleh bawa even tahi sekalipun sebab perut lu akan ditekan-tekan waktu mandi jenazah. 3 benda saja yang boleh jamin kebahagiaan lu di sana iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh.

Der! Duit banyak, jangan convert jadi tahi. Sedekah dan infaklah di jalan Allah SWT. Zakat jangan lupa bayar. Kalau dah tahu mengaji Quran, tahu kebaikan sunnah, tahu ilmu akhirat, jangan simpan dalam perut buat tahi. Amalkan dan ajar orang lain yang tak tahu. Bila orang lain dah tahu, dia ajar orang lain pula. Bila orang lain lain dah tahu, dia ajar orang lain lain pula. Begitulah seterusnya. Tak ke tinggi saham lu? Bab MLM tahu melabur tapi MLM akhirat tak nak main pula. Hampeh! Bab terakhir tu, faham-fahamlah sendiri. Kalau rasa dah ready, cepat-cepatlah kahwin. Jangan simpan duit dan awek jadi tahi. Buatlah anak. Didik bagi jadi anak soleh dan solehah. Ajar mereka doakan kesejahteraan kita. Woah! Untung badan duduk dalam kubur. Sekian.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...