23.5.10

Siri Taklim: Kepentingan sunnah Rasulullah SAW.

Di saat sakaratul maut, akan datang berbagai ujian dari syaitan untuk menyesatkan umat Islam yang antaranya dengan menyerupai ahli keluarga terdekat dan memberi segelas air untuk diminum oleh mereka yang saat itu memang berada dalam kehausan. Jika diambil gelas tersebut lalu meminumnya, sesungguhnya dia telah berada di bawah kekuasaan syaitan dan sia-sialah segala amalannya.

Dan golongan mana yang terselamat? Dia ialah golongan yang mengamalkan sunnah Nabi SAW. Yang mana ketika hidupnya, dia tidak memberi dan menerima sesuatu barang dengan tangan kiri. Syaitan saat sakaratul maut tersebut akan memberi gelas tersebut dengan tangan kiri dan akan hilang apabila ditegur "Berilah aku gelas tersebut dengan tangan kanan". Jika di dunia dia malu untuk menegur orang yang memberi barang kepadanya dengan tangan kiri, maka saat nazak kelak dia juga akan jadi malu untuk menegur lalu tertewaslah dia dengan tipu daya syaitan.

Dan apabila ditanya bagaimana untuk mengamalkan ayat-ayat Al-Quran di dalam kehidupan? Maka jawapannya lihatlah Rasulullah SAW dan contohi baginda. Kerana pada waktu tersebut, Al-Quran belum  lagi dibukukan dan ianya telah diabadikan di dalam setiap tindak tanduk kehidupan Nabi SAW. Itulah yang dikatakan sunnah.

2 comments:

safwanz said... [Reply]

intisari bayan semalam ni

Bijen M. said... [Reply]

Safwan,
Terkesan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...