30.5.10

Siapa tak nak berjaya? Marilah menuju kejayaan.

Oke brada dan sista. Hari ini gua nak cerita satu kisah epik. Peristiwa bermula pada suatu malam bila gua macam biasa tengah seronok layan saluran TV kerajaan, tiba-tiba jam dah nak dekat waktu Isyak. Gua pun capai kayu sugi yang stailo-mailo lalu mula menenyeh gigi secara spontan. Kemudian gua pergi ambil wudhuk, tunggu azan habis dan get ready nak sembahyang sunat pasal sembahyang sunat ni afdalnya di rumah. Yang sembahyang fardhu tempatnya di tempat azan dilaungkan secara berjemaah. Sebelum gua mula bersolat sunat, gua pun ternampak adik lelaki gua yang comel-lote tengah layan saluran TV kerajaan tu lagi. Haish! Gua pun cuba mengajak beliau bersiap-siap untuk solat. Namun ajakan gua ditepis selamba oleh beliau yang saat itu sudah pun hilang sedikit kecomelan dengan kata-kata.

"Lek lu sap kok lu." adik gua yang comel-lote tu bersuara.

"Cilaka! Tak apa. Sat lagi dia geraklah kot." getus hati gua cuba berhusnuzon.

Gua pun terus memulakan solat sunat. Bila dah habis salam, gua tengok dia buat dek lagi. Punggung sesentimeter pun tak bergerak. Hampeh! Gua pun dengan kesabaran cuba mengajak lagi. Kali ni niat murni gua dibalas panjang.

"Awal lagi ni der. Waktu Isyak panjang kot. Biarlah gua layan saluran TV kerajaan ni tayang pusat dengan lutut sekejap." adik gua yang comel-lote memberi pendapat.

Oh! Negatif juga. Kali ni gua cuba berjimbet dalam hati. Gua tarik nafas dalam-dalam untuk try merilekskan diri sambil menyusun strategi ajakan seterusnya. Bila gua apply strategi terkini, sekali lagi gua hampa apabila menerima maklum balas yang sama.

"Ya ya. Pergilah dulu. Sat lagi gua follow." adik gua yang comel-lote memberi kata penamat.

Okelah. Semoga usaha gua tadi menjadi asbab untuk gua terlepas dari disoal kelak pasal tanggung jawab. Kalau gua tak buat langsung, sia-sia saja ibadat gua nanti. Sebab tu gua suka jadi bilal laung azan. Sekali laung saja sudah setel tanggung jawab untuk satu komuniti. Oh oh! Ya Allah, terimalah ibadat kami. Jika Kau tak terima, siapa lagi yang nak terima kerana semua ibadat kami hanyalah untukMu, bukan untuk orang lain.

Sebelum gua sambung apa yang terjadi seterusnya dengan kisah tadi, gua nak cerita sikit pasal bab melengahkan solat. Ada satu hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas RA yang katanya Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesiapa yang mengumpul dua solat tanpa sebarang keuzuran, sesungguhnya dia telah tiba ke salah satu pintu dosa besar." (HR Imam Hakim)

Ali RA pula berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jangan melambat-lambatkan dalam tiga perkara. Pertama, solat apabila telah masuk waktunya. Kedua, pengebumian mayat apabila jenazah sudah disiapkan. Ketiga, mengahwinkan seorang wanita apabila jodoh yang sesuai sudah didapati." Gua baca pasal ni langsung gua tarik senyum nipis dan menyanyi lagu 'Oh mama! Saya mahu kahwin.' Oh oh!

Ada lagi satu hadith Qudsi yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah, yang Rasulullah SAW bersabda, "Allah berfirman: Aku telah memfardukan ke atas umatmu solat lima waktu. Aku sungguh-sungguh telah berjanji dengan diriKu bahawa sesiapa yang menjaga solat tepat pada waktu maka Aku bertanggungjawab untuk memasukkannya ke dalam syurga. Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak menjaga solat, Aku langsung tidak bertanggungjawab ke atasnya." (HR Abu Daud & Ibnu Majah)

Tak cukup? Gua tambah lagi. Abdullah bin Abbas berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solat berjemaah tanpa sesuatu sebab yang menghalangnya iaitu keuzuran daripada menyertai solat berjemaah maka solat yang dikerjakan (tanpa berjemaah) tidak akan diterima." Para sahabat bertanya, "Apakah keuzuran itu?" Jawab Rasulullah, "Takut atau sakit." (HR Abu Daud & Ibnu Hibban).

Zaman ini, ramai orang berkata, "Alhamdulillah, sembahyang gua terjaga." Tapi, bila datang ujian kecil seperti waktu dalam perjalanan, mengurus kedai, bekerja, main game BOTA dan lain-lain maka solat dilalaikan. Setelah selesai, barulah hendak diqadha solat tadi. Sesungguhnya berdosa besar bagi mereka yang tidak mengerjakan solat pada waktunya tanpa sebarang keuzuran seperti sakit dan seumpamanya. Nauzubillah.

Memanglah dosa menangguhkan solat tidak sebesar meninggalkan solat, tetapi dosa tersebut dikatakan amat berat dan masih belum cukup dengan hanya qadha solat kecuali dengan bertaubat. Aiseymen! Jadi tak bolehlah gua nak delay-delay ni? Mari kita tengok kisah berikutnya.

Ada satu kisah waktu zaman Nabi yang mana ada seorang sahabat Nabi SAW yang gua terlupa namanya sedang membina rumah (kalau tahu tolong ingatkan). Dia tinggal satu lagi bata nak letak untuk siapkan binaan tersebut dan kemudian azan berkumandang. Terus dia meletakkan semula bata tersebut ke tempat asal lalu menyiapkan diri untuk bersolat. Orang tanya kenapa tak habiskan saja? Tinggal satu bata saja lagi kot. Dia menjawab yang dia tak nak disoal kelak hanya disebabkan satu bata. Macam itulah ceritanya lebih kurang. Dari situ kita dapat lihat sesungguhnya solat di awal waktu menunjukkan kecenderungan lu untuk melebihkan akhirat daripada dunia dan membuatkan Allah Taala suka. Hoi! Lu kata nak seimbang dunia akhirat. Kalau dah sepanjang masa berdunia, sampai orang azan pun lu buat dek lagi, tu lu dah lebihkan dunia. Ceh sungguh!

Kesimpulannya di sini, lu tanya diri balik. Mana lu lebihkan? Dunia atau akhirat? Lu kata nak cari redha Allah SWT tapi bila Allah SWT suruh, lu boleh buat rileks. Ceh! Oke sambung balik cerita awal-awal tadi. Lepas gua balik dari surau, gua pun cari adik gua yang comel-lote tu nak tengok dah solat ke belum. Bila sampai saja, gua terkejut tengok adik gua yang comel-lote tadi telah mati dengan mata terbeliak. Gua syak dia terkejut waktu layan saluran TV kerajaan yang tengah tayang awek yang nampak pusat dengan lutut, tiba-tiba awek tersebut bertukar menjadi seekor alien yang hodoh. Cilaka! Terus gua mengalihkan saluran TV kerajaan tersebut ke saluran TV yang separa kerajaan. Tiba-tiba Berita Utama melaporkan Pasukan Rakyat telah tumpas dalam perebutan pertandingan kerusi muzikal dalam satu sukaneka. Oh! Gua langsung mati terkejut di tempat kejadian.

Ha ha ha! Apa pasal? Tak logik ke cerita tadi. Cis! Kalau lu fikir-fikir balik, ada logik tak pahala, dosa, syurga, neraka padahal lu tak pernah nampak pun. Itulah yang nak menguji keimanan kita sama ada kita percaya atau tak. Dan dengan kuasa Allah SWT jugalah dia berupaya menghidup dan mematikan kita pada bila-bila masa. Dia yang menetapkan soal jodoh, ajal, rezeki dan lain-lain. Lu jangan fikir sekarang lu sihat dan muda, lu tak boleh mati. Oh oh! Insaf sebentar. Jadi sekarang, lu rasa nak sembahyang sebelum lu disembahyangkan atau lu nak disembahyangkan sebelum sempat lu sembahyang? Lu fikirlah sendiri.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

4 comments:

Half said... [Reply]

yaa ini yg aku nantikan.. terima kasih bijan.. nnti aku akan link kan post ni dlm blog aku..

act. aku nk buat post pasal timing, dan aku percaya, jika kita pandai jaga time solat, maka, time kita yg lain terjaga..

p/s: aku pun tersenyum sinis bila bace yg 3 perkara tu.. kui3..

Bijen M. said... [Reply]

Half,
Sama-sama.
Semoga beroleh manfaat.
Haa.
Buatlah.
Kita kongsi sama-sama.

Ha ha ha!
Jangan berlengah lagi.

Nur Diana said... [Reply]

Terima kasih... ayat ganaz..tapi dalam hati ada taman.. :) jangan terasa... sangat bermanfaat. Alhamdulillah.. senang-senang jemput singgah ke kindhearty.blogspot.com

Bijen M. said... [Reply]

@Nur Diana
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...