24.5.10

Menghargai pasangan ketika masih ada.

Kadang-kadang keindahan nikmat yang ada di depan mata kita tak nampak. Sehinggalah kita kehilangannya, barulah kita sedar lalu mula menitiskan tangisan kesal dan kecewa. Begitu juga apabila Allah SWT menghadiahkah taufik dan hidayah untuk hamba yang disayangiNya. Kita tidak sedar atau pura-pura tidak sedar dan mengabaikannya. Saat hidayah itu ditarik balik, betapa ruginya kita kerana tidak mahu memanfaatkan hadiah itu sebaik mungkin. Oh betapa ruginya.

2 comments:

Siti Fadzielah said... [Reply]

salam. terima kasih atas peringatan itu. dan untuk memulakan langkah baru amat sukar bukan? hurm..
kata sahabat sy 'nak berubah itu mudah. tapi nk istiqamah itu susah. sama juga berhijrah..zaman nabi nak berhijrah dulu pun bukannya senang. apatah lagi kita. betul2 perlukan pengorbananan dan sentiasa mohon kekuatan dariNya.'

Bijen M. said... [Reply]

Ila,
Kata Allah pula, Dia lebih sukakan perubahan yang sedikit tetapi disulami istiqamah berbanding perubahan yang besar.
Dalam kehidupan seharian, kita akan sentiasa beroleh taufik atau kesedaran.
Bergantung kepada kita sama ada untuk berusaha atas kesedaran tersebut atau tidak.
Kalau tak diusahakan, ia akan berlalu begitu sahaja.
Itulah nikmat yang kita sudah terlepas.
Mungkin kita tidak sedar saat ini.
Tapi bila sudah tua, baru kita hendak menyesal.
Jadi mulakan dengan langkah yang kecil.
Asalkan berganjak sudah cukup.
Insya'Allah dipermudahkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...