31.5.10

Gua bangun dari tidur terus tersentak dengan khabar ini.

Waktu ini konvoi kapal misi kemanusiaan ke Gaza yang turut disertai sahabat dari Malaysia dan Indonesia sedang diserang askar Yahudi ketika cuba untuk masuk ke Gaza. Mereka tidak punya apa-apa senjata kecuali tangan dan mulut untuk berdoa. Askar Yahudi pula terus-terusan menembak dan membedil sehingga sudah berpuluh yang terkorban syahid.

Jadi apa lagi peranan kita di sini? Jika dulu kita sambil lewa kerana bukan saudara rapat kita yang terbunuh. Sekarang sahabat kita dari Malaysia sendiri sedang diancam. Berdoalah untuk mereka. Doakan keselamatan mereka. Doakan kejayaan mereka. Doakan kegagalan Yahudi. Ya Allah, kepadaMu kami berharap, kerana kami ini tiada kekuatan kecuali itu.

Segala maklumat terkini tentang mereka boleh dirasai di Twitter Sahabat Al-Aqsha dan Lifeline 4 Gaza.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

1 comments:

myra arshad (: said... [Reply]

tq for the info.
lets pray for them ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...