28.5.10

Fenomena hukum antara 2 alam.

Pada suatu malam di atas katil dalam jam 3.30 pagi. Terlihat sepasang tubuh yang dalam kepenatan setelah berhempas pulas berlaga membuat anak.

Sang suami membisik, "Ayang! Abang nak kahwin lagi satu boleh?"
Si isteri yang dalam kepuasan tadi terus hilang mood. Seraya berkata, "Tak puas lagi ke bang oi? Saya tak izinkan. Huh!"
Suami yang tidak mengenal erti putus asa itu lantas membalas, "Tak apalah kalau ayang tak izinkan. Abang pergi kahwin senyap-senyap saja."
"Pergilah. Nanti kena tangkap masuk penjara, kena denda, ayang tak nak tanggung. Abang settle sendiri. Jadi macam Datuk Bung Moktar dengan Zizi Ezette dan Rita dengan Aidil Zaquan tu.", kata si isteri cuba mengancam.
"Kalau macam tu, abang pergi main judilah waktu Piala Dunia nanti. Kali ni mesti bolehkan? Zzz.", kata suami tadi dengan nada kecewa.

Suasana malam tadi kembali sunyi dari suara manusia. Kadangkala kedengaran suara cengkerik, katak, anjing dan lain-lain binatang bertasbih memanjatkan syukur kepada Maha Pencipta di alam yang satu lagi.

comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...