19.5.10

Dulu dan sekarang.

Dulu waktu zaman sekolah dekat asrama, budak-budak laki yang tak pergi sembahyang berjemaah di surau dikatakan nakal manakala budak-budak laki yang ke surau dikatakan normal. Tapi sekarang  bila dah besar, orang lelaki yang tak berjemaah di surau dipandang normal manakala lelaki yang ke surau dikatakan baik. Gua rasa tak timbul isu baik atau tidak pasal memang orang lelaki kena berjemaah. Oh! Kalaulah pandangan masyarakat terhadap orang yang tak pergi solat Jumaat dapat diaplikasikan kepada orang tak bersolat Fardhu berjemaah, mesti penuh masjid dan surau setiap masa.

comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...