12.5.10

Ada orang minta gua komen pasal lesen Judi Piala Dunia yang diluluskan kerajaan.

Lepas habis gua study subjek International Business untuk peperiksan, gua lantas mula mengomen pernyataan di atas dimulai dengan nama Allah, semoga kita semua dilindungi daripada hasutan dan tipu daya syaitan yang direjam.

Kita sedia maklum syarikat Berjaya Corp. milik Vincent Tan telah berjaya dikurniakan oleh kerajaan 1Malaysia akan lesen tunggal perjudian bagi Piala Dunia 2010. Seperti yang tercatat di atas kertas, aktiviti perjudian ini akan diusahakan oleh rangkaian Sports Toto, iaitu cabang syarikat Berjaya yang juga pemilik kepada Berjaya Times Square yang sering rakyat 1Malaysia kunjungi.

Kita juga sedia maklum terdapat 3 ayat dalam Al-Quran yang terang-terang (2 lagi kurang terang) menegah perjudian iaitu (2:219), (5:90) dan (5:91) bagi umat Islam yang beriman kepada Al-Quran (maaf kalau ada lagi ayat gua tertinggal). Makanya, tak perlulah kerajaan 1Malaysia risaukan akan perjudian haram yang akan berlaku jika tidak dilaksanakan pemberian lesen kerana perbuatan judi tersebut sudah ternyata haram. Dengan pemberian lesen perjudian tersebut, ianya dilihat sebagai menggalakkan perjudian tetapi  kita tidak sedar dalam masa yang sama ia mengehadkan perniagaan judi berlesen dan mengurangkan perjudian tidak berlesen yang jumlahnya lebih banyak. Keputusan ini juga telah menggalakkan serangan emosi ke atas kerajaan 1Malaysia.

Persoalan akarnya di sini, bagaimanakah sektor perjudian semakin menjadi perkara biasa dalam sebuah negara Malaysia yang Islam ini kononnya? Jawapannya adalah kerana semakin banyak kedai judi yang diberikan lesen. Dan harus diingat, lesen ini juga banyak diluluskan oleh seorang brader sewaktu menjawat jawatan Menteri Kewangan melalui Magnum Corp. dahulu. Jadi lebih kurang sajalah.

Gua risau lama-kelamaan penyakit judi ini akan menjadi barah yang payah diubat. Jadi sebelum sel-sel ini menjadi barah, kita yang diumpamakan sebagai salah satu sel ini harus menyelamatkan diri dan juga sel-sel lain dari dijangkiti barah tersebut. Itulah peranan kita yang sebenarnya di muka bumi ini. Mengajak sel lain ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Inilah bahananya apabila kita tersalah pilih pemimpin. Kenapa diwujudkan kerajaan campuran atau kerajaan pakatan? Sepatutnya apa yang perlu diwujudkan adalah kerajaan Islam. Inilah yang terjadi bila orang beriman tak pegang ayat (3:28), misalnya. Sehingga ada yang sanggup bersekongkol dalam isu kalimah Allah malah bersolat hajat lagi mendoakan kemenangan mereka.

Jadi kesimpulannya, seluruh umat yang mengaku Islam dekat Malaysia haruslah menjadi sel yang baik yang mengajak sel-sel lain ke arah kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Buang ego masing-masing dan bersatulah atas nama Islam, bukan atas dasar kepartian. Ingatlah, zaman sekarang bala diturunkan ke seluruh umat untuk dikongsi-kongsi dan saling ingat-mengingati. Jadi buang ego dan jangan pentingkan diri sendiri. Ini peringatan untuk diri-sendiri dan untuk dikongsi bersama. Sekian.

Islam Agamaku. Malaysia Negaraku. I Love U. 

3 comments:

Comel said... [Reply]

Jom jadi baik.. XD

cute said... [Reply]

tu la die..
zaman skrg ni ramai yang dah salah paham n salah gune dgn mksd halal/haram yang sebenar(dlm islam)...

-kelab malam pon ade yang halal dan ade yang haram.kalau dapat lesen,maka halal la kononnye..kalau tak dapat lesen, haram..tak pelik ke??bukan ke semuanye pon haram..

-warna rambut pon same..kononye kalau ade cop halal kat kotak pewarna tu, maka ia halal..org2 kite pulak, dgo je ckp nyonya yang jual tu,"ni brand halal maa, ade logo halal"..pelik bin ajaib aje mende alah ni sume..ish2..

smoga kite sume tak salah paham erti halal/haram yang sebenar2nye disisi Islam..amin..

Bijen M. said... [Reply]

Comel:
Ha ha Pisyek.
Jom!

Cute:
Lesen halal haram adalah untuk orang bukan Islam.
Bagi Islam, tetap haram.
Terima kasih kerana berkongsi.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...