5.5.10

Ada orang bicara dengan gua pasal APCO, 1Israel, 1Malaysia & 1Indonesia.

Lalu gua menjawab secara peribadinya, APCO adalah syarikat pelobi berpangkalan di Amerika yang memasarkan khidmatnya ke serata dunia. Ini boleh jadi Israel, Malaysia, Indonesia atau mana-mana saja.

Pelobi tugasnya melobi seseorang atau organisasi atau apa saja yang difikirkan sesuai dan mampu membawa keuntungan kepada pelobi dan yang dilobi. Kadang-kadang kita juga dilobi dan suka dilobi atau dalam bahasa pasarnya, direkomenkan atau bahasa sopannya pula, dipuji kepada pihak atasan.

Buat masa ini, kerajaan Malaysia dan juga APCO masing-masing menafikan dakwaan pelbagai pihak yang kononnya mereka berurus niaga. Malaysia kononnya dikatakan telah meniru Israel mengenai konsep gagasan 1Malaysia. Perkara ini telah dicanang hebat oleh Anu War (bukan nama sebenar) walhal dia juga dikatakan bersekongkol rapat dengan puak Yahudi. Oh oh! Lalu gua mengeluh.

Bila gua fikir-fikir balik, kita pun sama saja. Kehidupan seharian kita sendiri tidak lari daripada minuman Coke dan rokok-rokok yang memang terang-terang menyalurkan keuntungannya kepada pihak Amerika dan Israel untuk dicagarkan dengan nyawa umat Islam di seluruh dunia. Sekurang-kurangnya hubungan Malaysia dengan APCO masih belum jelas. Tetapi bagaimana pula dengan kita yang terang-terang menderma untuk membunuh? Jadi ingatlah, satu jari yang menuding mempunyai 4 jari yang menuding kembali ke arah kita. Kitalah sebenarnya sel-sel yang membuatkan tubuh badan mendapat barah.

Islam Agamaku. Malaysia Negaraku. I Love U.

6 comments:

pseudotherathosa apophysis said... [Reply]

Bijen M.:


Aku sudah langkau usia pengundi layak di Malaysia. Kelak aku dipertanggungjawabkan untuk memangkah mana-mana 1 parti yang akan memacu tanahair yang aku sanjung ini.

Jelasnya, politik bukan bidang aku. Cuma sesekali aku pasangkan telinga mendengar berita yang aku tak tahu benar-batilnya.

Oke. Jika aku berkenan pada Parti Bien ini untuk kemaslahatan pembangunan masyarakat, adakah aku perlu memilih parti Bien yang pemimpinnya bukan dari agamaku sendiri. Walhal pemimpin parti lawan, Parti Pikear adalah dari golonganku tapi tidak menjanjikan keberuntungan masyarakat seluruhnya.

Tadi aku terbaca [5:53], lantas teringat post yang kau tulis ni.

Bolehkan berkongsi pandangan? Oh, aku masih belum daftar sebagai pengundi. Rasa sangat berat menanggung-jawat pengundi. Tapi, lagi berat tanggungnya jika tak melaksana apa yang perlu =)

Bijen M. said... [Reply]

Tort:
Pertama sekali penulisan yang ditulis bukanlah untuk tujuan politik.
Cuma satu siri refleksi kendiri.
Untuk muhasabah diri.

Tetapi memandangkan lu dah bertanya, insya'Allah gua cuba jawab baik-baik.

Kita lihat firman Allah SWT:
"Janganlah orang-orang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin, melainkan orang-orang beriman. Barang siapa berbuat demikian, nescaya dia tidak akan memperoleh apapun dari Allah, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah memperingatkan akan diriNya (menyeksa kamu), dan hanya kepada Allah tempat kembali." (3:28)

Jadi, lu definisikan sendiri maksud beriman tersebut.
Jika pemimpin tersebut tak beriman, maka samalah mereka berdua.

Tetapi jika dia cukup beriman, maka pilihlah dia.
Kerana yang memberi kemaslahatan adalah Allah SWT, bukan makhluk.

Yakinlah dengan hanya kuasa Allah SWT.
Siapa yang sangka Zulkifli Nordin pun akan keluar parti.

Pisyek said... [Reply]

Aku tak hisap rokok, hang la kuat isap...

hahahaha... XD

Bijen M. said... [Reply]

Pisyek:
Gua dah berhenti.
Yes yes.

Syahid said... [Reply]

Islam Agamaku. Malaysia Negaraku. I Love U.
Teringat rancangan Pilihan Da'i Cilik

Bijen M. said... [Reply]

Syahid:
Ahahah.
Tepat sekali!
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...