19.5.10

Ada kawan tanya gua teknik bangun Subuh.

Lalu gua cuba menjawab dengan sebaik mungkin. Sejujurnya gua ada masalah juga bangun Subuh. Selalu juga gua hentak-hentak kepala secara tipu di dinding pasal gua terlepas Subuh. Namun selepas gua melakukan kajian mantap, alhamdulillah gua dapat kontrol tidur gua dengan baik walaupun kadang-kadang terbabas juga.

Pendek cerita, di sini gua nak kongsi sikit teknik dan adab tidur supaya kita dapat kontrol tidur, bukan tidur yang kontrol kita. Selain itu dapat juga menjadikan tidur kita sebagai satu bentuk ibadah, bukan tidur yang sia-sia. Di sini, umumnya tidur dipecahkan kepada tiga bab utama iaitu sebelum tidur, semasa tidur dan selepas tidur.

Sebelum Tidur
  • Pastikan lu dah setting baik waktu tidur lu. Contohnya 11 malam - 4 pagi atau 12 malam - 5 pagi. Jangan sesekali tidur selepas pukul 12 malam. Dekat topik akhir nanti gua jelaskan kenapa.
  • Pastikan berwudhuk sebelum tidur agar tidur dalam keadaan suci dari hadas dan bertambah-tambah pahala ibadah. Alang-alang dah berwudhuk, solatlah dulu Witir 3 rakaat. Tak lama pun.
  • Boleh juga bercelak sebelum tidur. Ini sunnah Nabi SAW. Bertambah lagi pahala ibadah insya'Allah.
  • Biasakan muhasabah diri apa yang dilakukan sepanjang hari dan maafkan kesalahan orang lain dulu.
  • Berzikir amalan. Lu boleh reka set zikir kegemaran lu sendiri mengikut yang dianjurkan.
  • Berazam perkara baik seperti esok pukul berapa nak bangun dan nak bersolat Tahajud. Bila lu dah niat macam tu, kalau lu terlajak tidur pun lu dah dapat pahala Tahajud. Jadi niat sajalah. Tak payah pun.
  • Kalau perlu, kuncilah jam supaya bangun tepat masanya.

Semasa Tidur
  • Sentiasa tidur atas rusuk kanan. Maksudnya mengiring ke kanan macam mayat di dalam kubur. Selain mengingatkan kematian, ini sangat penting untuk buat lu senang terjaga. Kalau lu dah terjaga nanti, pastikan sentiasa berada atas rusuk kanan. Takut-takut lu tertidur balik, nanti mudah untuk terjaga balik.
  • Mulakan tidur dengan kalimah Lailahailallah sampailah tertidur dengan enaknya.
  • Kadang-kadang lu akan terjaga secara automatik antara pukul 2 - 4 pagi atau sebelum waktu yang lu bajetlah senang cerita. Anggaplah Allah SWT bagi taufik. Terpulanglah kalau lu nak grab peluang tu atau tak. Sebaiknya grablah pasal bukan senang Allah SWT nak bagi chance. Kalau lepas tu Dia dah tak bagi, lu jangan menyesal menangis air mata peluh. 
  • Bila dah sampai waktu bangun, terus duduk sambil ingat azam-azam malam tadi.  Ini supaya lu ada tujuan untuk bangun. Kalau tak, nanti lu ingat tak ada apa-apa lalu meneruskan peniduran. Kalau lu meneruskan peniduran, waktu tu mulalah datang mimpi-mimpi indah sampai lu terus hanyut dibuai mimpi. Ini serius. Kalau lu kuat, lu ada peluang untuk bangun balik. Kalau tak, hanyut.

Selepas Tidur
  • Bila dah bangun, tengok jam pukul berapa. Kalau masih belum Subuh tu baguslah. Ucaplah alhamdulillah tanda syukur. Kalau terlepas Subuh, beristighfarlah. Bersedihlah sebab tak dapat solat Subuh di awal waktu walaupun waktu tu lu bangun baru pukul 6.45 pagi.
  • Ucap syukur pasal dihidupkan kembali dan masih ada peluang untuk berbuat kebaikan.
  • Terus cari air kosong dan telan bersama-sama air liur basi tu. Ini sunnah. Baik untuk pencernaan dan penghadaman.
  • Kemudian barulah pergi membersihkan diri dan laksanakan azam yang lu dah buat semalam.

Tips & Penjelasan:
  • Menurut kata-kata kawan gua, kualiti tidur 1 jam waktu antara pukul 10 malam - 12 malam adalah bersamaan 4 jam. 12 malam - 2 pagi pula adalah bersamaan 2 jam tidur. Kemudian dari 2 pagi seterusnya adalah bersamaan 1 jam. Lu faham tak? Maksudnya kalau lu tidur dari pukul 10 malam sampai 12 malam, bersamaan lu dah mempunyai kualiti tidur 8 jam walaupun lu tidur hanya 2 jam. Begitulah seterusnya. Kalau tak faham, sila tanya. Pasal  benda ni, wallahu'alam.
  • Hanya tidur pada waktu yang ditetapkan sahaja. Jangan lebih-lebih. Ini soal disiplin. Kalau lu tak jaga perkara ni, insya'Allah lu tak akan dapat istiqamah. Kurang tak mengapa. Nabi SAW pun kurangkan waktu istirehatnya dan membanyakkan ibadat. Jangan sia-siakan masa lu yang sedikit dan berharga ini.
  • Amalkan qailulah di siang hari. Ini juga sunnah juga. Qailulah maksudnya tidur sekejap lebih kurang 30 minit sebelum Zohor untuk cas tenaga. Insya'Allah hari kita akan jadi lebih bertenaga dan mudah bangun Tahajud di malam hari. Boleh mula tidur pukul 12.30 tengah hari hingga 1 petang. Dah bangun boleh terus bersiap untuk Zohor. Awal waktu lagi. Masya'Allah.
  • Bila dah terjaga tu kadang-kadang mesti rasa mengantuk lagi. Jangan layan perasaan tersebut dengan berkata, "Ish. Tak cukup 5 jam lagi aku tidur ni pasal semalam aku tidur lewat. Belum hilang penat lagi." Walaupun anda tertidur lewat malam tadi, anda tetap kena bangun pada waktu yang ditetapkan. Hilang penat atau cukup segar tu semua Allah SWT yang bagi. Bukannya dari tidur. Tidur tu hanya usaha kita. Jadi yakinlah dengan kuasa Allah SWT. Dia boleh hilangkan penat walaupun tidur tak sampai 30 minit kalau Dia nak.
  • Kalau lu sanggup lu boleh tidur atas papan beralas, tilam nipis atau karpet beralas saja. Ini untuk memudahkan lu bangun Subuh. Tak perlu selesa sangat hidup di dunia ni. Dunia hanya sementara. Ganjaran nikmat syurga menanti di sana.
  • Kalau mengizinkan, lu tidur mengiring menghadap kiblat macam keadaan mayat dalam kubur ataupun tujukan kepala ke arah kiblat dan kaki membelakangi kiblat. Ini satu lagi sunnah. Faham tak? Kalau tak faham, sila tanya.
  • Sentiasa bermujahadah dan ikhlas!
Jadi inilah serba sedikit teknik bangun Subuh yang gua tahu untuk dikongsi. Teknik dan adab tidur ini yang diajar Nabi SAW dan para sahabat (baca: lebih kurang). Jangan jadikan tidur anda sia-sia sedangkan anda boleh beribadah dengannya dengan mengikut sunnah. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya dan berkongsilah bersama teman-teman sepermainan di katil. Selamat mencuba!

Sesungguhnya Islam bukanlah sekadar agama tapi merupakan cara hidup yang unggul lagi jitu. Sunnah Nabi SAW adalah amalan terbaik sepanjang zaman yang menjamin 100% kecemerlangan  dan kejayaan dunia dan akhirat. Kalau ada pembetulan atau ingin menambah tips lain, boleh cerita lanjut sambil pekena secawan kopi dalam ruang komen. Sekian.

Islam Agamaku. Malaysia Negaraku. I Love U. 

    6 comments:

    Lyn Sery said... [Reply]

    bagus tips2 kau ni :)
    semuanya aku paham
    takde soalan.

    Bijen M. said... [Reply]

    LS,
    Ha ha ha.
    Selamat beramal.
    Dah dapat tahajud tu doakan aku sekali.
    :D

    Anonymous said... [Reply]

    alhamdulillah..terima kasih
    semoga Allah merahmati kamu

    Anonymous said... [Reply]

    salam apesal x leh tido pas 12mlm.????

    Bijen M. said... [Reply]

    TN,
    Salam.
    Dah dieksplain kat atas tu.
    "Menurut kata-kata kawan gua, kualiti tidur 1 jam waktu antara pukul 10 malam - 12 malam adalah bersamaan 4 jam. 12 malam - 2 pagi pula adalah bersamaan 2 jam tidur. Kemudian dari 2 pagi seterusnya adalah bersamaan 1 jam. Lu faham tak? Maksudnya kalau lu tidur dari pukul 10 malam sampai 12 malam, bersamaan lu dah mempunyai kualiti tidur 8 jam walaupun lu tidur hanya 2 jam. Begitulah seterusnya. Kalau tak faham, sila tanya. Pasal benda ni, wallahu'alam."

    As said... [Reply]

    Yup, scientifically proven. Sleep duration 10pm - 2am. Lecturer pun berbuih duk pesan. Depa 2am da bangun segar bugar sejak muda belia.

    As kena usha sleeping pill if nak tidur awal macam tu. Ada manusia dapat nikmat dunia yang ke 320 iaitu kesakitan maka tak berjaya tidur awal macam tu.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...