28.5.10

Ada kawan tanya gua kenapa tak couple?

Gua pun mulalah menjawab dengan macho dalam Formspring gua secara ringkas. Dekat sini gua respon lebih lanjut. Tapi sebelum itu marilah kita bermujahadah dan meletakkan jiwa kepada Allah SWT. Jangan baca ikut nafsu kerana pasti lu akan membencinya. Semoga kita dilindungi dan dijauhkan dari tipu daya syaitan yang direjam.

Nota Siku: Kupasan di bawah adalah berdasarkan pandangan peribadi dan jauh dari tahap kesempurnaan, jadi lu orang ada hak nak menafikannya selagi tidak mengikut nafsu.

Dalam membuat sebarang keputusan, haruslah difikirkan sebab dan akibat. Dari situ kita boleh nilai baik buruknya dan tahu apa yang kita buat sebenarnya betul atau salah.
  1. Pertama-tama sekali gua, lu dan semua yang mengaku Islam kena tahu bahawa couple adalah maksiat. Agama lain gua tak ada idea. Rasanya semua setuju bukan? Kalau tak setuju sila bagi dalil. Hah, apa macam? Ada tak? Kalau tak ada, teruskan membaca.
  2. Ketahuilah kita semua dicipta oleh Allah SWT dan kita milikNya sepenuhnya. Kita adalah hambaNya dan Dia adalah tuan kita. Makanya matlamat hidup dunia adalah untuk mencari keredhaan Allah SWT. Betul tak? Jadi adakah dengan melakukan maksiat, kita akan memperoleh keberkatan dariNya? Itu lu renung sendiri dalam hati.
  3. Kononnya gua niat couple sampai kahwin, nak bina masjid. Niat mulia tu. Ceh! Kalau pakai hukum begitu, apakata lu pergi merompak orang miskin atau ambil rasuah dan gunakan duit tersebut pergi naik haji. Niat mulia juga. Hampeh. Niat tak menghalalkan cara. Makanya apabila sesuatu perkahwinan itu terjadi daripada hasil maksiat, adakah lu rasa-rasa masih punya keberkatan perkahwinan tersebut? Renung juga sendiri dalam hati.
  4. Apabila tiada keberkatan, lu rasa bagaimana suasana rumah tangga tersebut? Pastilah terdedah luas kepada hasutan syaitan durjana. Mulalah makhluk berapi ni menjadi batu api dengan mengapi-apikan suasana rumah tangga lalu berlakulah banyak api kepincangan. Contoh dialog adalah seperti, "Oh dulu masa bercinta bukan main caring. Bila dah puas main (lepas kahwin), layan saya macam anak patung jer. Curang pula tu. Cis betul!" atau "Dulu ayang cantik, tapi sekarang nampak lebih cantik bila keluar rumah. Ayang make-up untuk siapa tu? Waktu atas katil tak make-up macam ni pula. Oh bulan!" atau "Menyesal aku kahwin dengan kau. Kalau aku tahu bulu hidung kau panjang sebelah, aku dah pilih anak jiran sebelah yang bibir macam Angelina Jolie tu dah. Apa pasallah dulu time bercinta tak nampak pun bulu hidung kau?" dan lain-lain lagi yang boleh dilihat dalam drama filem Melayu tipikal.
  5. Akibat rumah tangga yang tak berkat juga, terhasillah darinya keturunan dan zuriat yang kurang keberkatan insya'Allah. Mereka inilah yang akan mewarisi sifat-sifat pra-romantis terlajak orang tua mereka sedikit sebanyak seperti suka pegang-pegang, ramas-ramas, gentel-gentel anak orang. Tambahan pula dengan tahap kemajuan teknologi negara sekarang, anak-anak ini mampu mempelajari semua itu tanpa perlu mendaftar kelas tuisyen dan tutorial. Mudah bukan?
  6. Dengan pertambahan generasi Baby Boomers sebegini, maka bertambahlah gejala maksiat yang kian berleluasa sekarang ini. Di mana-mana saja kita boleh tengok dua orang manusia yang jalan bertiga (dituruti syaitan). Malah suasana ini sudah menjadi kebiasaan kerana telah menjadi amalan sejak turun-temurun. Oh seram gua bila terfikir bala yang menimpa umat-umat terdahulu akibat keingkaran yang berleluasa seperti kaum 'Aad dan Tsamud misalnya.
  7. Lalu kesannya, wujudlah generasi yang kurang produktif untuk membangunkan agama dan menjana kemajuan negara. Bertambah-tambahlah umat yang melakukan kemungkaran di dalam negara tersebut. Terus hidup dalam kemaksiatan dan kemungkaran. Lalu semakin jauhlah hidayah Allah SWT terhadap kaum tersebut. Bila jauh dari hidayah dan rahmat Allah SWT, terjadilah banyak caca-merba menimpa seperti diperintah pemimpin zalim, kehidupan yang tidak adil dan lain-lain. Kemudian ditabur pula dengan baja cacian dan fitnah sana-sini hingga memecah belahkan umat Islam. Padahal tak sedar yang diri sendiri tu yang jadi punca. Dituduh pula pemimpin itu dan ini zalim lagak seperti dia seorang saja  penegak keadilan. Oi! Pemimpin zalim dah dijanjikan Allah SWT kepada umat yang dah lupa Tuhan. Macam juga dijanjikan neraka untuk mereka yang berbuat dosa. Apa pasal lu tak memberontak untuk menghapuskan neraka? Ceh. Lagi jauh hidayah Allah SWT. Oh oh nauzubillah.
Dan Islam tetap menetapkan couple yang diamalkan sekarang adalah HARAM, HARAM dan HARAM. Bagilah 1001 dalil hikayat sebab musabab apa pun, ia tetap HARAM. Jangan fikir judi yang diluluskan kerajaan saja haram tapi pada masa yang sama buat benda haram. Ini hamjad namanya. Kalau nak bercinta, Islam dah ajar cara bercinta yang mengikut syariat. Bab ni, gua sambung lain kali.

Sekian saja. Semoga mendapat manfaat. Siapa yang belum couple tu, beristiqamahlah. Sesungguhnya Allah SWT telah selamatkan kalian. Yang dah bercouple apa cerita? Bermujahadahlah. Itu ujian Allah Taala. Nanti gua cerita apa perlu dibuat bagi yang dah bercouple. Hah, dah jumpa dalil nak counter? Ada kemusykilan yang bersarang? Ada nak tambah? Sila-sila cerita jangan malu-malu.

Islam Agamaku, Malaysia Negaraku, I Love U.

4 comments:

nobody said... [Reply]

"Yang dah bercouple apa cerita? Bermujahadahlah. Itu ujian Allah Taala. Nanti gua cerita apa perlu dibuat bagi yang dah bercouple."

mana sambungannya saudara bijan.maaf lah, baru saja menjinak2kan diri dengan membaca blog kamu ni.mcm menarik je.

Bijen M. said... [Reply]

Nobody,
Salam.
Sambungannya ada dalam post-post terbaru dari post ni.
Ada disentuh sikit bab couple tapi tidak secara spesifik.
Insyaallah nanti saya buat post khas mengenainya.
Btw thanks.

Anonymous said... [Reply]

yup. harap bagi spesifik guide untuk yang dah bercouple.

Bijen M. said... [Reply]

TN,
Lihat entri terbaru dan terkini.
Ho ho ho!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...